Monday, November 24, 2008

Nak lawan aksi dalam sopisara



Ini adalah antara aksi-aksi yang dibuat dan diambil oleh luqman menggunakan handphone semasa dalam kereta kancil on the way ke somewhere. Agak-agak apa reaksi sara kalau dia tengok ada orang yang cuba mencabar aksi memek muka dia di polo hari tu...Sapa nak jawab..sofi atau sara ha...ha..
Posted by Picasa

Hari Anugerah Tadika PASTI HARAKIAH MANJOI

Hari ini merupakan hari terakhir niesa bersekolah di Pasti dan merupakan  Hari Penyampaian Hadiah di Tadikanya. Alhamdulliah  majlis berjalan dengan lancar dan  cuacanya pun baik. Tapi yang paling menariknya ialah kami sekeluarga termasuk atuk dan opahnya tak perlu masak sarapan pagi dan makan tengahari sebab semuanya telah disediakan di PASTI hari tu. Jimat gak belanja hari tu. Walau apapun terima kasih kepada kedua-dua orang guru yang mendidik niesa di PASTI dan hanya ALLAH saja yang membalas kebaikkan mereka.
Ini bukanlah salah seorang tenaga pengajar di PASTI tetapi salah seorang yang terlibat dalam acara menghabiskan dan melicinkan jamuan makan pagi dan tengahari di PASTI pada hari tersebut. Nampak je kecil tu tapi makan tinggal pinggan je tu ha..ha....Ini ibu niesa Puan Siti Noor Afifah....(aku punya sparing patner ) 

Antara aksi aksi dihadapan kamera pada hari berkenaan. Tak banyak gambar yang diambil sebab filem habis...( Kamera digital pakai filem ke...???? ) 

Sunday, November 16, 2008

AMARAN DARI PIHAK POLIS

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA
CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA 

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) 

Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... .. Kita berjalan menghampiri tempat
parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta
dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk
melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2
cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik
kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua
benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai
dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar
dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia
mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta
anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam
kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah
kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita
telah diperolehi! 

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN 

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan
memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda
membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2
dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan
diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh
ketangan orang lain.

8 tanda lelaki perlu dijauhi

 8 tanda lelaki perlu dijauhi

1. terburu buru mengajak kamu berkahwin

  biarpun baru sebulan kenal namun si dia sudah membicarakan soal tunang dan mengajak kamu kawin. Kononnya terlalu cintakan kamu dan tidak mahu kehilngan kamu. Lelaki yang benar2 jujur sekiranya mahu mengambil kamu sebagai pasangan hidupnya tentu akan mengambil masa untuk mengenali kamu dengan lebih dekat lagi. Tentu ada sebab tertentu mengapa dia terburu2..

2. kaya dengan kata2 manis

  Berwaspadalah jika dia seringkali mengungkap "segalanya hanya untuk kita berdua" atau dia menyatakan yang die tidak boleh hidup tanpa kamu. Atau tanpa kamu hidupnya tidak beerti. Lelaki jenis ini pandai bermain kata2 dan selalu nya lelaki ini tergolong dalam lelaki yang sukakan kekerasan.

3. sikapnya yang berubah2

  Sikap si dia yang sukar di fahami dan sering berubah2 walaupun dalam masa yang singkat.kamu akan rasa setiap kali berjumpa, perasaan kamu tidak bebas dan begitu takut sekiranya tersalah cakap.  

4. terlalu cemburu buta

  Sesiapa saja yang rapat ngan kamu atau pandang kamu si dia pasti akan buat muka tak puas hati.. bukan itu saje, setiap ape yang kamu lakukan mesti kene 'report' kat dia.

5. suka merendah2kan kamu

  Si dia sering kali merendah2kan kamu atau komplain terutama nya bila kamu melakukan sesuatu yang tidak di sukai. Dia akan cuba untuk menukar kamu kepada orang lain dengan menukar cara berpakaian, make up, style serta sikap. Ini akan menyebabkan kamu hilang keselesaan dan lama kelamaan kamu akan hilang kebabasan untuk jadi diri sendiri. Akhirnya kamu sendiri yang akan merasa rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri.

6. sukar menerima penolakan

  Kamu langsung tidak boleh membantah apa yang dikatakan dan diinginkan. Kerana setiap kali dia meminta pendapat kamu, tapi dia akan membantah dan mengakui keputusan nya adalah yang paling bagus untuk diikuti. Kalau sekali dua takpe..kalau setiap kali begitu pun, akhirnya dialah yang akan jadi pemimpin diTAKTOR!!

7. suka menyalahkan orang lain.

  Apabila die menjadi seorang yang tak disenangi anda atau kawa2 yang lain, dia akan menyalahkan orang lain. Kerana bagi dirinya, apa yang dilakukan kononnya untuk kebaikan perhubungan kamu dan dia.

8. gunakan meterial sebagai ganti.

  Apa sahaja yang kamu minta si dia akan cuba penuhi. Namun mungkin kamu tak sedar, ini adalah cara si dia mengikat kamu. Kononnya si dia telah sempurnakan apa yang kamu minta, jadi kamu harus sempurnakan pula apa yang di hajati.jadi, hati2...bila termakan budi, takut tergadai body...

Tazkirah untuk saudara Islam

PEtikan dibawah merupakan antara email yang saya perolehi. Semoga dapat memberikan manfaat dan ingatan untuk kita semua.

Renungan untuk diri saya sendiri dan muslimin muslimat sekalian. 

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG 
============ ========= ========= ========= ========= ======== 

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja 
menggabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir 
waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya). 
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan 
tersebut. 

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang 
melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda "Iaitu mengakhirkan waktu 
sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. 
Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka 
mereka diancam dengan neraka wail". 

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas 
"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai 
kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak 
bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya". 

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda "Sesiapa yang mengumpulkan dua 
sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki 
pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim) 

Wallahua'lam. 

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG 
------------ --------- --------- --------- --------- --- 

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di 
alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di 
dalam kubur ialah:- 

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih 
tulang-tulang dada. 

2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan 
membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti. 

3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu 
berkata: 

"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan 
sembahyang Subuh." 

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan 
dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang 
Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, 
begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak 
dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan 
seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat. 

CUAI SOLAT LIMA WAKTU 
------------ --------- --------- --------- -- 

Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang di dalamnya adalah 
ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan 
perjalanan. 
Kerjanya tiada lain selain mengigit orang- orang yang tidak menunaikan 
sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam 
badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. 
Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah 
seterusnya. 

PEMINUM ARAK 
------------ --------- ---- 

Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu di tengkuk dan di 
tangan mereka. Kemudian mereka disula dengan api neraka. Terdengarlah 
suara yang menyeru,"Inilah si polan anak si polan!" Tatkala semua 
manusia dibangkitkan dari kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau 
mulut yang teramat busuk (bau arak), hingga terganggu manusia yang 
berhimpun di Padang Mahsyar. Peluh yang keluar dari tubuh turut berbau 
busuk. Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta dicampakkan terus 
ke Neraka Jahanam. Di dalam neraka, dituangkan air yang sangat panas ke 
dalam mulut mereka sehingga putus tali perut, kemudian perut itu jatuh 
pula ke atas kaki. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar 
dari api selama seribu tahun lamanya. Kemudian dikeluarkan dan 
dimasukkan ke dalam penjara di neraka di mana ular-ular dan kala yang 
bisa sentiasa menggigit badan mereka. Di kepala mereka diletakkan 
mahkota dari api neraka manakala rantai-rantai di tengkuk mereka. 

MENGKIANATI HARTA 
------------ --------- --------- ----- 

Mereka yang mengkianati harta orang lain, harta itu akan dijadikan benda 
yang berat, yang dicampakkan di laut dalam neraka. Mereka dipaksa terjun 
ke dalamnya untuk mengambil benda tersebut. Apabila mereka timbul, 
malaikat akan menekan kepala mereka supaya men-yelam semula serta 
dipukul kepala mereka itu dengan besi hingga hancur berkecai. Begitulah 
diulang-ulang selama mereka di laut itu. 

AZAB BAGI YANG KEDEKUT 
------------ --------- --------- --------- ---- 

Mereka yang tamak dan bersifat kedekut hartanya daripada disedekahkan 
atau dikorbankan untuk kebaikan, harta itu akan dijadikan ular besar 
yang berbisa, yang bakal menggigit dan mematuknya setiap masa. 

SAKSI BOHONG 
------------ --------- --- 

Orang-orang yang suka membuat saksi bohong, lidah mereka akan digantung 
pada alang-alang besi yang panas dan badan mereka pula dipukul dengan 
kuatnya oleh 70 ribu malaikat dengan besi merah menyala hingga hancur 
luluh daging dan tulang mereka. Kemudian pulih semula dan dipukul lagi. 
Begitulah seterusnya selama-lamanya seksaan bagi mereka. 

MENGUMPAT 
------------ --------- 

Mereka yang suka mengumpat, bibir dan lidah mereka akan digunting hingga 
putus hingga menyembur darah keluar dengan rasa kesakitan yang amat 
sangat. 
Kemudian bibir dan lidah itu akan pulih semula. Bila pulih digunting 
lagi, kemudian pulih dan digunting lagi. Di dalam setiap tingkat neraka 
ada banyak sungai, bukit dan pokok kayu. Setiap pokok mempunyai 70 ribu 
cabang, setiap cabang ada 70 ribu ular dan kala berbisa. Di dalam buah 
yang terdapat pada pokok itu ada 70 ribu ulat yang panjangnya seperti 
anak panah yang tajam-tajam. Mangsa-mangsa Neraka dipaksa memakan 
buah-buah kayu tersebut. 

Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya kira-kira 70 tahun 
perjalanan, setiap sungai mempunyai 70 ribu cabang dan 70 ribu lubang. 
Setiap lubang dipenuhi 70 ribu ekor ular dan kala, yang mana setiap ekor 
kala itu mengandungi 70 ribu jenis racun berbisa. 

------------ --------- --------- --------- --------- ---- 
Begitulah gambaran seksaan di dalam api neraka bagi mereka yang ingkar. 
Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, 
pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil 
iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita 
manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya. 

Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan 
dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya 
adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba 
masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang 
kita lakukan, memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak 
mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang 
Allah swt, dan diampunkan dosa kita. 

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt. Walau sebanyak mana dosa 
yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh insyaallah 
akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa 
itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat, 
menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang 
berkenaan di samping memohon keampunanAllah swt. 

Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan 
mendorong kita bersungguh-sungguh membuat kebaikan dan menjauhi 
kemungkaran, malah berusaha mencegahnya. 

Wallahua'lam. 

 

Monday, November 10, 2008

Cerita Lucu untuk Sofi


Seorang lelaki terlihat papan tanda di dalam sebuah restaurant makanan segera yang bertulis 
"SARAPAN PAGI ISTIMEWA", dan lelaki tersebut tertarik dan memasuki restaurant tersebut.

Pelayan membawakan minuman dan bertanya kepada lelaki tersebut, apa yang akan dia pesan. 
Lelaki tersebut bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepada pelayan tersebut "Apa SARAPAN PAGI ISTIMEWA hari ini? 
"Lidah ayam bakar", pelayan tersebut menjawab dengan nada bangga! "Lidah ayam bakar??

Lelaki itu terkejut seraya berkata ! Tidakkah kamu tahu bahawa makanan itu sangat menjijikkan?

Saya tidak akan sesekali makan apapun yang keluar dari mulut seekor ayam!" kata lelaki tersebut dengan nada sombong.
Kemudian pelayan tersebut bertanya "Kalau begitu encik mahu sarapan apa? 
Lelaki itu menjawap "Bawakan saya telur rebus!" jawab lelaki tersebut. 
"Itukan dari datang 'bontot" ayam!" jawab pelayan tersebut dengan selamba

Sunday, November 9, 2008

Jamuan Akhir Tahun


Pada petang Jumaat yang lepas telah diadakan Jamuan Akhir Tahun oleh ahli-ahli Pusat Sumber sekolah dan murid-murid tingkatan 2 tekun. Aku tumpang je sebab diundang sebagai wakil Pengetua ( perasan ). Seronok gak dan agak meriah majlis tu. Aku cam biasalah sekadar memenuhi undangan je. KAlau nak makan tu taklah sangat sebab kenyang dah... Walau macam mana pun Happening gak lah petang tu sebab tiba-tiba aku dapat hamper...syok ooo...2 minggu tak payah beli kudap-kudap untuk anak-anak aku...

Neraka ( Untuk Renungan Bersama )


Abu Hurairah meriwayatkan: 


“Ketika Rasulullah s.a.w berkata: Api dunia kamu adalah satu dari 70 bahagian api neraka; “lalu seseorang bertanya; “Ya Rasulullah,adakah ia tidak akan mencukupi untuk membakar orang kafir? Maka Rasulullah menjawab “Api neraka mempunyai 69 bahagian lebih dari api biasa di dunia dan kesemuanya adalah sangat panas sebagaimana ia (api dunia). 

(Riwayat Bukhari).

Saudara-saudaraku…

Marilah kita ke Sirathal mustaqim….jalan yang lurus, jalan yang betul, jalan yang diredhai Allah, jalan yang ditunjukkan Rasulullah…Jangan kita tergigit oleh api neraka walau sesaat pun kerana seksanya amat memedihkan dan mendahsyatkan. Moga kita diselamatkan Allah dari Neraka Jahannam yang disediakan untuk manusia kufur itu. Ingatlah bahan bakar api neraka itu hanyalah manusia dan batu-batu. Siapakah manusia itu? Iaitu manusia yang sentiasa memprotes perintah Allah. Dan apalah batu-batu itu? Di antara batu-batu itu adalah batu sembahan manusia iaitu patung berhala…Ingatlah wahai saudara-saudaraku yang beriman, kembalilah kepada Allah dan Rasulnya….Allahumma inna nauzubika min azabi jahannam wa min azabil qabr. Amin…

Wallahu a’lam

Penghuni Neraka

Saidina Ali berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”

Baginda SAW menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”

Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah SAW menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak).

“Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri.

“Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”

Rasulullah menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”

Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)

Jauhikanlah kami hamba-hambaMu yang beriman ya Allah….Ampunilah dosa-dosa kami…

Sunday, November 2, 2008

Tetamu Allah

Suasana dimana orang kampung beramai-ramai mengucapkan selamat jalan kepada tetamu Allah. Memang meriah sekali umpama kenduri bertunang ramainya.


Dihadapan rumah ibu mertuaku. Ala kassim ampunkan mak kassim... mak dah tua. Bukan jangan salah anggap. Mak mertua saya baik orangnya dan semoga Allah jua yang membalas kebaikannya. Mak mertua sayalah yang bagi saya peluang menjadi lelaki sejati sebab benarkan saya kawin dengan anak daranya tu..... Cantik tak rumah kampung ni. Salah satu tempat yang mendamaikan jiwa saya ialah bila berada disini pada waktu malam dan masa nak tidur....sejuk gila....Yang leceh sikit mesti subuh gajah punya kalau balik kampung...

Ha... yang baju hijau tu kakak ipar saya ( Sarimah ) , Ibu mertua atau mama mertuaku ( Ramlah ) dan ana punya beraslah ( Shahidin ). KAlau nak buat jalan kat Kuala Kangsar jumpalah dia.....Tuan  Jurutera.
Orang tua pesan kalau nak gi Mekah habis saja azan terus jalan dan tak boleh pandang belakang.Alasannya takut teringat rumah dan sebagainya.. Tu sebab semua jalan terus naik kereta dan berangkat. Yang lucu nya sampai terlupa nak salam kami sekeluarga. Terpaksalah kejar mereka dengan kereta sampai Bukit merah untuk pintas kereta mereka di R n R Semanggol semat-mata nak salam bakal haji ni untuk ambil berkat. Semoga mereka dapat haji yang mabrur dan dirahmati serta dilindungi Allah hendaknya...Amin

Mak...doa-doa juga mak  jangan lupa balik Mekah nanti bawa ole-ole tau jubah satu, kopiah satu dan minyak atar sedozen. Kalau dapat beli minyak dhab bagus gak...he...he gurau je. Mak doa apa mak.. Amin.

Pak Long ....otai kampung yang paling disegani dan dihormati dalam kampung sebab kewarakan dan ilmu agamanya. Semakin uzur tetapi masih menabur bakti setiap kali ada majlis yang memerlukannya untuk berdoa...semoga PaK long sentiasa diberkahi Allah.

Hari ini merupakan hari yang istemewa kerana tiga orang ahli keluarga kami berangkat menunaikan Fardu Haji iaitu Ibu Mertuaku, Kakak Iparku dan Birasku. Mereka dijangka bertolak dari P.Pinang pada pukul 11.30 pagi ( 3.11.08 ) . Semoga pemergian mereka diberkati Allah dan membawa pulang Haji yang mabrur. Aku teringin gak nak naik Haji tapi apakan daya duit tak ada. Kalau daftar tahun ni pun mungkin 2018 baru boleh gi sebab senarai menunggu yang ramai. Walau macam mana pun Insya Allah kalau umur panjang dan rezeki ada aku pasti pergi punya. Jadi kauorang tataplah serba sedikit suasana semasa mereka berangkat dari rumah IBU MERTUAKU...

Saturday, November 1, 2008

Badminton


Antara peralatan yang digunakan semasa bermain badminton ialah botol air masak utk menghilangkan dahaga dan sekotak rokok untuk menambah oksigen yang hilang selepas bermain.
Aksi juara semasa cuba membuat servis mata terakhir .....
Sempat lagi mengaru tu.... ooii berader main jampi ke patut selalu menang..mandrem...tu..
Posisi defensif tu. Gaya dah okay dah tapi boleh menang ke......Anda mahu mencabar..sila hubungi kami..
Budak milo tu erk je lebih tapi banyak duduk dalam petak je..yang penat kejar bole tu yang sebelah tu.Tapi yang penting menang tetap menang.cara jangan tanya..




Aktiviti terbaru saya dan kawan-kawan ialah bermain Badminton pada setiap hari selasa dan khamis ( malam jumaat. Kira hal sunat menyunat malam tu tak dapatlah dilaksanakan kerana kepenatan ) . Diantara yang berbakat dan berkarat dalam permainan badminton ini ialah Hafiz the killer, Saufee the attacking, amin the defensif , Jaa the smack down dan Azmi ( aku la.. ) the fill in the blank sebab lepas servis aku duduk dalam petak biar hafiz kejar bola ha...ha... Sebab itu aku suka partner ngan hafiz..mesti menang besar punya... Tapi ada seorang lagi yang tiada dalam gambar iaitu Wan tasik damai atau Long Wan.. Malam pengambaran tu dia tak de sebab gi Kay el.