Sunday, June 7, 2009

Makan di Seri Kelah Tasik Kenyir

Dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu ke Sungai Koyan Pahang, kami singgah di sebuah warung Purba yang terletak berhampiran Tasik Kenyir. Apa yang menarik di warung ini ialah hiasan dan suasana yang tradisional tetapi layanan dan cara hidangan seperti Hotel 4 - 5 bintang. Makanannya juga sedap dan menyelerakan. Mungkin sebab lapar kut...almaklumlah pukul 3.30 petang baru makan tengahari..


Ni budak baru bangun tidur berposing di hadapan warung Seri Kelah. Nasib baik Amar tidur masa kami makan tadi..jadi dapatlah makan dengan tenang dan aman sikit..kalau tak mau terbalik meja dan warung agaknya.


Antara menu hidangan yang sempat di snap gambarnya iaitu ayam masak Bombay dan Kangkung masak belacan.  Carq nasi dihidangkan ada klass tersendiri...Cubalah jalan-jalan cari makan kat terengganu.







No comments: