Sunday, June 7, 2009

Pasar Payang Kuala Terengganu

Acara wajib, sembahyang setelah masuk waktu. Nasib baik ada abah kalau  tak mau terbabas sembahyang  anggota rombongan yang lain sebab asyik membeli belah je. Hehehehe....anak abah.
Aksi-aksi keletihan yang ditunjukkan oleh anggota rombongan. Kebosanan, kepenatan dan kelaparan... tapi yang kecik tu masih banyak tenaga lagi dan masih boleh menghuru harakan keadaan. Siap nak jam tangan BEN  10 macam alongnya.


Sampai tak boleh buka mata ..penat sebab baru tolong jaga Ammar selama 15 minit. Serik dah  sebab kena kejar Ammar yang suka main lift dan susah nak kawal tu. PAk uda dia kata memang tererlah sapa yang boleh jaga Ammar sebab lasak dan  tak boleh duduk diam...sabar je lah...
Merenung masa depan.. agak-agaknya berapa jam lagi kita ni dalam kereta untuk balik ke Pahang ni.. datang hari tu 7 jam lebih, nak balik ni berapa jam pulak ni...nasib-nasib. Ikut hati ni dah serik nak ikut mak bapak aku jalan round the world ni.

Pasar Payang merupakan salah satu lokasi wajib yang mesti dikunjungi kalau melawat ke Kuala Terengganu kerana terdapat berbagai-bagai pilihan barangan untuk dibeli. Pendek kata sebut apa saja pasti ada dijual disini.

Anggota rombongan yang paling banyak habis duit. Inilah penaja rasmi kami untuk melancong ke terengganu. Dengar kata hujumg tahun nak gi Langkawi atau Indonesia. Semoga penaja kami murah rezeki. Dapat kami menumpang rahmat. Amin. Hidup Afifah... 


Dibawah ini  gambar aksi keletihan dan kebosanan yang ditunjukkan oleh budak-budak  dan bapak budak  kerana menunggu kaum ibu yang  tak balik-balik  dari membeli belah.


Pemandangan dari atas bangunan menghala ke Kuala Terengganu. Restoran terapung di sebelah Pasar Payang.Shopping sakan sampai terduduk keletihan menunggu kaum ibu yang tak  habis membeli belah lagi. Perut dah lapar ni sebab belum makan tengah hari lagi ni.











No comments: