aku selalu tegur anak murid aku pasal fesyen rambut mereka yang tidak mengikut peraturan sekolah tetapi lebih kepada bintang pujaan mereka. Antara gaya rambut yang sangat digemari oleh mereka ialah gaya rambut Becham yang ala-ala trojan tu... Baru-baru ni aku berkunjung ke P.Pinang dan bersiar-siar di Kebun Bunga. Nak tahu siapa yang aku jumpa ...peminat Becham atau pun Becham yang tiru stail rambut dia semasa melancong ke Pulau Pinang.. Bak kata Nabil...Lu pikir la sendiri..
Saturday, December 27, 2008
Percutian Bujet 2008
Bersarapan pagi di Hotel Seri Malaysia Pulau Pinang. Antara wajah-wajah yang masih lagi mengantuk tetapi terpaksa turun dari bilik untuk menikmati sarapan kerana takut makanan habis di makan oleh penghuni lain...
Permandangan dibelakang rumah di kampung Apit. Cantik..ada sungai lagi . Ni kalau sopi ada ni mesti tak nak balik sebab gila mancing...nak tangkap katak dan biawak pun boleh.
Apit jejaka kedah yang masih merahsiakan identiti isi hatinya. Banyak tawaran untuknya tetapi membisu seribu makna...
Semalam 26 Disember 2008 aku baru balik dari bercuti dengan family aku termasuklah ibubapa aku. Agak memenatkan tapi sangat menyeronokkan. Walaupun semuanya tidak dirancang tetapi sekurang-kurangnya keseronokan dan kegembiraan bercuti bersama keluarga itu yang paling penting. Antara tempat-tempat percutian yang kami lalui ialah Pokok Sena , Jitra ( Rumah Apit ) dan Pulau Pinang serta sempat juga bermalam di Hotel Seri Malaysia P.Pinang walaupun tak ada bajet. camna tu...
Wednesday, December 17, 2008
Cuci mata di IKEA DAMANSARA
Bini aku teringin nak pergi IKEA sebab nak tengok perabot terbaru dan interior design yang baru untuk rumah. Nak curi idea je sebab duit tak cukup...bajettttt. Tapi sampai di IKEA time tengahari dan lapar gila pulak tu. Nak cari kedai selera melayu mana ada kat situ...semuanya orient ataupun western sampai akupun naik hangin satu badan sebab lapar. Last sekali kami gi makan di IKEA . Dahlah kena tunggu dan berebut tempat duduk sebab penuh. Terpaksalah beli je apa yang boleh dimakan. Dah pulak anak ngan bini aku tak selera makan sebab perut melayu camna pun nak nasik jugak. Terpaksa aku bedal semua makanan yang aku beli walaupun tak berapa lalu. Mahal beb makan tengahari je RM70.00. Kopak duit ...bini aku kesian dia. Tu yang aku sayang sangat ngan dia tu. Dah penat raound IKEA dan habis RM 130.00 beli barang kat IKEA tu anak aku merengek nak Ice cream . Hasilnya dalam gambar ni...
AQUARIA KLCC
Kalau dengar cerita atau berita bangunan KLCC ini antara yang tertinggi didunia. Tapi kalau ukur dengan aku taklah tinggi mana sebab kalau aku makan banyak sikit mesti tinggi aku sama atau lebih daripada KLCC tu. Tengok gambar dibawah ni...Betul Tak..???. BetuLLLLLLLL
Tuesday, December 16, 2008
Pengalaman mendulang emas
Makan Satay di Pekan Ahad Cangkat Jering
Setelah penat bersiar-siar di Gunung Lang perut terasa lapar dan kami sekeluarga pergi ke Pekan Ahad Cangkat Jering yang jauhnya 60 Km dari Ipoh semata-mata nak makan satay 25 cucuk. Masuk ni dah dua minggu berturut-turut kami travel untuk makan satay saja ke Taiping dan lepas tu balik rumah. Terima KAsih kepada kerajaan yang menurunkan harga minyak. Boleh gak kami berjalan-jalan dengan keluarga naik kancil kami ni.
Menikmati keindahan Gunung Lang Ipoh
Suasana Hari Raya Korban di Taman Jati
Salah seorang tukang sibuk semasa ibadah korban dijalankan. Tukang pegang tali, tukang siat kulit, tukang ambil gambar, tukang potong daging, tukang makan jamuan dan tukang bawa balik daging korban he..he...
Daging kerbau yang telah disiat kulitnya digantung bagi memudahkan proses pemotongan dagingnya. Bukan kerja mudah sebab ada 6 ekor yang dikorbankan dan kira-kira kami bermandikan darahlah hari tu ....
Kerbau yang baru sahaja disembelih. Kelihatan darah yang banyak membasahi kawasan padang tempat ibadah itu dijalankan.
Sebahagian orang kuat di Taman Jati yang sentiasa memikul tugas dan tanggungjawab secara gotong royong.
Sebagaimana yang kita maklum, kita baru saja menyambut Hari Raya Aidiladha dan menjalankan ibadah korban sebagai tanda kita mentaati perintah Allah yang Maha Besar.
Berikut adalah sebahagian daripada suasana ibadah korban yang telah dijalankan di Taman JAti dimana sebanyak 6 ekor kerbau telah dikorbankan. Alhamdullilah semuanya berjalan seperti yang telah dirancangkan.