Saturday, July 31, 2010

KELAS MENGAJI AL QURAN


Ini Ustaz Saifuddin ( baju putih ) yang bertanggungjawab membimbing aku membetulkan bacaan Al Quran selama beberapa bulan pada hampir setiap malam sabtu, ahad dan Isnin. Disebelahnya adalah ketua darjah yang dilantik untuk menguruskan kami semua.

Sesi memperdengarkan bacaan masing-masing dan membetulkan bacaan sekiranya ada kesilapan semasa bacaan.
Ustaz sedang posing ...sebenarnya sedang bersedia untuk mengajar
Ini aku sedang melancarkan bacaan sebelum membaca dihadapan ustaz

Sebahagian pelajar-pelajar tua yang mengikuti kelas Al Quran

Friday, July 9, 2010

KHASIAT TABIAT MINUM AIR

MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk.

Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? 

Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Kesan kekurangan cecair

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan: 

Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)

Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah

Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak

Tekanan darah menurun

Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk

Lesu pada waktu siang

Sakit belakang

Dehidrasi

Sakit kepala

Memperlahankan kadar metabolisma

Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara

Sendi dan otot mengalami kekeringan

Menyukarkan penyingkiran bahan toksik

Meningkatkan keinginan untuk makan

Darah menjadi pekat

Mudah keliru.

Degupan jantung meningkat

Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

Saturday, July 3, 2010

Surat Untuk Isteri

Wahai isteriku..
Sungguh aku menulis surat ini karena jauhnya panggang dari api..jauhnya bintang dari
tangan…
Jauhnya kenyataan dari harapan..dan mungkin hilangnya harapan dari yang diharap…
Semoga surat ini bisa membuka pintu keredhaan-Nya atas rumah tangga kita.

Wahai isteriku..
Betapa aku mengharap banyak harapan atasmu..
Wahai isteriku..
Kuharap engkau menjadi istri dan pendamping hidupku…yang bisa bersamaku berusaha menuju
redha-Nya..menuju syurga-Nya..menuju ampunan-Nya

Tapi lihat wahai isteriku..
engkau menemaniku seolah-olah akhirat masih jauh…bahkan menjadi fatamorgana
Wahai isteriku…
Kuharap engkau adalah pengingatku..disaat aku jauh dari-Nya, disaat aku dalam kebodohan
Kuharap engkau membangunkan tidurku dari malasnya bertahajjud..
Kuharap engkau menarik tanganku, merayuku dan memintaku “Wahai suamiku berjihadlah engkau dengan menuntut ilmu… hadirilah taman-taman surga.. dan bawalah ilmu sebanyak-banyaknya dan hadiahkanlah pada isterimu ini”

Tapi lihat dirimu wahai isteriku…
Engkau memang menjadi pengingatku.. mengingatkanku akan belanja bulanan,
barang yang harus dibeli, baju untuk si kecil, baju untuk berlebaran, furniture yang harus dibeli untuk memenuhi ruangan rumah.

Engkau memang membangunkanku.. Namun kau bangunkan aku untuk membuatkan susu untuk si kecil
Dimana tahajjud itu? Setahun berapa kali bertahajjud?
Engkau memang menarik tanganku, merayuku, dan memintaku “Wahai suamiku antarkan aku ke pasar, ke mall…”
Dimana jihad? Dimana menuntut ilmu? Berapa kali taklim yang kuikuti?

Wahai isteriku...
Kuharap engkau menangis..saat aku lemah dalam ketaatan pada-Nya..
Menangis..saat aku tak menjadi ayah dan pemimpin yang benar..di saat ku salah dalam melangkah.
Namun lihatlah dirimu wahai isteriku..engkau memang menangis, namun yang kau tangisi adalah tangisan karena sepatumu yang telah rusak, kau tangisi beratnya beban kerjaan di rumahmu...

Wahai isteriku..kuharap engkau adalah ibu bagi si kecil..
Ibu yang dengan lembut mendidiknya..yang dengan sabar merawatnya…
yang jauh dari kekasaran saat dia berbuat salah…
Didiklah dia wahai isteriku..karena sungguh waktumu lebih banyak daripada aku dalam bersamanya.
Tapi lihat dirimu wahai isteriku…
Engkau berbicara kepada anakmu…atau kepada musuhmu?
Engkau sedang menasihatinya atau engkau sedang menyudutkannya..?
Saat dirinya bersalah..engkau melihatnya seperti sosok yang telah dewasa..
Lalu engkau memarahinya dengan hebat..dimanakah kelembutan dan kesabaran itu?
Engkau lembut..engkau bersabar..saat dia, anakmu, menghiburmu…namun saat dirinya bersalah kau campakkan kelembutan dan kesabaranmu.

Wahai isteriku..kuharap engkau menjadi tambahan anak bagi orangtuaku..
Anak yang berbakti pada orangtuanya..
Kuharap darimu, engkau menegurku, kemudian mendorongku untuk selalu berbakti pada orang tuaku..
Namun lihatlah dirimu..engkau sangat cemburu saat aku bersama ibu bapakku, sangat tidak rela aku bersama mereka, berbakti pada mereka..seolah-olah aku adalah hartamu yang tidak boleh diberikan sedikitpun kepada orang yang telah melahirkan dan membesarkanku..
Lalu, wahai isteriku..akan kukemanakan naluriku sebagai anak..
Akan kukemanakan ayat-ayat Allah tentang wajibnya berbakti pada orang tua?
Wahai isteriku..kini kau telah tahu apa yang sebenarnya kuharapkan dari mu…
Kini kau telah tahu apa yang bisa membuatku mencintaimu…

Aku bisa mendapatkan kesenangan dunia saja dari mu..
Namun tidak kah engkau bersedih dan menyesal...
Bila hari akhir itu datang..dan segalanya tidak bisa berulang..
Sedangkan kita hanya bisa menikmati dunia saja…
Sedangkan di akhirat semunya telah sirna.....

Dari suamimu yang merindukan kesholehan dirimu…
Aku mencintaimu karena Allah...