Tuesday, January 27, 2009

Terkenang semasa dulu

YB Nizar Zakaria ( MP Parit ). Cukup bergaya dan berketrampilan sebagai politikus. Saya memanggilnya Buya Nizar sebab ketokohannya dan kelulusannya dalam bidang agama semasa sama-sama menuntut di Padang Sumatera. Sejak dalam Persatuan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia Cabang Padang lagi beliau dah aktif  menubuhkan dan terlibat secara aktif dalam Kelab UMNO cabang Padang. Akhirnya cita-cita beliau untuk menjadi ahli politik berjaya. Semoga beliau sentiasa berada dalam landasan yang betul dalam memperjuangkan kebajikan rakyat dan bukannya memperjuangkan kepentingan sendiri. Agak-agak ingat lagi kepada kekawan dulu.....


Gambar ini diambil semasa seminar Pelajar -pelajar Malaysia di Lembang , Bandung Indonesia pada tahun 1994. Semua dari Tajaan Kerjaan Negeri Perak. Duduk dari kiri Punte , Yenggi, Qunut Senior ( arwah ) dan Qunut Junior. Cuaca dibandung memang sejuk dan cewek-cewekny aduhai cakep-cakep belaka. Nasib baik kuat iman.


Gambar semasa berehat selepas seminar pelajar dihadapan bilik rehat di Bandung Indonesia. Topi yang dipakai ni dibeli semasa dalam perjalanan dari Kota Padang ke Bandung yang memakan masa selama 2 hari 1 malam perjalanan menaiki van yang disewa. Bayangkanlah macam mana jauhnya. Tapi sangat menyeronokkan dan kenangan yang tak boleh dilupakan.

Berminat dengan motorsikal berkuasa besar ?...Memang salah satu impian setiap lelaki yang sukakan aktiviti lasak. Sampai sekarang kalau nampak motor berkuasa besar dijalanan rasa nak menjerit nak beli jugak...TApi nak buat macam mana hutang kereta tak habis lagi, anak bini kena tanggung....kalau ada lebih nanti mesti aku beli juga tak baru yang secondhand pun jadilah... Janji dapat motor besar.. Rugilah lesen B full aku tu..

Masa muda-muda dulu semua hensem-hensem belaka. Aku masa ni 22 tahun dan masih kurus kering sebab tak de sapa yang bela aku. Makan kena cari sendri. Bergambar di PPM ( Pusat Pelajar Malaysia Cabang Padang ). Dari kiri YB Nizar Zakaria ( MP Parit sekarang ), Anuar Mushadad ( Noir, budak Tiram JB . Lama dah tak dengar cereta dia ni ) dan aku seorang perantau. He...he..hensem oiii masa ni.


Bergambar di hadapan bangunan Rektor IKIP Padang , Sumatera Barat . Tempat aku mendapatkan Ijazah Sarjana Pendidikan aku. Teringin nak berkunjung kesana tapi duit tak mengizinkan. Nantilah kalau ada rezeki ingat nak bawa family aku jalan ke Padang.


Gambar masa Majlis Konvo aku di Padang. Di Indonesia orang sebut  Wisuda. Antara sahabat-sahabat yang setia meraikan aku semasa majlis Konvo aku. Tak ada saudara mara atau ibubapa aku yang datang meraikan kejayaan aku masa ni. Yelah mana nak cari duit terbang ke Indo nak rai aku. Yang penting mereka dah besarkan aku cukup dengan kasih sayang dan doa mereka yang ikhlas. Tetap dalam kenangan Alex ( Mohd Razin) , Jamini Francis, Fauziah dan sahabat Indon aku .

Monday, January 19, 2009

Kepulangan Dari Tanah Suci Makkah

Kalau dulu ada cerita tentang pemergian ibu mertuaku ke Makkah , kali ni nak cerita pulak tentang kepulangannya daripada menunaikan haji di Makkah. Mereka tiba di Lapangan Terbang Bayan Lepas pada pukul 9.00 pagi dan dalam keadaan yang sihat alhamdullilah. Sihat sebab banyak angkat beg kut . Tu baru bawa balik bersama-sama ditangan belum kira lagi yang dah di Poskan ke rumah sebelum tu. Masya allah shoping sakan. Tak taulah yang mana yang banyak ibadat ke shoping...he.he tapi aku tau mak aku tu memang kuat ibadatnya..
Bila mengambut mereka balik dari makkah, terdetik dalam hati aku, dapat ke aku menjejakkan kaki di Makkah, panjang ke umur aku, dan macam mana pulak ujian Allah pada aku yang banyak buat dosa ni....semoga Allah mengampunkan semua dosaku, dan ahli keluarga ku

Haji Shahidin dan Hajjah Sarimah..terima kasih kerana ole-ole jubah dari Mekah. Takut gak nak pakai gi surau sebab salah gaya dia orang tolak jadi imam terus demam nak tanggung dosa orang. Dahlah sembahyang asyik berangan je...bila aku dapat khusyuk sembahyang macam Syaidina Ali yang dicabut anak panah semasa bersembahyang tapi tak rasa sakitpun. Aku...time sembahyang le nak gatai satu badannya..
Senyum ada makna tu mak oiii. Mentang-mentanglah dah dapat title Hajjah bukan main lagi lebar senyuman mak aku ni. Alhamdullilah semoga emak diberkati Allah selalu hendaknya.
Posted by Picasa

Sunday, January 18, 2009

Playstation 2







Apa bendanya tu..aku tak tahulah budak-budak zaman sekarang punya permainan. Along minta aku belikan sebab minat nak main benda tu . Aku try gak berdalih dan main tarik tali dengan dia. HAmpir setahun gak baru aku belikan sebab tak mahu dia ingat semua benda kalau minta boleh dapat dengan mudah. Sebenarnya aku tak mahu la anak aku dok mengendeng rumah jiran main PS2 ni sebab selalu hilang dari rumah dan masuk rumah jiran untuk main menantang ni.So aku belilah untuk anak anak. Sapa tak sayang anak oiii..lebih lebih lagi anak mak mertua. KAlau boleh nak........selalu .

Tapi bila dah beli lain gak jadinya sebab rumah aku lately dah jadi macam cc pulak sebab ramai anak jiran datang tumpang main pulak..kalau dulu anak aku suka serbu rumah jiran-jiran yang ada PS2 ni. TApi sekarang rumah aku plak sampai bini aku naik hangin satu badan sebab lepas diaorang balik je bilik tu jadi macam sarang apa je..Nasib la .

Hari pertama persekolahan Niesa

Yang si kecik tu yang beria-ia nak sekolahnya. Puas alongnya pujuk keluar dari kelas tapi buat tak tau je. Siap bawa beg lagi tu. Harap-harap time dia masuk sekolah nanti tak buat perangai nanti



Orang yang paling sibuk sekali awal-awal tahun ni..Siapa lagi kalau bukan Puan Sri Siti Noor Afifah. Nak daftar anakla dan so on..so on la..I lap u


Hari pendaftaran pertama . Semangat nak sekolah. Tapi  balik rumah komplen tak ada siapa pun nak kawan dengan kakak. Sabar sayang lama-lama ramailah kawan tu. Hari ketiga terus dilantik jadi Ketua Kelas. KAlau Along dulu jadi ketua kelas selama seminggu sebelum dilucutkan jawatan sebab mulut bising, kakak pulak berapa lama ye. Dua kali lima je mulut tu. Anak cikgu azmi la katakan....
Rasanya dah agak lama dah aku tak memblog.Sibuk..itulah istilah dan alasan yang paling tepat yang dapat aku berikan atau huraikan. Al maklumlah sebagai seorang guru, aku kena prepare macam-macam kat sekolah, sebagai seorang bapa aku kena sediakanmacam-macam untuk family aku dan sometime untuk diri sendiri pun tak ada masa..kesian kat akukan. So kali ini aku nak kongsi tentang anak aku yang no 2 tu masuk sekolah. Biasalah....exicted ada plus ngada-ngada tu biasalah. RTapi seronok sangat bila tengok perkembangan anak-anak ni. Rasa baru semalam aku projek buat anak tup-tup dah masuk sekolah.... Dunia cepat berputar ke atau aku yang dah semakin tua..tapi masalahnya hati tu rasa macam nak masuk 20 tahun je. sapa nak jawab tu.
Jadi tengok jelah apa yang patut..bye. Selamat Tahun Baru Hijrah, Masehi, Ponggal dan Cina.

Saturday, January 17, 2009

  Kenali Yahudi 

Kehilangan tanah Palestin di tanahair sendiri. Yang berwarna hijau tanah Palestin, yang berwarna putih tanah Israel. Ini dari tahun 1946 sampai tahun 2000. Yang terkini nampaknya makin kecil tanah Palestin.

Yang hampehnya Israel mengatakan Hamas sebagai terrorist sedangkan dahulu itu tanah Palestin yang punya


SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia..

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi..

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk.. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran

at 8:34:00 AM Posted by My-sensasi...  

Labels: Gossips, Macam-Macam