Sunday, October 31, 2010

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN? Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:1. ibunya , 2. isterinya , 3.anak perempuannya , dan 4. saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:1. suaminya, 2. ayahnya, 3. anak lelakinya dan 4. saudara lelakinya . Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:1. sembahyang 5 waktu 2. puasa di bulan Ramadhan 3. taat suaminya dan 4. menjaga kehormatannya . Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri " Hikmah sujud - Sujud lega sistem pernafasan Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. - membetulkan pundi peranakan yang jatuh.- melegakan sakit hernia. (burut)- mengurangkan sakit senggugut ketika haid. - melegakan paru-paru daripada ketegangan.- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. - kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. - meringankan bahagian pelvis. - memberi dorongan supaya mudah tidur. - menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. - bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. - mengurangkan kegemukan. - pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. - mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut " 1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa Sekarang anda mempunyai 2 pilihan 1. Biarkan posting ini tetap dalam facebook Tok Wan. Insya Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda. 2. Share info ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim. AMIN. Surah Al-Munaafiquun : Ayat : 9 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi. Ayat : 11 Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan. Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT, ia adalah WAJIB:Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat). Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam. Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush atau Obama, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush / Obama) sama saja.Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata. Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata.

Friday, October 29, 2010

:::HUKUM ISTERI MELETERI SUAMI:::

by Islam Itu Agamaku on Thursday, October 21, 2010 at 10:18pm

Assalamualaikum

Hukum Isteri Meleteri Suami ......

" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerjarumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakansama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnyabuatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke,ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makannanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejuruskembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suamisendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebihlagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai keranaberbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupunpenat dalammelaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam katalain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrahbagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani merekaseperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yangmenyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suamisebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yangmungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnyamenjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentangkewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatanmaksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhakmenyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya akumenyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkanbetapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikansesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikrajkelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yangkebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi besertaFatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Akubertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? "

Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihatkaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macamseksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang akulihat. "

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya,sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telahmenyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya keranatidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupaset sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suamidengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gusdilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali memintasesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuananda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaanAllah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandangkepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pulatergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenaihartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yangbekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapijuga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satujihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagaiseorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah padasuatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w.dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawananperang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinyakerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadimilik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yangsedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluhkesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perludibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah danmenyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepadasatu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripadaapa yang kamu minta siang hari tadi? "

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidakmengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawahendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar,masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalananak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadikeluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat,malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumahmerupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnyawalau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akanmemenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama tarafdengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serbamencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelakkos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isterikeluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyarakeluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalahkiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya.Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baikkepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pulamenyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yangterbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergaulikeluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "

Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-samabelajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. .

SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang.Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalamRUMAHTANGGA.

TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkansemua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilahdihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

WASSALAM..

MALAM PERTAMA KITA

by Berbunga Kasih on Monday, August 2, 2010 at 10:51pm


Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi kesabaran untuk
membacanya terus hingga ke akhir.



Mengapa mudah sekali membuang email agama tetapi bangga mem "forward"
kan email yang tak senonoh? Astaghfirullah. ..
Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju
ke

''Malam Pertama Kita''

Aq da kwen skrg!!

by Zulaikha Hafizah Zaine on Friday, October 29, 2010 at 2:43pm

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab saying bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Haffiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,

Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,

Ara memang cinta padamu,

Dan Ara menangis bila abang melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,

Luaranku mungkin ramai yang terpesona,

Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,

Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,

Ara hanya mampu tersenyum pada abang,

Andai abang mahu Ara berjenaka,

Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,

Seperti orang lain berbicara,

Kerana Ara tak mampu ketawa,

Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,

Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,

Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,

Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,

Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..

Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..

(T.T)

Diet Rasulullah

by Sihat Ikut Sunnah on Thursday, October 28, 2010 at 5:48pm

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

* Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

Saturday, October 9, 2010

WASIAT IBU UNTUK ANAKNYA...

by Ana Ummu Aiman on Thursday, October 7, 2010 at 5:31pm

Setelah Al Haris bin Arm, Raja negeri Kandah berkahwin dgn anak perempuan 'Auf bin Muhlim Asyaibanidi waktu utusan di raja hendak membawa pengantin perempuan untuk di sampaikan kepada raja tadi , maka ibunya berwasiat kepada anak perempuannya.

Dia berkata:-

" Wahai anakku!

kalaulah wasiat ini

untuk kesempurnaan adabmu

aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya,

Tetapi! ia sebagai peringatan untuk yang lalai

dan pedoman pada yang berakal.

Andai ibubapamu dapat memberikan segala-galanya

nescaya,

tidak perlu bagimu seorang suami

dan kau terlalu berharga bagi kami,

Tetapi,

wanita dicipta untuk lelaki

lelaki di cipta untuk wanita.

Bercerailah kau dari ayunan buaianmu

meninggalkan teratak tempat besarmu

melangkah menuju kealam baru

yang belum kau kenal

yang belum kau biasa

Kau milik suamimu

anggap dirimu sebagai hamba

tentunya suamimu

jadi teman yang paling setia

Bawalah wasiat dariku

sepuluh sifat

sebagai bekalan perjalanan

menuju alam bahagia

Relakan hatimu

sekadar yang ada

semoga suci hatimu

dengan taat setia

dan hulur tanganmu

tanda mahu berganding bahu

jauhkan dirimu dari

segala yang jelek

yang dihidu dan dipandang mata

juga awasi gerak lakumu

agar tidak sumbang menguris rasa

sembunyikan suram wajahmu

gantikan ia dengan sinar

secerah sang suria pagi

Dan badan yang semerbak harum

bermandikan bauan

mata berpasak,kening bercelak

itu menambah seri

itu membangkit berahi

dan....................

air cukup memada

bagi yang tiada

Jaga masa makannya

juga waktu tidurnya

kerana,

perut kosong hilang bicara

mata mengantuk hilang kesabaran didada

kunci mulurmu tabahkan hatimu

badanmu terselamat

jiwa teman mu tidak terseksa

Simpan dulu kerianganmu

di kala dia berduka

pendamkan kesedihanmu

dikala dia bergembira

akibat aksi tidak senada

hilang simpatimu di sebab pertama

keruh suasana disebab kedua

Hukurkan tanganmu.......

andai kau menhulur sebelah tangan

nescaya dia menghulur kedua belah tangan

tidak cukup tangan, nyiru pula ditadahkan

Ketahuilah

kasihmu tidak sampai kemana

jika hatimu berdua tidak sejiwkasih kau, kasihlah dia

benci kau, bencilah dia

Allah sahaja yang menentukan nasibmu.'

JIMAK IKUT TUNTUTAN SUNNAH NABI

JIMAK IKUT TUNTUTAN SUNNAH NABI

by Abu Zur'ah on Saturday, October 9, 2010 at 9:44am

Dalam perkahwinan antara suami isteri terdapat unsur seksual yang menjadi landasan rumahtangga. Ertinya suatu perkahwinan akan menjadi bermakna apabila kehidupan seksual suami isteri berjalan dengan baik. Meskipun ada unsur-unsur lain yang mendorong terciptanya rumahtangga yang harmoni seperti ekonomi, namun faktor seksual adalah yang paling menonjol. Kegagalan suami ataupu isteri di dalam menjalankan tugas seksual mengakibatkan retaknya hubungan antara keduanya dan berakhir dengan tekanan dan stres.

Di dalam melakukan jimak suami hendaklah mengikut tuntunan sunnah sebagaimana yang telah diajarkan Rasulullah SAW. Jika para suami mengikutinya maka tidak akan timbul isteri tidak puas dalam menikmati hubungan jimak, seandainya suami mengabaikan kehendak dan kepuasan isteri maka suamipun tergolong berdosa sebab tidak memenuhi fitrah keisanan isteri dengan sempurna. Itulah sebabnya Rasulullah SAW menganjurkan kepada para suami sebelum mengadakan jimak agar berwuduk terlebih dahulu agar tubuh merasa segar dan cergas. Kemudian baginda menyuruh memakai wangi-wangian agar keghairahan dan semangat berjimak sentiasa membara.

Setelah itu Rasulullah SAW menganjurkan kepada suami sebelum berjimak hendaklah melakukan cumbu rayu terlebih dahulu, setelah kepuasan cumbu raya mencapai puncaknya barulah dilakukan jimak. Kemudian Rasulullah mengajarkan kepada para suami, jika terlebih dahulu mencapai hajatnya sedangkan isterinya belum, maka isteri dapat menyuruh suaminya agar jangan mencabutnya terlebih dahulu. Dalam keadaan demikian isteri boleh aktif dan suami boleh membantu isterinya untuk mencapai tahap orgasma.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu menggauli isterinya hendaklah ia mengerjakannya dengan bersungguh-sungguh. Maka apabila ia selesai janganlah ia cepat-cepat meninggalkan isterinya sehingga isterinya menyelesaikan hajatnya juga”.

Diantara panduan lain agar suami dapat menikmati orgasm secara bersama adalah, bagi suami yang menyedari bahawa dirinya cepat keluar mani, hendaklah ia berusaha melambatkan keluar mani dengan cara mengalihkan perhatian kepada perkara-perkara lain. Sedangkan di pihak isteri harus berusaha dengan sungguh-sungguh agar cepat sampai ke tahap orgasma. Apabila diketahui isteri sudah mencapai orgasma (kepuasan) barulah suami memusatkan perhatian dengan sepenuhnya. Dengan cara demikian insya Allah isteri tidak akan sentiasa kecewa.

Jika suami termasuk jenis orang yang terburu-buru, maka isteri hendaklah memberitahukan kepadanya agar tidak terburu-buru memasukkan zakarnya sampai isteri betul-betul memuncak nafsu berahinya. Isteri hendaklah menyuruh suaminya mencumbu dan menciumnya dengan masa yang lama dengan cara itu dapat menolong mempercepat isteri mencapai orgasma. Kemudian isteri harus mengerti keadaan suami yang tidak tahan lama dan cepat selesai itu. Dengan demikian isteri hendaklah berusaha agar dirinya cepat mencapai kepuasan, dan berusaha untuk serentak dengan suami agar kenikmatan sentiasa dinikmati bersama.

Sebetulnya antara suami dan isteri hendaklah memahami sunnah yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW di dalam melakukan hubungan antara suami dan isteri dengan demikian insya Allah kenikmatan berjimak akan dirasakan secara bersama. Yang paling penting kerjasama dan saling pengertian antara suami isteri perlu diwujudkan barulah kebahagian dapat nikmati.

by Abu Zur'ah on Saturday, October 9, 2010 at 9:44am

Dalam perkahwinan antara suami isteri terdapat unsur seksual yang menjadi landasan rumahtangga. Ertinya suatu perkahwinan akan menjadi bermakna apabila kehidupan seksual suami isteri berjalan dengan baik. Meskipun ada unsur-unsur lain yang mendorong terciptanya rumahtangga yang harmoni seperti ekonomi, namun faktor seksual adalah yang paling menonjol. Kegagalan suami ataupu isteri di dalam menjalankan tugas seksual mengakibatkan retaknya hubungan antara keduanya dan berakhir dengan tekanan dan stres.

Di dalam melakukan jimak suami hendaklah mengikut tuntunan sunnah sebagaimana yang telah diajarkan Rasulullah SAW. Jika para suami mengikutinya maka tidak akan timbul isteri tidak puas dalam menikmati hubungan jimak, seandainya suami mengabaikan kehendak dan kepuasan isteri maka suamipun tergolong berdosa sebab tidak memenuhi fitrah keisanan isteri dengan sempurna. Itulah sebabnya Rasulullah SAW menganjurkan kepada para suami sebelum mengadakan jimak agar berwuduk terlebih dahulu agar tubuh merasa segar dan cergas. Kemudian baginda menyuruh memakai wangi-wangian agar keghairahan dan semangat berjimak sentiasa membara.

Setelah itu Rasulullah SAW menganjurkan kepada suami sebelum berjimak hendaklah melakukan cumbu rayu terlebih dahulu, setelah kepuasan cumbu raya mencapai puncaknya barulah dilakukan jimak. Kemudian Rasulullah mengajarkan kepada para suami, jika terlebih dahulu mencapai hajatnya sedangkan isterinya belum, maka isteri dapat menyuruh suaminya agar jangan mencabutnya terlebih dahulu. Dalam keadaan demikian isteri boleh aktif dan suami boleh membantu isterinya untuk mencapai tahap orgasma.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu menggauli isterinya hendaklah ia mengerjakannya dengan bersungguh-sungguh. Maka apabila ia selesai janganlah ia cepat-cepat meninggalkan isterinya sehingga isterinya menyelesaikan hajatnya juga”.

Diantara panduan lain agar suami dapat menikmati orgasm secara bersama adalah, bagi suami yang menyedari bahawa dirinya cepat keluar mani, hendaklah ia berusaha melambatkan keluar mani dengan cara mengalihkan perhatian kepada perkara-perkara lain. Sedangkan di pihak isteri harus berusaha dengan sungguh-sungguh agar cepat sampai ke tahap orgasma. Apabila diketahui isteri sudah mencapai orgasma (kepuasan) barulah suami memusatkan perhatian dengan sepenuhnya. Dengan cara demikian insya Allah isteri tidak akan sentiasa kecewa.

Jika suami termasuk jenis orang yang terburu-buru, maka isteri hendaklah memberitahukan kepadanya agar tidak terburu-buru memasukkan zakarnya sampai isteri betul-betul memuncak nafsu berahinya. Isteri hendaklah menyuruh suaminya mencumbu dan menciumnya dengan masa yang lama dengan cara itu dapat menolong mempercepat isteri mencapai orgasma. Kemudian isteri harus mengerti keadaan suami yang tidak tahan lama dan cepat selesai itu. Dengan demikian isteri hendaklah berusaha agar dirinya cepat mencapai kepuasan, dan berusaha untuk serentak dengan suami agar kenikmatan sentiasa dinikmati bersama.

Sebetulnya antara suami dan isteri hendaklah memahami sunnah yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW di dalam melakukan hubungan antara suami dan isteri dengan demikian insya Allah kenikmatan berjimak akan dirasakan secara bersama. Yang paling penting kerjasama dan saling pengertian antara suami isteri perlu diwujudkan barulah kebahagian dapat nikmati.

ILMU INSURAN

Ilmu Insuran

INSURANS AKU MANA???
Insurans di istilahkan sebagai satu kumpulan dana wang untuk melindungi pesertanya apabila terjadi kerugian.
* Di negara kita, isyarikat insurans perlu memiliki lesen untuk beroperasi.
* Insurans terbahagi ke 2 sektor iaitu Life dan General.
* Life seperti yang kita tahu memberi perlindungan untuk kehidupan.General memberi perlindungan untuk harta benda.
* Di sektor general (am), antaranya ialah insurans motor.
* Insurans Motor terbahagi kepada beberapa bahagian lain seperti
1. Komprehensif
2. Pihak Ketiga
3. Pihak Ketiga, Kecurian dan Kebakaran

undang2 jalanraya Malaysia mewajibkan setiap kenderaan bermotor perlu memiliki perlindungan insurans pihak ketiga untuk melindungi kepentingan dan hak orang lain. bermakna, ada pihak yg akan menangung liabiliti akibat kecuaian pemegang polisi.cthnya
A - kereta A melanggar tembok rumah. tuan rumah boleh claim dari insurans pemilik kereta.
B - kereta A melanggar pejalan kaki. insurans akan menanggung kos perubatan dan gantirugi termasuk yg menyebabkan kematian dan kiraan nafkah hidup untuk mangsa.
C - kereta A melanggar kereta B. kereta B berhak membuat tuntutan pembaikan dan gantirugi dari insurans kereta A

1st party and 3rd party insurance..?
setiap kenderaan bermotor di Malaysia, diwajibkan menggunakan perlindungan insurans 3rd party. ini bermakna, setiap pengguna jalanraya akan dilindungi oleh insurans sekiranya berlaku kecelakaan disebabkan kecuaian pihak lain.dalam erti lain sekiranya kita gunakan 3rd party insurans, maka setiap pihak ketiga akan dilindungi termasuk pemilik bangunan, pemandu lain dan kenderaannya serta pejalan kaki.sekiranya berlaku kerosakan terhadap kenderaan kita sendiri, maka kita tidak boleh buat tuntutan dari insurans.insurance 1st party juga dikenali sebagai comprehensive atau lengkap. ini bermakna selain dari pengguna lain, kenderaan kita sendiri turut dilindungi pihak insurans. perlindungan komprehensif diwajibkan bagi kenderaan yang dibiayai secara sewa beli oleh pembiaya. oleh kerana risikonya lebih tinggi, maka premium yang kita bayar juga adalah lebih tinggi.

Antara commerce ngan kurnia mana yg elok?
ada 2 jenis commerce insurance..
1. Commerce Assurance
2. Commerce takafultetapi nama2 insurance yg diatas telah ditukar..
disebabkan arahan oleh bank negara yg semua syarikat insurance mesti mempunyai productLIFE dan GENERAL sekali, maka bnyk syarikat insurance telah bergabung (merged)..
1. Commerce Assurace + Allianz = Commerce Allianz
2. Commerce Takaful + Aviva = CIMB Aviva
3. Tokio Marine + Asia Insurance
4. Mitsui Sumitomo Insurance + Aviva = MSIG
5. Berjaya Insurance + Sompo = Berjaya Sompo
6. Mayban General + Mayban Takaful + MNI + MNI Oneline + Takaful Nasional = Etiqa

Elakkan lah dari mengambil Kurnia ?..
Mmg payment senang cepat dapat.. tapi jumlah amount yg diminta tidak mencukupi..misalnya, anda menghantar kereta ke workshop..workshop akan estimate kos baiki adalah sekitar 0k..selepas disubmit ke insurance, insurance akan pass ke adjuster..function utama adjuster adalah cut cost yg diminta oleh workshop..so nilai tadi mungkin berubah ke 7-8k..selepas report diberi ke insurance, tiba giliran insurance untuk cut lg amount tadi..jadi nilai tadi yg berjumlah 7k mungkin akan menjadi 5k..jika amount yg diberi kepada workshop tidak mencukupi, bolehkah workshop nak buat kerja?silap2 mereka suruh kita tukar ke wshop lain atau tambah duit atau baiki sendiri..kalo mereka buat pun, mesti cincai.. barang yg sepatutnya ditukar, tidak ditukar... hanya repair sahaja..so kereta tidak akan berada pada keadaan yg baik dan semestinya sudah hilang safety...dah bnyk sy dengar aduan seperti ini.. bnyk workshop pun tidak berani menjadi panel kepada kurnia..pernah satu ketika dahulu (tahun lepas x silap sy), workshop di serata negara boikot kurnia...itulah kelemahan kurnia.. bnyk cut cost... lebih besar company, lg bnyk cut...

Sebenarnya, andaian sebegitu kurang tepat。。。
Begini. sykt insurans hanya menjual polisi insurans dan memproses tuntutan serta menanggung liabiliti kerugian pihak yang dilindungi. tetapi, mereka tidak punya kepakaran menilai dan menaksir kerugian dengan tepat dan cekap. di sini lah timbulnya pihak penaksir kerugian yang dikenali sebagai Loss Adjuster Surveyor.sykt adjuster memiliki kepakaran bukan saja di bahagian tuntutan motor, tetapi juga membabitkan jurutera bertauliah untuk menaksir kerugian berkaitan
1. kerosakan harta benda persendirian dan perniagaan akibat
a. kebakaran
b. banjir
c. kecurian/rompakan/pecah masukd. lightning (kerosakan peralatan elektrikal)
e. lain-lain kerugian seperti ternakan (live stock) ayam, kambing yang mati sebelum dijual.
2. bahagian motor
a. own damage dan KFK
b. 3rd party claim
c. 3rd party property damage
d. 3rd party bodily injury
3. marine (berkaitan kapal)
Fungsi utama adjuster
ialah menilai kerosakan pada kadar yang berpatutan mengikut nilai semasa (contoh nilai kenderaan, harga alat ganti, nilai ternakan seperti anak ayam atau dewasa yang berbeza) tanpa mengabaikan kepentingan insurans.sebagai contoh, sebuah bumper hadapan waja berharga RM500(cth). harga itu dibenarkan bagi bengkel EON atau Proton Edar tapi bagi bengkel bukan franchise, maka adjuster akan memberi harga original bukan franchise iaitu RM250. dan bagi Proton Waja 5 tahun dan ke atas (tertakluk pada faktor betterment), maka adjuster (sbg mewakili insurans) akan membayar harga bumper bukan genuine atau terpakai iaitu RM120 (cth).ini dilakukan dalam usaha untuk mengurangkan jumlah tuntutan serendah yang mungkin.namun, sykt insurans selalu percaya bahawa jumlah yang diberi adjuster masih tinggi. maka itu sebabnya insurans akan memotong lagi jumlah yang diluluskan. yg jadi mangsa ialah
1. bengkel - kerana kos membaiki seringkali tak mencukupi
2. adjuster - selalu kena marah dengan bengkel, konon adjuster tak pandai adjust. (selalu timbul isu rasuah)
3. pemilik kereta - kena tipu. bengkel cakap tukar barang baru, tapi diberi barang 2nd hand atau non-genuine. sebenarnya, insurans yang bayar tak cukup.hampir semua sykt insurans mengamalkan dasar sebegini, memandangkan orang yang bekerja dalam bidang insurans akan berkisar dalam circle yang sama. kalau tukar company pun, masih insurans juga. cuma, Kurnia diketahui menekan dengan lebih kuat. kerana itu, byk bengkel makan hati dan makan tulang aje.
kita boleh tukar mana2 atau apa insurans yg kita mahu. malah, kita boleh lindungi keta kita dgn 2 atau 3 sykt insurans. tetapi bila berlaku tuntutan, maka setiap insurans akan membayar sebahagian sahaja dan tidak sepenuhnya.berkaitan kurnia ni, pihak kurnia yg pandai dalam strategi. mereka tahu cara senang utk dapatkan pelanggan ialah melalui used car delaer. jadi, mereka melantik seberapa banyak wakil melalui used car dealer dan langkah ini diconothi oleh Am Assurance.kedua2nya mengalami msalah serupa iaitu menjual terlalu byk polisi motor. bila ada banyak polisi motor, maka ada banyak tuntutan. bila ada banyak tuntutan, maka mereka tak cukup kaki tangan dan pihak atasan akan mengarahkan agak kawalan dibuat utk mengelakkan kerugian.ini yg terjadi pada kurnia iaitu sbg cth bengkel claim 10 ribu tetapi cuma dibayar 6 ribu. ini langkah proaktif menangani tuntutan berlebihan.

Berapa lama tempoh masa nak buat tuntutan tu?.. Beb..
sebaiknya setiap kemalangan jalanraya mestilah dilaporkan. kegagalan membuat laporan polis boleh menyebabkan kita disaman RM300 tuntutan boleh dibuat dengan cepat. malah, bagi tuntutan sendiri (Own Damage Claim) mahupun OD KFK, Bank Negara telah meletakkan beberapa kriteria yang perlu dipatuhi sykt insurans dan pemilik dalam usaha mempercepatkan proses tuntutan iaitu

1. pemilik mestilah laporkan kepada polis dalam masa 24 jam. lebih dari itu kena sama RM300. melainkan pemandu pengsan, masuk ICU atau patah kaki dan sbgnya.

2. kemudian pemilik mestilah memaklumkan kepada pihak insurans berkaitan. pihak insurans akan keluarkan borang tuntuan dengan nombor bersiri. hari ini, kebanyakan borang tuntutan boleh di cetak secara online oleh pihak bengkel.

3. sebaik saja insurans dimaklumkan, mereka mesti menugaskan adjuster utk menilai kerosakan kereta iaitu dalam tempoh 24 jam.

4. pihak adjuster pula perlu melakukan survey juga dalam tempoh 24 jam. laporan taksiran pula mestilah diserahkan pada pihak insurans tidak lebih 7 hari.so, lepas insurans dapat report adjuster, baru mereka boleh proses claim dan buat bayaran pada bengkel. bermakna, kalau ikut atas kertas, paling awal bengkel boleh repair keta kau ialah pada hari ke 8 atau 9. tapi apa yang berlaku ialah pihak bengkel berlumba2 untuk membaiki kereta tanpa menunggu approval utk menjaga imej dan nama baik mereka. so, selalunya, mereka akan mula kerja selepas adjuster membuat taksiran kerugian.

tuntutan sekiranya kereta kita dilanggar org lain?.
ada 2 cara utk buat tuntutan sekiranya kereta kita dilanggar org lain. tapi MESTI lah ada keputusan polis bahawa orang itu bersalah. sekiranya dia disaman, maka konpem dia bersalah. dan barulah kita leh wat tuntutan dari insurans mereka dan melindungi NCB kita.

1. cara pertama ialah tuntutan pihak ketiga atau 3rd party claim. kita baiki kereta kita, bayar dan gunakanr resitnya untuk buat tuntutan terhadap insurans itu. antara kelebihan claim ini ialah kita boleh buat tuntutan loss of use. contohnya, kereta kita tersadai selama 20 hari di bengkel dan kita dibolehkan menuntut kerugian. contohnya sehari RM50 x 20 hari = RM1,000. kira macam duit teksi lah

2. cara kedua dipanggil OD KFK atau Own Damage Knock-For-Knock. kaedah ini diwujudkan oleh Bank Negara pada zaman 90an. proses tuntutan sama iaitu kita claim pada insurans pihak bersalah TETAPI melalui syarikat insurans kita.dalam erti kata lain, kita claim melalui sykt insurans kita (krn lebih cepat) dan kemudian sykt insurans kita akan claim semula dari sykt insurans pihak ketiga. NCB kita tidak akan terjejas.


NCB ialah No Claim Bonusjuga diketahui sbg NCD atau No Claim Discount.bila kita tak buat sbrg claim dalam tempoh setahun, maka pihak insuran akan menganugerahkan kita Bonus kerana tidak claim.kiraanya adalah begini

1st year = 25% 2nd year = 33.3% 3rd year = 38.33% 4th year = 45% 5th year = 55% (maksimum) NCB boleh dipindahkan dari satu kereta ke kereta yg lain begitu juga dari satu insurans ke satu insurans yg lain.

mcm mane nk claim insurans? claim dr syrkt insurans sendiri atau claim insurans dr pihak ketiga?
kita hanya boleh buat tuntutan insurans dari pihak ketiga seandainya pihak ketiga didapati bersalah oleh polis. selalunya keputusan keluar dalam tempoh 14 hari. anda boleh claim insurans sendiri, dan insurans kita akan claim dari insurans pihak ketiga. ini dipanggil KFK claim (knock-for-knock)

Masa buat tuntutan, perkara berikut mestilah di patuhi

1. salinan asal laporan polis

2. sketch map polis kena gak ada lukisan pelan mcm mana kemalangan boleh terjadi / kena pi balai polis balik utk beli pelan kemalangan(dokument report tu pelan dan keputusan polis..)

3. keputusan polis diperlukan sekiranya kita menuntut kerugian dari pihak ketiga (3rd party claim)

4. selain dari itu, pastikan kita menghantar ke bengkel yang tauliahkan oleh insurans. kebanyakan insurans tidak mahu membayar jumlah yang dibaiki pada bengkel yang tidak authorised.

5. borang tuntutan perlu diisi. selalunya dibuat oleh bengkel, pemilik cuma perlu tandatangan saja.

6. pemilik perlu membayar excess sekiranya ada.
jika kereta tak rosak teruk, anda boleh mintak utk guna kereta dulu sehinggalah pihak insurans hantar adjuster dan kemudian meluluskan jumlah tuntutan.

Bleh jelaskan skit tak pihak ketiga?
pihak ketiga ialah semua pihak di keliling kita semasa memandu. ia boleh jadi

a. pejalan kaki

b. pemandu dan penumpang kenderaan persendirian.

c. pemandu dan penumpang kenderaan awam.

d. pemilik harta benda termasuk kerajaan serta sykt konsesi lebuhraya

Apa dia pihak ketiga tu? Pihak yg melanggar anda. di sebelah dia pula, anda ialah pihak ketiga.OD KFK bermaksud Own Damage Knock-For-Knock. bermaksud, anda claim insurans anda, dan insurans anda akan claim semula dari insurans lawan. cara ini lebih mudah dan cepat. dan oleh kerana insurans anda tidak keluarkan duit 1 sen pun, maka sebab itu NCB anda selamat.

Report dari pihak yg melanggar tu perlu tak?.
Tak perlu report pihak yg melanggar.. report sendiri sudah cukup..yg no 3 tu jika membabitkan 3rd party atau orang ketiga.. selalunya berlaku dalam accident jenis KFK (Knock for knock)..keputusan akan dikeluarkan oleh pihak polis dalam tempoh kurang dari 2 minggu setelah siasatan dibuat..jika tiada sebarang aral melintang, masing2 mengaku salah, sekejap je result bole keluar..tambah sikit..

semasa pergi ke workshop untuk membuat tuntutan insurance,anda perlu ada :

1.Salinan geran kenderaan

2. Salinan policy insurance

3. Salinan report police

4. Salinan lesen memandu

5. Salinan I/C

6. Salinan cover note (optional)

Borang tuntutan akan diberi sebelum kerja membaiki dijalankan..document yg perlu ditanda tangan ialah Claim Form..selepas kereta siap, pastikan wshop memberi anda Letter of Offer dan Discharge Voucher untuk ditandatangani..excess perlu dibayar sendiri oleh owner sekiranya :-unamed driver-underage driver-driver experience is less than 2 years (dalam kata lain, still lesen P)nilai excess yg perlu dibayar ialah RM200 (minima) dan RM400 (maksima).
excess ialah 1% dari jumlah nilai keta yang diinsuranskan dan ianya tidak wajib. selalunya di letakkan pada pemandu yang pernah buat tuntutan atau pemandu yang berisiko (terlalu muda sbg cth).bagi

-pemandu yang tidak dinamakan

-pemandu bawah 21 tahun

- pemandu berpengalaman kurang 2 tahun

-atau pemandu lesen P (ada orang ambil lesen semasa berumur 30)maka dikenakan compulsory excess. ini terletak di bawah jadual 2F dalam setiap polisi insurans kereta Malaysia.jumlahnya tetap iaitu RM400.bagi excess yang diletakkan pada polisi terhadap pemilik pula, sekiranya nilai kereta ialah RM75,000 maka excessnya ialah 1% iaitu RM750.

Kalo org blakang langgor..dia tak wat report..pastu aku takleh nak claim insuran dia. So aku claim insuran aku...macam mana ngn ncb aku ek?.
semua jenis OD claim akan effect NCD...hanya windscreen sahaja yg tidak effect NCD

Bagaimana saya nak claim insuran kete yang melanggar tue sedangkan kete tue x ada roadtax (sah insuran pon x ada gak, lesen pon x ada)? Bole ker saya claim?
akta undang2 jalanraya mewajibkan semua kemalangan jalanraya perlu dilaporkan kepada polis dalam tempoh 24 jam, kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan seorang pemandu disaman RM300.

1. jika pihak lagi satu turut disaman polis, maka anda boleh anda boleh buat tuntutan dari insuransnya. tanyakan pada pegawai penyiasat berkaitan tentang surat keputusan polis. bila ada surat rasmi dari polis menyatakn kereta tersebut bersalah, maka tuntutan kita akan diterima pihak insurans lawan.

2. kita masih lagi boleh buat tuntutan pihak ketiga terhadap kereta tanpa road tax. tetapi sekiranya, kereta tersebut tidak mempunyai perlindungan insurans minimum (3rd party cover), maka kita tidak boleh claim apa2. pihak polis akan keluarkan saman, itu aje. dalam kes sebegini, maka kita terpaksa buat claim sendiri (dipanggil OD atau Own Damage)

3. sekiranya claim insurans sendiri, maka pemandu lesen P perlu keluarkan bayaran excess wajib sebanyak RM400.tertakluk pada peraturan Bank Negara endorsement 2F. syarat serupa dikenakan pada mana2 pemandu yanga. kurang dari usia 21 tahun.atau. kurang 2 tahun pengalaman memandu.

keperluan cover windscreen claim insurans?
ramai tak fikir keperluan cover windscreen.ada beberapa contoh endorsement yang kita boleh tambah pada polisi insurans komprehensif iaitu

1. windscreen (ada sykt insurance cover depan saja. ada sykt cover semua tingkap termasuk sunroof. tanya pada agen anda)

2. passenger liabiliti - dalam kemalnagn membabitkan kecederaan, ilat kekal atau kematian, semua penumpang akan dilindungi oleh insurans.

3. damage other than accidents - polisi standard akan melindungi kereta kita dari kemalangan, kebakaran dan kecurian tetapi tak cover heli berikuta. banjirb. tanah runtuhc. dahan pokok jatuh disebabkan ributso, jika kita tinggal di kawasan beririsko seperti banjir atau banyak pokok2, maka bagus kita cover keta kita. tambahan tak seberapa..

Insurans mmg cover untuk semua bahagian kereta tetapi sykt insurans berhak menolak sebarang tuntutan yang dirasakan munasabah.ini termasuk tuntutan bagi komponen yg dirasakan murah, dalam kes ini windscreen. Dalam kes kemalangan biasa yg sederhana teruk, windscreen akan dibayar oleh sykt insurans tanpa banyak soal. Cuma bila kita buat tuntutan utk windscreen sahaja, maka itu insurans agak keberatan utk luluskan. kerana nilai yg diminta sedikit tetapi kos pengurusan utk mengendalikan tuntutan itu pulak yg lebih mahal.maka diwujudkan extension utk cover windscreen sahaja. Kebanyakan sykt insurans cover windscreen hadapan sahaja, tetapi beberapa sykt lain cover semua tingkap sisi juga.Nilai yg perlu dibayar (jika tak silap) ialah tak sampai 0.1% dari nilai windscreen. Bila kita claim sekali, ia tidak akan jejaskan NCB. Selepas kita claim sekali, kita boleh renew semula dan ditambah dalam polisi insurans sedia ada.
Polisi insurans standard tidak akan melindungi tuntutan disebabkan banjir, kecurian aksesori atau cermin pecah (melainkan pecah akibat kemalangan yg teruk). begitu juga pokok tumbang akibat ribut @ uprooted trees melainkan pokok yg tumbang sendiri akibat struktur yg tua atau ditebangjika kita extend utk cover disaster seperti banjir, dan bila kita buat tuntutan ianya tidak akan affect NCB...

Tapi pada pendapat saya... Kalau sekiranya kita kemalangan kenderaan dan kita rasa kita benar. Orang yang melanggar tidak mahu bertanggungjawab dan banyak plak kerenahnya. Lebih elok ambil jalan selamat dengan mengambil khidmat peguam.. Insya Allah sampai ke lubang cacing pun tak leh larilah... Renung-renungkan... Nasihat kami cuba bertanyakan pada yang lebih arif lagi..... Sekian saje..

Thursday, October 7, 2010

11 jenis manusia didoa Malaikat

11 jenis manusia didoa Malaikat

by Abdullah Dari Jeram Pasu on Friday, August 6, 2010 at 1:53am
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”


5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”


9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”


10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”




Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah

CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI WAKILKU ATAS SEGALA URUSAN TIADA DAYA UPAYA DAKU MELAINKAN DENGAN KEKUASAAN ALLAH YANG MAHA AGUNG, YANG TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH SEMATA-MATA. MAHA SUCI ALLAH, SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN ALLAH MAHA BESAR.

RASULULLAH S.A.W BERSABDA : "KUTINGGALKAN DUA PERKARA. SEKIRANYA KAMU MEMEGANG KEDUA-DUANYA MAKA KAMU TIDAK AKAN SESAT SELAMANYA. KETAHUILAH ITU ADALAH KITABULLAH DAN SUNNAHKU." (AL-HADIS)

RASULULLAH SAW BERSABDA
"Sesiapa yang menginginkan sahabat maka Allah cukup baginya, dan sesiapa yang menginginkan penghibur maka al-Qur'an cukup baginya, dan sesiapa yang menginginkan harta karun maka sifat Qanaah cukup baginya, dan sesiapa yang menginginkan pengajaran maka kematian cukup baginya, dan sesiapa yang tidak cukup baginya keempat-empat perkara ini maka api Neraka yang akan mencukupkannya."
"Dua perkara yang tidak disenangi anak Adam. Mati, padahal mati itu lebih baik dari dugaan(kesesatan). harta yang sedikit. padahal harta yang sedikit itu meringanan hisab."

Firman Allah SWT (al-An’am 6:162),
Maksudnya, “Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”

Firman Allah subhanahu wa taala,
" Maksudnya, ”Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda, yang mana Allah telah menjadikan kamu sebagai wakil dalam menguasai dan menguruskannya. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu, serta membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah), mereka tetap beroleh pahala yang besar.”
(Surah al-Hadid, ayat 7)

"Dan, Ingatlah... hanya dengan mengingati Allah... hati akan menjadi tenang."

Wanita : Akal Senipis Rambutnya

Wanita : Akal Senipis Rambutnya

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman... Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya... Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab... Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.. Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya... Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan... Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus... Bahkan akan semakin membengkok... Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.... Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata... Tapi binalah kepimpinan... Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya... Jinakkan diri kepada allah... Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu... Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Wednesday, October 6, 2010

25 PESANAN LUQMAN AL HAKIM PADA ANAKNYA

Tidak mudah untuk menjadi ibu bapa di zaman serba moden ini. Terlalu
banyak cabaran dan pesaing bagi ibu bapa; televisyen, rakan-rakan dan
pengaruh persekitaran. Anak-anak seolah-olah menjadi lebih bijak, bahkan
menjadi lebih berani bertindak berbanding ibu bapa mereka sendiri.
Menghadapi situasi seperti ini ibu bapa perlu lebih bijak dan arif.
Tentunya ibu bapa perlu berubah seiring dengan peredaran zaman. Kejayaan
Luqman al-Hakim dalam menjadi seorang ayah yang cemerlang seperti yang
diceritakan dalam Al-Quran boleh menjadi model terbaik untuk diikuti
oleh setiap ibu bapa.

25 PESANAN LUQMAN AL HAKIM PADA ANAKNYA
1)
Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg
dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat,
agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA,
ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH. 2)
Orang-orang yg sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat,maka
dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar
setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian
dari ALLAH juga.
3) Hai anakku; orang yg merasa dirinya
hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia
tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu
berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH. 4) Hai
anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang
dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi
tanam-tanaman.
5) Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana
sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang
dan gelisah di waktu malam. 6) Dan selalulah berharap kpd
ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH.
Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar-benar takut (takwa), tentulah engkau
akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH. 7)
Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak
dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa
banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu
besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd
orang yg tidak mahu mengerti.
8) Hai anakku; engkau telah
merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yg amat berat,
tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai
tetangga (jiran) yg jahat.
9) Hai anakku; janganlah
engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada
orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan. 10)
Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan
memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah
memberikan akibat yg berbahaya.
11) Hai anakku; bila engkau
mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan,
pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu
kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya
mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12)
Janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya
makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu
diberikan kpd anjing sahaja.
13) Hai anakku; janganlah engkau
langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung
memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu
menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan
kesengsaraan.
14) Makanlah makananmu bersama sama dengan
orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak
dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15) Hai anakku;
bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu
tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan
orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu
memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16) Hai
anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih
dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan
itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil
dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
17)
Selalulah baik tutur kata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu,
dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang
terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.
18)
Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai
orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg
mengharapkan sesuatu darimu.
19) Jadikanlah dirimu dalam
segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau
mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yg akan
mendatangkan cela pd dirimu.
20) Hai anakku; janganlah engkau
condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja
kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya
tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan
dunianya.
21) Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan
mengeluarkan kata-kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau
akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar
bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22) Hai
anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg
menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah
engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah
mensia-siakan hartamu.
23) Barang sesiapa yg penyayang tentu
akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg
mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr
berkata kotor tentu akan menyesal.
24) Hai anakku; bergaullah
rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya
kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah
hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah
yg subur lalu disirami air hujan.
25) Hai anakku; ambillah
harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya
untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang
atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat
beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini
serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai
itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg
bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Sumber:Keluarga-HOC