Saturday, April 23, 2011

Kenapa Kanak-Kanak Sekarang Sukar Dikawal Kelakuannya?

Kenapa Kanak-Kanak Sekarang Sukar Dikawal Kelakuannya?
Friday, June 11th, 2010
22 Comments

Bertugas sebagai Guru Pemulihan Khas memberikan saya banyak peluang untuk mendekati kanak-kanak yang disifatkan bermasalah. Daripada masalah pembelajaran seperti tidak boleh/ sukar membaca, menulis dan mengira sehinggalah kepada masalah kelakuan seperti degil, tidak dengar cakap dan kasar.

Saban hari berhadapan dengan kanak-kanak sebegitu membuatkan saya banyak berfikir. Kenapa kanak-kanak sekarang ni sangat sukar untuk dikawal? Mereka sangat degil, enggan mematuhi arahan dan seringkali mempunyai konsep betul-salah yang pelik.. Mungkin tidak semua kanak-kanak bersikap demikian, tapi kebanyakannya?

Beberapa minggu yang lepas, saya terdengar seorang pakar kanak-kanak membincangkan hal ini di dalam rancangan Oprah Show. Penemuan yang dinyatakan oleh pakar kanak-kanak ini memang memeranjatkan saya kerana saya yakin ramai juga ibu bapa lain yang tidak sedar bahawa selama ini kita (ibu bapa) yang telah menjadi punca penyebab kepada kehancuran generasi muda hari ini.

Pakar kanak-kanak ini telah membincangkan tentang sumbangan televisyen terhadap kehancuran sikap mulia generasi muda. Rata-rata kebanyakan keluarga sekarang mempunyai 2 sumber pendapatan – kedua ibu bapa bekerja di luar rumah. Ini menyebabkan ibu bapa beralih bergantung kepada gajet-gajet untuk membantu mereka menguruskan anak.

Cuba fikirkan situasi berikut..

Anak yang masih bayi diletakkan dibaringkan di hadapan televisyen dan rancangan kartun biasanya dibuka untuk tontonan si bayi. Bagi anak yang lebih tua pula, 4-12 tahun, biasanya dihidangkan diberikan permainan PS2, PSP ataupun permainan komputer lainnya. Bagi anak yang remaja pula biasanya berkepit dengan HP.

Sementara itu, bolehlah si ibu memasak, mencuci pakaian dan melaksanakan kerja rumah lainnya.. Si Ayah pula samada menonton berita, sukan di televisyen ataupun membaca surat khabar.

Situasi biasa kan?

Menurut pakar kanak-kanak tersebut, kanak-kanak yang diberikan televisyen sejak kecil akan sukar untuk menurut arahan orang dewasa lainnya. Ini kerana secara psikologi, kanak-kanak itu mempunyai kebebasan untuk melakukan apa saja yang diingininya sewaktu menonton televisyen. Nak bergolek? Nak terlentang? Duduk? Tukar siaran? Apa saja, boleh dilakukan asalkan tak menangis dan mengganggu ibu buat kerje dapur dan ayah baca surat khabar.

Secara psikologi, kanak-kanak tersebut merasakan dia mempunyai kuasa veto untuk menentukan apa yang dia ingin lakukan, bila dan bagaimana. Oleh itu, kanak-kanak ini enggan mendengar arahan yang diberikan oleh orang yang lebih dewasa.

Mengejutkan kan?

Lebih mengejutkan lagi bila hari ini sewaktu berlegar-legar di FB, saya terjumpa catatan seorang rakan tentang pelancaran buku baru Wardina Saffiyah. Sewaktu majlis pelancaran tersebut, Wardina telah berkongsi tentang kesan TV kepada kanak-kanak.

Kanak-kanak yang menonton terlalu banyak TV akan mengalami masalah kesukaran untuk belajar membaca, menulis dan mengira. Ini kerana menonton TV melibatkan tingkah laku pasif, duduk dan lihat.. Kanak-kanak tidak diajar untuk berfikir atau menggunakan otak mereka sewaktu menonton TV.

Kanak-kanak sebegini juga mengalami masalah kesukaran berkomunikasi kerana menonton TV melibatkan komunikasi sehala saja dan kanak-kanak tidak diajar tentang teknik dan kaedah yang betul untuk berkomunikasi. Sebab itu pada hari ini diperhatikan ramai kanak-kanak yang tidak tahu untuk berbual dengan sopan dengan orang dewasa mahupun dengan rakan-rakan mereka sendiri.

Kanak-kanak yang kerap menonton siri animasi @ kartun juga biasanya mengalami tekanan perasaan kerana pergerakan dalam kartun adalah terlalu pantas – kurang 2 saat. Ini menyebabkan kanak-kanak tidak sempat berfikir atau mengecam objek yang dilihatnya. Cuba bayangkan setiap 2 saat melihat satu objek. Maka dalam masa setengah jam satu siri kartun yang ditonton? Berapa banyak bula objek yang telah dilihat?

Semua bahan yang dilihat ini menyesakkan kepala kanak-kanak dan akhirnya terjadilah tekanan perasaan, stress – sebab tuh budak-budak sekrang pandai mengadu sakit kepala, dan jadilah kanak-kanak zombie.

Arghhh.. Rasanya dah terlalu panjang perkara ini dan kalau nak dikupas lagi boleh membawa kepada 5-6 post lagi..

InsyaAllah, ada kelapangan saya akan bincangkan lagi tentang perkara ini.

Kenapa Kanak-Kanak Sekarang Sukar Dikawal Kelakuannya?

Kenapa Kanak-Kanak Sekarang Sukar Dikawal Kelakuannya?
Friday, June 11th, 2010
22 Comments

Bertugas sebagai Guru Pemulihan Khas memberikan saya banyak peluang untuk mendekati kanak-kanak yang disifatkan bermasalah. Daripada masalah pembelajaran seperti tidak boleh/ sukar membaca, menulis dan mengira sehinggalah kepada masalah kelakuan seperti degil, tidak dengar cakap dan kasar.

Saban hari berhadapan dengan kanak-kanak sebegitu membuatkan saya banyak berfikir. Kenapa kanak-kanak sekarang ni sangat sukar untuk dikawal? Mereka sangat degil, enggan mematuhi arahan dan seringkali mempunyai konsep betul-salah yang pelik.. Mungkin tidak semua kanak-kanak bersikap demikian, tapi kebanyakannya?

Beberapa minggu yang lepas, saya terdengar seorang pakar kanak-kanak membincangkan hal ini di dalam rancangan Oprah Show. Penemuan yang dinyatakan oleh pakar kanak-kanak ini memang memeranjatkan saya kerana saya yakin ramai juga ibu bapa lain yang tidak sedar bahawa selama ini kita (ibu bapa) yang telah menjadi punca penyebab kepada kehancuran generasi muda hari ini.

Pakar kanak-kanak ini telah membincangkan tentang sumbangan televisyen terhadap kehancuran sikap mulia generasi muda. Rata-rata kebanyakan keluarga sekarang mempunyai 2 sumber pendapatan – kedua ibu bapa bekerja di luar rumah. Ini menyebabkan ibu bapa beralih bergantung kepada gajet-gajet untuk membantu mereka menguruskan anak.

Cuba fikirkan situasi berikut..

Anak yang masih bayi diletakkan dibaringkan di hadapan televisyen dan rancangan kartun biasanya dibuka untuk tontonan si bayi. Bagi anak yang lebih tua pula, 4-12 tahun, biasanya dihidangkan diberikan permainan PS2, PSP ataupun permainan komputer lainnya. Bagi anak yang remaja pula biasanya berkepit dengan HP.

Sementara itu, bolehlah si ibu memasak, mencuci pakaian dan melaksanakan kerja rumah lainnya.. Si Ayah pula samada menonton berita, sukan di televisyen ataupun membaca surat khabar.

Situasi biasa kan?

Menurut pakar kanak-kanak tersebut, kanak-kanak yang diberikan televisyen sejak kecil akan sukar untuk menurut arahan orang dewasa lainnya. Ini kerana secara psikologi, kanak-kanak itu mempunyai kebebasan untuk melakukan apa saja yang diingininya sewaktu menonton televisyen. Nak bergolek? Nak terlentang? Duduk? Tukar siaran? Apa saja, boleh dilakukan asalkan tak menangis dan mengganggu ibu buat kerje dapur dan ayah baca surat khabar.

Secara psikologi, kanak-kanak tersebut merasakan dia mempunyai kuasa veto untuk menentukan apa yang dia ingin lakukan, bila dan bagaimana. Oleh itu, kanak-kanak ini enggan mendengar arahan yang diberikan oleh orang yang lebih dewasa.

Mengejutkan kan?

Lebih mengejutkan lagi bila hari ini sewaktu berlegar-legar di FB, saya terjumpa catatan seorang rakan tentang pelancaran buku baru Wardina Saffiyah. Sewaktu majlis pelancaran tersebut, Wardina telah berkongsi tentang kesan TV kepada kanak-kanak.

Kanak-kanak yang menonton terlalu banyak TV akan mengalami masalah kesukaran untuk belajar membaca, menulis dan mengira. Ini kerana menonton TV melibatkan tingkah laku pasif, duduk dan lihat.. Kanak-kanak tidak diajar untuk berfikir atau menggunakan otak mereka sewaktu menonton TV.

Kanak-kanak sebegini juga mengalami masalah kesukaran berkomunikasi kerana menonton TV melibatkan komunikasi sehala saja dan kanak-kanak tidak diajar tentang teknik dan kaedah yang betul untuk berkomunikasi. Sebab itu pada hari ini diperhatikan ramai kanak-kanak yang tidak tahu untuk berbual dengan sopan dengan orang dewasa mahupun dengan rakan-rakan mereka sendiri.

Kanak-kanak yang kerap menonton siri animasi @ kartun juga biasanya mengalami tekanan perasaan kerana pergerakan dalam kartun adalah terlalu pantas – kurang 2 saat. Ini menyebabkan kanak-kanak tidak sempat berfikir atau mengecam objek yang dilihatnya. Cuba bayangkan setiap 2 saat melihat satu objek. Maka dalam masa setengah jam satu siri kartun yang ditonton? Berapa banyak bula objek yang telah dilihat?

Semua bahan yang dilihat ini menyesakkan kepala kanak-kanak dan akhirnya terjadilah tekanan perasaan, stress – sebab tuh budak-budak sekrang pandai mengadu sakit kepala, dan jadilah kanak-kanak zombie.

Arghhh.. Rasanya dah terlalu panjang perkara ini dan kalau nak dikupas lagi boleh membawa kepada 5-6 post lagi..

InsyaAllah, ada kelapangan saya akan bincangkan lagi tentang perkara ini.

Anak Tidak Suka Ke Sekolah, Apa Nak Buat Ya?

Salam ceria,

Isu ini bukanlah sesuatu yang baru.. Saya yakin di setiap sekolah pasti ada berlaku kisah ini.. Sekolah saya pun ada juga.. Hehehe..

Biasanya perkara ini berlaku kepada murid Tahun 1 yang baru saja nak memulakan persekolahan..

Yalah, tempat baru, kawan-kawan baru, rutin baru, ada sesetengah kanak-kanak yang mengambil masa yang lebih lama untuk menyesuaikan diri..

Bila berlaku perkara macam ni, menjadi satu tanggungjawab kepada mereka yang lebih dewasa, terutamanya ibu bapa dan juga guru-guru untuk membantu kanak-kanak ini menyesuaikan diri..

Saya juga telah menerima komen dari Pn Chienta tentang anaknya yang suka lari dari sekolah untuk pulang ke rumah neneknya yang berdekatan dengan sekolah.. Anda boleh baca komen Pn Chienta di link berikut.

Susah juga ya kalau anak asyik lari dari sekolah untuk pulang ke rumah nenek atau rumah sendiri..

Di sekolah saya ada juga seorang murid Tahun 1 yang kerap lari dari sekolah dan pernah sekali tuh dia lari ke sekolah menengah yang bersebelahan dengan sekolah kami..

Siap tidur lagi, hampir 2-3 jam juga guru-guru mencari murid ini di sekitar kawasan taman perumahan.. Mujur Pengawal Keselamatan sekolah menengah tersebut perasan kehadiran murid ini di kawasan yang memang jarang dilalui oleh pelajar-pelajar sekolah tersebut..

Berbalik kepada cerita Pn Chienta, saya juga bersetuju dengan cadangan guru supaya anaknya dirujukkan kepada guru bimbingan dan kaunseling..

Tetapi yang lebih penting lagi adalah Pn Chienta sendiri juga boleh melaksanakan kaunseling untuk anaknya sendiri..

Yalah, anaknya tentu lebih selesa dan percaya dengan Pn Chienta.. Ibu sendiri kan.. Dan anak akan lebih mudah meluahkan perasaannya kepada Pn Chienta..

Semak dengan anak mengapa beliau tidak suka berada di sekolah..

* Mungkinkah ada rakan-rakan yang membuli beliau di sekolah atau mungkin beliau rasa beliau tiada rakan yang disenangi dalam kelasnya..
* Mungkin juga beliau tidak suka dengan guru-guru dalam kelasnya.. Ada seorang murid di sekolah saya yang tidak mahu masuk ke kelas kerana menurutnya cikgu tersebut tidak cantik, walhal cikgu tuh sudah cukup cantik.. Cuma perlu difahami bahawa kanak-kanak tidak melihat cantik itu seperti kita orang dewasa melihat cantik..
* Mungkinkah anak Pn Chienta tidak sukakan keadaan sekolah atau ada sesuatu gangguan di kawasan sekolah.. Walaupun perkara ini jarang berlaku, tetapi ianya wujud.. Kanak-kanak lebih mudah merasakan kehadiran sesuatu yang asing berbanding orang dewasa, dan mereka juga lebih mudah melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar..

Cuba selidiki mungkin ada sebab-sebab lain beliau tidak suka berada di sekolah.. Tempat duduknya ke, atau kedudukan kelasnya, mata pelajarannya atau pakaian sekolahnya..

Selepas anda dapat mengenalpasti apa yang menyebabkan anak tidak suka berada di sekolah, cuba atasi masalah itu.. Cuba berbincang dengan guru kelas dan juga pihak sekolah untuk membantu anak anda berada di sekolah lebih lama..

Selain daripada itu, jika anak lari pulang ke rumah, pastikan anda hantar semula anak ke sekolah.. Jangan biarkan dia terus berada di rumah.. Tidak kiralah walau ketika itu sudah pukul berapa pun.. Pastikan dia dihantar semula ke sekolah..

Lama-kelamaan dia akan sedar bahawa dia tetap perlu berada di sekolah sepanjang waktu persekolahan..

Seperkara lagi yang boleh anda lakukan adalah menggunakan kaedah ganjaran dan hukuman.. Buat perjanjian dengan anak supaya dia kekal berada di sekolah untuk beberapa hari dan dia boleh dapat melakukan sesuatu perkara yang dia sukai..

Sebaliknya, jika dia melanggar perjanjian tersebut, sesuatu perkara yang disukainya akan ditarik..

Ganjaran tidak semestinya bersifat mahal, mungkin tambahan masa menonton televisyen, atau masa bermain.. Dan bagi hukuman pula, mungkin sesuatu yang disukainya adalah bermain permainan elektronik, maka ianya boleh ditarik..

Dalam perkara ini, yang paling penting adalah ketegasan ibu bapa serta kerjasama daripada adik beradik mahupun ahli keluarga lain seperti neneknya.. Jika beliau melanggar perjanjian, tidak boleh tidak hukuman mesti dilaksanakan..

Walaupun saya yakin anak mungkin akan memberontak atau cuba melakukan sesuatu yang membuatkan anda rasa cair hati.. Tapi tabahlah demi masa depan anak dan anak perlu tahu bahawa anda serius dengan apa yang anda ucapkan..

Akhir kata, selamat mencuba dan chiow!

PERANAN IBADAH DALAM KEHIDUPAN

Sebagai seorang hamba, manusia mempunyai tanggung jawab untuk mengabdi kepada Allah swt. Dan pengabdiannya itu tercermin melalui ibadah yang dikerjakannya. Secara khusus ibadah yang dikerjakan dengan diiringi sifat mulia seperti: sabar,ikhlas,istiqamah,dan penuh kejujuran dengan ketulusan niat semata-mata hanya kerana Allah ternyata memiliki manfaat yang begitu besar dan baik bagi mereka yang mengerjakannya. Sebab itulah ibadah menjadi penentu bagi kehidupan seorang insan.

Sekarang ini kita sering dihadapkan oleh berbagai masalah yang mewarnai kehudupan ini.Walaupun tidak sebesar dan sepahit yang dihadapi oleh umat terdahulu.Sesungguhnya berbagai masalah yang mewarnai dalam kehidupan kita merupakan ujian yang datangnya dari Allah swt. baik itu menyenangkan ataupun menyedihkan, suka ataupun duka tentunya silih berganti namun itulah resam kehidupan bergantung bagaimana kita menyikapinya.Sebab itulah ibadah menjadi penentu dalam keberhasilan insan menyikapi dan mencari solusi dalam menghadapi berbagai permasalahan yang sedang dihadapinya.

Sesungguhnya ibadah berperan sebagai penentu kebahagiaan dan kesejahteraan. Bukan hanya pada individu bahkan ianya juga mempengaruhi kebahagiaan dan kesejahteraan suatu keluarga,masyarakat,bangsa dan negara sehingga membangun tamadun yang madani.Fakta utama yang dapat kita lihat bersama dan melibatkan berbagai aspek ialah ancaman gejala sosial dalam berbagai kategori yang kian membara ditengah-tengah kita.Dan jika hal ini kita renungkan dengan kejernihan jiwa maka jawabnya ialah berkaitan dengan pelaksanaan ibadah yang diabaikan, sehingga berdampak lahirnya berbagai perbuatan maksiat.

Kelalaian yang disengaja dalam tanggung jawab mengerjakan ibadah untuk mengabdikan diri semata-mata kepada Allah ternyata menjadi penyebab utama dalam melakukan berbagai perbuatan maksiat.Jika perbuatan maksiat itu telah merebak kemana-mana tentunya ia akan menimbulkan keresahan bagi kita semua.Oleh itu kesadaranlah yang menjadi kunci utama dalam membuat suatu perubahan.

Bukankah kesenangan dunia ialah pancaroba.Oleh itu kita harus sentiasa berwaspada terhadap bisikan dunia kerana jika ia diturutkan akan membuahkan penyesalan.Kesenangan dunia yang merayu sering kali menjerumuskan manusia kejurang kebinasaan dan kesengsaraan yang penuh penyesalan.

Kefahaman seseorang terhadap islam yang dangkal dan tidak adil sering kali menimbulkan kekeliruan,bahkan para pemikir Barat tidak sepakat dalam memberikan defenisi agama,philosof-philosof mereka juga memberikan defenisi masing-masing dan menyifatkan agama dari sudut pandang yang berbeda-beda.Ada diantara mereka yang mengatakan agama itu tidak lebih dari pada konsep morality/akhlak,ada juga yang mengatakan agama itu sesuatu yang menyentuh hal-hal ruhaniyyah/spiritual sahaja,dan ada pula yang mendefinisikan agama dengan ritual/upacara penyembahan.

Agama Islam itu mudah dan jelas,bersesuaian dengan akal dan fitrah manusia,agama yang secara sah dan rasmi diturunkan Allah swt.Syari'at yang ada di dalamnya adalah wahyu dan bukan ciptaan manusia dan bukan pula rekaan Nabi (Yunus:15)

Agama Islam juga bercirikan al-wasatiyyah atau tawazun (moderate). Posisi Islam tidak terlalu menumpukan pada ruhaniyyah sehingga melupakan material, Islam merangkumi dunia dan akhirat tidak menumpukan pada akhirat sehingga melupakan dunia dan Islam juga tidak menghinakan dunia, akan tetapi menempatkannya pada tempat yang betul. Islam juga memberikan gambaran yang tidak ekstrim dalam sesuatu hal tetapi tegas dalam hal yang berkaitan dengan prinsip, individu dan masyarakat sama pentingnya tidak boleh mengorbankan maslahah orang ramai demi kepentingan individu tetapi tidak pula maslahah orang ramai dijadikan legalisasi untuk mengorbankan kepentingan individu.
Agama Islam bersifat teguh dan tidak berubah. Syari’at yang Allah tetapkan tidak akan berubah, ini berbeza dengan undang-undang manusia yang selalu berubah dan dipinda. Tidak ada yang kurang lengkap atau yang salah dalam Syariat Allah, adapun yang berkembang dalam fiqih Islam itu adalah Ijtihad, masing-masing ulama berijtihad sesuai dengan keadaan dan perkembangan semasa, dengan syarat tidak bercanggah dengan nash yang telah ada dalam Qur’an dan Sunnah.

Dari kajian tentang agama tadi kita dapat menyimpulkan bahawa Islam bukanlah sekadar agama yang membangun spiritual sesuatu masyrakat, Islam tidak cukup dengan menjalankan solat lima waktu, puasa, zakat dan Haji. Pandangan yang sempit terhadap Islam adalah hasil sekularisasi, dengan tidak disedari telah merasuk kedalam pemikiran ummat Islam.

Lebih daripada itu Islam adalah cara hidup (way of life). Agama Islam memberi jawapan kepada pertanyaan abadi kehidupan (eternal question of life ) pertanyaan tersebut adalah darimanakah asal-usul manusia? Kemanakah mereka akan pergi dan apakah arti kehidupan ini?. Dari mula lagi Islam telah memberikan jawapan kepada persoalan tersebut dengan jelas. Bahkan menyediakan jalan bagaimana manusia harus hidup agar mereka tidak sia-sia dan sesat dengan menerangkan bahwa satu-satunya cara untuk selamat adalah dengan menuju kearah al-sirat al-mustaqim (jalan yang lurus)

Selain mambangun insan yang bermoral Islam juga membangun tamadun yang luhur, Islam tidak sepatutnya dipisahkan dari politik dan kemasyarakatan. Manusia sebagai khalifah berfungsi untuk memastikan hukum Syari’at Allah berlaku di bumi ini. Hal ini dibuktikan dengan fakta bahwa nabi sendiri membangun sebuah negara dan mengatur sistem kemasyarakatan (sosial order). Bahkan sebenarnya Islam tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya tanpa tegaknya negara Islam yang bertanggungjawab melaksanakan Syari’at Allah.

Konsep Ibadah dalam Islam jauh lebih luas daripada apa yang dinamakan sembahyang dalam sesuatu agama. Worship atau sembahyang tidak dapat disamakan dengan ibadah. Ibadah sepertimana yang dijelaskan oleh Ibnu Taimiyyah adalah istilah yang merangkumi segala perbuatan yang disenangi dan diredhai Allah S.W.T. Oleh kerananya ibadah itu dapat terlaksana dengan mematuhi segala apa yang diperintahkan Allah. Dengan kata lain Ibadah merupakan gambaran yang menyeluruh daripada agama (ad-din).

Secara umum ibadah dapat berperan sebagai alat untuk menumbuhkan kesadaran pada diri manusia bahwa ia sebagai insan diciptakan Allah khusus untuk mengabdi kepada-Nya.Dan segala ibadah yang dikerjakannya itu semata-mata demi mendapatkan Kerdhaan-Nya yang pelaksanaanya diiringi dengan kesempurnaan sifat yang mahmudah.

Perlunya menjaga aib sesama insan

Aib adalah merujuk kepada rasa malu oleh sesaorang atau orang yang dekat dengan sesaorang akan sesuatu keadaan yang tidak elok mengenai sesaorang itu tertedah atau diketahui umum.

Rasa malu ini boleh membawa kepada kesan saikologi yang sangat negatif kepada sesaorang yang diaibkan itu, sehingga memungkin sesaorang itu mencabut nyawanya sendiri atau mengalami gangguan mental yang amat dahsyat.

Ajaran Islam melarang keras aib sesaorang itu didedahkan atau diceritakan. Islam mengajar kita agar kita orang-orang beriman tidak sekali-kali berkata-kata walau apa dan macam mana sekalipun tentang sesuatu keadaan yang tidak elok mengenai sesaorang.

Allah swt berfirman dalam Surah Al Hujarat Ayat 12 bermaksud: [49.12] Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Sabda Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam yang bermaksud: “Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Kita sepatutnya menutup aib sesama Muslim dan berhenti daripada menyebut-nyebut serta menyiarkannya, sebagaimana firman Allah: “Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah (menyiarkan) tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat.” (Surah an-Nûr:19)
Sabda Rasulullah Sallallhu ’alaihi wasallam lagi yang bermaksud: “Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

"Tiada seorang yang menutupi aurat( keaiban) orang di dunia, melainkan Allah akan menutupi keaibannya di hari kiamat." (Hadis riwayat Muslim)

Tidaklah seseorang itu banyak bercakap akan aib orang lain, menyebutkan kesalahan dan mendedahkan aib mereka melainkan orang itu orang munafiq yang terhina. Jadi adalah wajib bagi setiap Muslim, menutup aib saudaranya dan malah hendaklah menasihatkan secara sulit, lemah lembut dan penuh hikmah kerana bimbang saudaranya itu akan ditimpa celaka dengan sebab perbuatannya itu.

Dari 'Aisyah radhiallahu'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah engkau semua memaki-maki orang-orang yang sudah mati, sebab sesungguhnya mereka itu telah sampai kepada amalan-amalan mereka yang sudah dikerjakan dahulu -sewaktu di dunia, baik kebajikan atau kejahatan." (Hadis riwayat Bukhari)

Allah amat murka kepada mereka yang menyebarkan keaiban di dalam masyarakat. Sehingga disebabkan mereka maka masyarakat menganggap kejahatan itu merupakan suatu yang biasa dan masyarakat merasa tidak aman daripada buah mulut orang lain. Kerana itulah Allah SWT mengharamkan mengumpat sebagaimana yang difirmankan di dalam ayat berikut:

Keaiban kadangkala dianggap suatu yang baik untuk dikongsi di atas banyak sebab, antaranya untuk melepaskan tekanan perasaan, untuk menimbulkan rasa insaf, sebagai pelajaran bagi orang lain, untuk menjadikan diri dipandang mulia, memberi alasan dan sebagainya. Atas apa alasan pun, membocorkan keaiban merupakan suatu yang dilarang oleh Allah dan Rasul. Rasulullah SAW bersabda: "Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat." (HR Bukhari)

Bahkan, keaiban yang dilarang untuk diceritakan itu bukan cuma keaiban orang lain. Keaiban diri sendiri juga harus dan perlu ditutup oleh setiap orang. Rasulullah SAW bersabda: "Semua umat ku selamat kecuali orang yang terang-terangan melakukan dosa. Dan termasuk terang-terangan itu adalah seorang yang melakukan dosa di waktu malam gelap mendadak pagi-pagi diceritakan kepada orang lain. Padahal semalam Allah telah menutupi dosanya itu tetapi setelah paginya dia membuka apa yang Allah tutup itu." (HR Bukhari dan Muslim)

Seandainya keaiban tadi adalah keaiban orang lain pula, maka itu sudah masuk ke dalam kategori mengumpat dan seperti yang Allah fimankan tadi, perbuatan itu diumpamakan seperti memakan daging saudara kita yang telah mati. Jelas perbuatan ini merupakan punca perpecahan dan perbalahan sesama muslim. Bahkan, seperti juga membuka aib sendiri, membuka keaiban orang lain juga memotivasi orang yang mendengar untuk berkongsi keaiban orang lain yang dia ketahui juga. Maka tersebar luaslah keburukan dan keaiban di dalam masyarakat sehingga terbuka luaslah pintu-pintu kehancuran, fitnah dan perpecahan di dalam masyarakat.

Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, "Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat."( HR Ahmad). Maka, selagi mana perbuatannya itu tidak dilakukan secara terang terangan maka perlakuan itu haruslah dirahsiakan dan dia tidak dihukum disebabkan dosanya itu. Dari Umar bin Khattab ra, katanya "Manusia pada zaman Rasulullah SAW berhukum dgn dasar wahyu, dan sekarang wahyu telah tidak turun lagi, sekarang kamu kami hukum dengan menurut apa yang nyata bagi kami tentang kerja mu. Barang siapa yang nyata bagi kami baik, kami amankan dan kami benarkan. Kami tiada mengetahui sesuatu yang dirahsiakan, hanya tuhan yang menghitung yang dirahsiakannya itu. Siapa yang nyata bagi kami jahat, tidak kami amankan dan tidak kami benarkan, walaupun dia mengatakan bahawa yang dirahsiakan hatinya baik. (HR Bukhari)

Bahkan barangsiapa yang melakukan kesalahan yang sepatutnya dijatuhi hukuman hudud sekalipun ke atasnya, lalu Allah menutupi keaibannya itu, maka dia seharusnya menyembunyikan keaibannya itu lalu bersungguh-sungguh bertaubat kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang melakukan kesalahan hudud lalu disegerakan hukumannya di atas dunia, maka adalah Allah terlalu adil untuk mengenakan padanya hukuman kali kedua di akhirat.

Barang siapa yang melakukan kesalahan hudud lalu kesalahannya ditutup oleh Allah SWT, sehingga dia terlepas darinya, maka Allah adalah teramat pemurah untuk menghukum orang yang telah dilepaskan dari hukuman oleh-Nya." (HR Ahmad, dia berkata hasan gharib. Al-Hakim, dia berkata sahih menurut persyaratan Bukhari dan Muslim). Begitulah bagaimana Islam sangat-sangat menuntut kita agar menjaga aib sesaorang dan juga aib kita sendiri.

Sebaiknya adalah kita hendaklah kurang bercakap kecuali atas hal-hal yang penting dan perlu. Begitu juga membaca bahan-bahan yang senantiasa membuka aib orang lain yang sangat banyak dipasaran hari ini.

Peringatan dasyatnya hari kiamat

Dahsyatnya Hari Kiamat Dan Padang Mahsyar.

Assalamualaikum Wbr.

Hari yang Pasti Terjadi.

Gambaran Hari Qiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat
yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan
kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup,
tidak mati.








Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yang disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan.

Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang
mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

* Pemimpin yang adil.
* Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
* Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
* Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
* Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
* Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
* Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi.

Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh empat orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga
mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam empat mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

* Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
* Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
* Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.


(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


*semoga kita tergolong dalam golongan yang berjaya masuk ke syurga Allah.
*dipetik dari sumber internet. wallh hulam.

Friday, April 22, 2011

Sedar-sedar hidup dah tak lama….. terlalu singkat rasanya

Ketika kita mula masuk alam pekerjaan pada umur awal 20-an, kita rasa banyak lagi masa yang kita ada. Purata hayat umur seorang manusia sekarang lebih kurang 60 ke 70 tahun. Oleh itu, kalau kita sekarang berumur 20-an, bermakna kita ada lagi 40 tahun lagi untuk hidup.

Apabila kita telah mendapat pekerjaan, kita mula memikirkan untuk hidup berkeluarga sendiri, nak ada isteri, nak ada anak, nak ada rumah dan nak ada kereta.

Hari-hari kita memikirkan bagaimana untuk menambah pendapatan. Untuk mendapatkan kehidupan yang selesa, kita perlukan duit. Semua kemudahan hanya diperolehi kalau kita ada duit, lagi banyak duit lagi selesalah hidup kita.

Macam-macam cara yang dilakukan untuk menambah duit, ada yang mengejar pangkat untuk dapat gaji lebih, ada yang buat kerja sambilan, ada yang terlibat dengan jualan langsung dan ada yang berhenti kerja untuk buka bisnes sendiri.

Ada orang kata, Tuhan beri seseorang itu kekayaan dan duit yang banyak adalah untuk menyerlahkan sifat sebenar seseorang itu, samada pemurah atau kedekut. Kalau tidak ada duit macam mana kita tahu dia pemurah atau kedekut. Dia kata dia seorang pemurah, tetapi macamana kita boleh tahu dia pemurah kalau dia memang tak ada duit.

Bila dia ada banyak duit barulah kita tahu dia betul-betul pemurah atau kedekut. Kalau dia pemurah, dia akan banyak menyumbang dan memberi sedekah, tetapi kalau jenis kedekut, dia tetap bakhil dan tidak mahu bersedekah.

Ada juga orang yang terus bekerja keras mengumpul duit dan harta untuk masa depan. Tetapi malangnya, dia tidak pula menetapkan bilakah masa depannya itu, akhirnya dia terlupa dan terus mengumpul harta untuk masa depan yang tidak pernah ditemui.

Dua hari lepas, ketika berjoging saya terserempak dengan Sha’ari (bukan nama sebenar) tengah menyapu sampah daun kering di kawasan rumahnya. Beliau baru saja setahun pencen.

Saya tanyakan kepada beliau kenapa tidak balik kampung selepas bersara. Kerana sudah kebiasaan pada orang-orang dulu, bila sudah pencen mereka akan balik kampung dan menyambung kehidupan di kampung.

Kalau kita perhatikan, umur orang-orang dulu panjang-panjang, ada yang mencecah umur 90 tahun. Masa itu jarang ada orang sakit serangan jantung, jarang ada darah tinggi dan kencing manis. Tidak hairanlah kalau ramai dari mereka ini yang lebih lama makan duit pencen dari makan duit gaji.

Kalau mereka pencen umur 55, maknanya untuk cecah umur 80 tahun ada lagi 25 tahun, banyak lagi masa yang ada sebelum meninggal dunia, dan macam-macam perkara dan aktiviti boleh dilakukan.

Tetapi zaman sekarang, umur manusia dah pendek. Macam-macam penyakit ada. Makan macam-macam, penyakit pun macam-macam. Ada tu tak sempat pencen lagi dah meninggal. Ramai juga yang baru setahun atau dua tahun pencen dah meninggal.

Kadang-kadang untuk meneruskan hidup di kampung selepas pencen seperti tidak berbaloi. Setelah membina rumah baru di kampung untuk kita tinggal di sana, kita mungkin sempat duduk di rumah itu untuk tempoh kurang 5 tahun saja, sebelum kita meninggal.

Oleh itu, pemikiran lama yang mesti balik kampung selepas pencen perlulah dikikis. Sebaliknya di mana kita telah membina rumah atau membeli rumah semasa kita bekerja, di situ jugalah patutnya kita menghabiskan sisa-sisa kehidupan kita sebelum meninggal.

Kita tidak boleh lagi berangan-angan untuk membuat sesuatu rancangan besar untuk diri kita atau keluarga kita selepas kita bersara, tetapi lakukanlah semasa sekarang dan di masa kita sihat ini.

Berbalik kepada Sha’ari tadi, dia tidak mahu balik kampung selepas bersara kerana tidak ada lagi orang yang rapat dengan beliau yang masih ada di sana, ibubapa dan orang-orang yang lebih tua sudah ramai yang meninggal. Yang tinggal hanyalah di kalangan umur peringkat bawah dan anak muda yang beliau tidak kenal rapat.

Semasa umur 20-an dulu, hampir semua orang kampung yang hadir di masjid kampung itu dikenalinya, tetapi sekarang hanya tok imam dan bilal sahaja yang dia kenal.

Dalam kesibukan kita mencari harta dunia, tak sedar umur sudah hampir sampai ke penghujung. Bila sudah mencecah umur 50, sebenarnya kita tidak mempunyai banyak masa lagi yang ada, tidak seperti ketika umur 20-an dulu yang masih mempunyai banyak masa.

Masa umur saya baru masuk 40 dulu, ada seorang taukeh Cina yang ketika itu berumur 50-an memberitahu saya, bila dah berumur 50, setiap tahun ada saja perubahan kepada dirinya.

Kita boleh nampak perubahan kepada bayi dan kanak-kanak setiap tahun, tetapi itu perubahan meningkat, tetapi perubahan yang dialami oleh orang yang berumur 50-an ialah perubahan menurun.

Hidup di dunia ini sebenarnya adalah singkat, walaupun kita berat hendak meninggalkan kehidupan dunia ini tetapi apakan daya, tidak ada siapa boleh menolak kadar yang ditentukan Tuhan ini. Seperti bayi yang dalam kandungan ibu, mahu atau tidak, mereka mesti juga keluar bila sudah cukup 9 bulan.

Apa pun, perbanyaklah membuat kebaikan dengan masa yang telah Tuhan peruntukkan kepada kita itu, pasti kita tidak akan rugi.

MAKAN DAN MINUM CARA RASULULLAH S.A.W....JOM IKUT...

Cara Rasulullah Makan
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Ras...ulullah makan makanan tersebut. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Perkara yang ya'hudi suka dan kita pun lakukan

Perkongsian bersama..

Assalamualaikum

Cuba renungkan... .kebenaran e-mail ini....untuk rujukkan kita bersama.
Seminit untuk kita beringat...
DI INGATKAN SEMULA supaya tak lupa...

Protokol ke 10 Ya'hudi mengandungi 8 perkara....

1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan. .jika ada anak-anak yang
tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustanyang
panjang berjela... Adaanak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi
boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa
depa..... berjaya sudah Yahudi..... Hinggakita terfikir.... ..
bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana..
di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah...
kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua
sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex...
filem 18SX amat laris berbanding filem U...
VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...
Adakah filem yang tiada adegan sex?
Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. .......

3. ...Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja....
sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...
malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan
yang kononnya mau di gelar 'up to date'..
Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari
kabaret..... .( aku tengok dari filem P Ramlee )....

4. .....Sport.. .
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan
perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan....
hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga....
Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali,
sembahyang pun banyak yang miss.....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. ...
yang menonton pun tak sembahyang juga .......
Kalau menonton dirumah.... akan lambat sembahyang sebab takut tak
nampak macam mana masuk GOL......
Yahudi gol lagi........sampai ada ulamak kata...kerana sukan
...sembahyang boleh tangguh....Mashaalla h,..

5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. ..
Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..
termasuklah majalah mangga.....yang menayangkan buah mangga artis perempuan... .
Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga
menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....
pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...
Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. .
terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena
mengena dengan perempuan... . Kalau kita ke kedai bateri kereta....
dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi.....
apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?.. .
kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya...
Yahudi bersorak lagi......

7...Fashion. ...
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. .
sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....
Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat
yang kekadang menampakkan pusat?
Yang mewarnakan rambut lagi teruklah...
Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. ...
Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau
bertudung..bagaiman a nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...
Kalau dah rambut diwarnakan.. .. sembahyang pun tak sah...
malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...
itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...

Yahudi ketawa lagi....
Umat islam sudah jadi macam Yahudi.....

8.. .. Food..Makanan. .
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah
MC D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi...
Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....
masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...
tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. .
Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang
halalnya? Contoh Kentucky ....rempahnya datang dari Amerika....
siapa nak pergi check....halal ke tidak?
Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap....
Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam
yahudi.... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubilla h.....
Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......
yang lain-lain entah macam-macam
lagi.... aku cinta Malaysia .....tapi lebih cintakan
ALLAH....... ....... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan
manusia dengan kepentingan Allah......

DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray
keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah

Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* SUBHANA'LLAH
* ALHAMDULI'LLAH
* LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* ALLAHU AKBAR
* ASTAGHFIRU'LLAH
* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALASAYYIDINA
MUHAMMAD WA AALIHI
* WA SAHBIHI AJMA'EEN

Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat,
perkataaan demi
perkataan

Langkah 3:

* Forward email ini orang
yang anda kasihi..



-----------------
PANDUAN & NASIHAT
-----------------

Dalam sepotong ayat dan sepotong hadis ada menerangkannya:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."
(Hadith riwayat Az-Zahabi dalam Al-Kabair.)

http://www.facebook.com/notes/syazwani-abdullah/jihadkulamaran-dari-bumi-palestin/140884379271150#!/notes/shasratul-ameerah-kamaruddin/perkara-yang-yahudi-suka-n-kita-pun-buat/407258117686

Kesilapan-Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Sebenarnya terdapat banyak bentuk kesilapan dalam mendidik anak-anak.

Kesilapan terbesar ialah kegagalan ibu dan bapa menjadikan agama sebagai teras dalam pendidikan anak-anak.

Agama membawa kepada keseimbangan antara fizikal dan spiritual. Antara pembangunan akhlak dan kecemerlangan akademik. Antara dunia dan akhirat.

Tanpa agama, anak-anak ibarat ditinggalkan di lorong yang gelap tanpa pedoman untuk diikuti.

Sering kali berlaku, ibu bapa yang bersungguh-sungguh memarahi anak yang mendapat nombor yang corot dalam peperiksaan, tetapi hanya buat selamba abapila mengetahui anaknya meninggalkan solat dengan sengaja.

Tak kurang juga ibu bapa yang sangat mengambil berat soal makan-minum anak-anak tetapi, mengabaikan terus 'makanan' rohani anak-anak yang sentiasa 'lapar' dan 'dahagakan' petunjuk agama.

Ada juga ibu bapa yang membiarkan anak-anak bergaul bebas lelaki perempuan dengan alasan ia adalah 'kebiasaan budak-budak zaman sekarang', tanpa peka dengan batasan syariat yang menuntut kawalan pergaulan antara jantina berbeza.

Ringkasnya, pengabaian agama merupakan kesilapan terbesar dalam pendidikan anak-anak.

Mendidik Tanpa Belas Ihsan

Selain itu, kesilapan juga berlaku apabila ibu bapa mendidik anak tanpa perasaan belas ihsan.

Dr Abdullah Nasih Ulwan menyebut bahawa terdapat anak-anak yang diperlaku dengan perlakuan yang keras sehingga menyebabkan anak-anak tertekan, kecewa, punah harapan dan ada yang membunuh diri.

Tidak dinafikan terdapat ibu bapa yang 'mendidik' anak berbekalkan luapan emosi marah tidak terkawal sehingga ada yang memaki hamun, menghina, memukul dan membelasah anak sendiri. Bahkan kes-kes penderaan anak masih kerap didengari sehingga hari ini.

Kekerasan melampau ke atas anak-anak ini membuahkan kekacauan jiwa anak-anak. Hal ini juga ada kaitannya dengan faktor anak-anak enggan berada di rumah. Bagi mereka 'Rumahku Nerakaku'. Mereka lebih bahagia dan damai bila berada dengan rakan-rakan, yang kadang-kadang membawa mereka ke kancah kemusnahan kekal.

Bagi si ibu dan bapa, perlu diingat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berbuat baik kepada anak-anak kerana anak adalah amanah dari Allah SWT.

"Sesungguhnya Allah menyuruh menjalankan keadilan, berbuat baik, dan memberi kepada kaum kerabat." (Surah an-Nahl:90)

Sabda Rasulullah SAW:

"Sekiranya Allah inginkan kebaikan bagi sesebuah keluarga, maka diberikan sifat belas kasihan kepada mereka. Dan andainya sifat belas kasihan itu suatu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai sebaik-baik ciptaan dari Allah. Dan sekiranya kekerasan itu adalah satu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai seburuk-buruk ciptaan dari Allah." (Riwayat Ahmad dan Al-Baihaqi)

Terlalu Memanjakan Anak-Anak

Selain itu, kesilapan juga berlaku apabila ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak. Ada ibu bapa yang berat untuk menghukum dan menegur anak-anak semata-mata takutkan anak itu merajuk.

Kuasa merajuk anak itu diberikan sedemikian rupa sehingga anak itu berjaya memanupulasikannya sebagai senjata untuk mengugut ibu bapa.

Tidak salah untuk memanjakan mereka. Memang anak-anak perlukan kemanjaan dan kasih sayang. Namun, tindakan yang salah ialah terlalu memanjakan anak dengan tidak menetapkan disiplin dan sempadan ke atas anak-anak.

Akhirnya anak itu menjadi terlalu bebas, dan gagal dididik dangan teratur dan berprinsip.

Kesimpulan

Ringkasnya, antara faktor yang merosakkan pendidikan anak ialah berpunca dari ibu bapa sendiri yang gagal mendidik dengan cara yang betul. Realiti hidup masa kini yang semakin kompleks dan mencabar menuntut ibu bapa agar lebih tekun mendalami ilmu dan kemahiran keibubapaan dan mengadaptasinya dalam kehidupan berkeluarga.

Landasan agama merupakan asas yang paling baik untuk menjadi bekalan dan rujukan dalam mendidik anak-anak menuju ketinggian sahsiah.

Sumber : iluvislam

Wednesday, April 20, 2011

PERINGATAN UNTUK LELAKI DAN WANITA

PERINGATAN UNTUK LELAKI DAN WANITA

Untuk lelaki
1. Bermula 20 tahun ke 30 tahun ; Bayangan Hidup
2. Bermula 30 tahun ke 40 tahun; Pandangan Hidup
3. Bermula 40 tahun ke 50 tahun; Pegangan Hidup
4. Bermula 50 tahun ke 70 tahun; Bantuan Hidup
5. Bermula 70 tahun ke 100 tahun; Tak Hidup Hidup

Untuk Perempuan
1. Bermula 20 tahun ke 30 tahun; Mengancam
2. Bermula 30 tahun ke 40 tahun; Macam-macam
3. Bermula 40 tahun ke 50 tahun; Terancam
4. Bermula 50 tahun ke 70 tahun; Diancam
5. Bermula 70 tahun ke 100 tahun; Dah tak cam.
hehe..suka-suka jer...

PERINGATAN UNTUK LELAKI DAN WANITA

PERINGATAN UNTUK LELAKI DAN WANITA

Untuk lelaki
1. Bermula 20 tahun ke 30 tahun ; Bayangan Hidup
2. Bermula 30 tahun ke 40 tahun; Pandangan Hidup
3. Bermula 40 tahun ke 50 tahun; Pegangan Hidup
4. Bermula 50 tahun ke 70 tahun; Bantuan Hidup
5. Bermula 70 tahun ke 100 tahun; Tak Hidup Hidup

Untuk Perempuan
1. Bermula 20 tahun ke 30 tahun; Mengancam
2. Bermula 30 tahun ke 40 tahun; Macam-macam
3. Bermula 40 tahun ke 50 tahun; Terancam
4. Bermula 50 tahun ke 70 tahun; Diancam
5. Bermula 70 tahun ke 100 tahun; Dah tak cam.
hehe..suka-suka jer...

PERIHAL FILEM-FILEM MELAYU, CINA DAN INDIA

PERIHAL FILEM-FILEM MELAYU, CINA DAN INDIA
Berikut adalah perbezaan antara filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA.
Drama/Filem Melayu
1. 80% jalan cerita berkisar tentang:

Cinta.
Cinta 3 segi.
Cinta 4 segi.
Anak-anak rebut harta pusaka.
Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.

2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat homework ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).

3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa baku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".

4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk pekerja buruh la bang )

5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat ". (Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia ).

6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.

7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.

8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. (Cover line kot ).

9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai bracelet.

10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.

Drama/Filem Cina.
1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.

2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.

3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.

4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.

5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.

6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best kan.....

7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.

8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).

9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.

Drama/Filem India/Hindustan.
1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.

2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.

3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.

4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.

5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.

6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.

7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.

8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.

9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh ' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhe cha....bla.. ..bla.... bla...'.

10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.

Monday, April 18, 2011

TUGAS GURU - Bukan sekadar 7.30pg sehingga 1.30ptg sahaja...

SEORANG GURU BIASA
1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 k...elas > 5 X 135 = 675 Buah buku.

4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat

5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu

6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran

7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum dan Menghantar murid ke Klinik

8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
15. Mengecat sekolah
16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
18. Menyiapkan program Head Counting
19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
20. Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
22. Mengendali masalah / kebajikan murid
23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian

30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas

31. Perkembangan staf
32. Mengendalikan perhimpunan murid
33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.

SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA…..

Thursday, April 14, 2011

AYAT-AYAT POWER ….HEHEHE

> 1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
> 2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
> 3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
...> 4. Biar lambat asalkan tak cepat
> 5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
> 6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
> 7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
> 8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
> 9. Secupak takkan jadi 18 cupak
> 10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati
> meninggalkankulit, manusia mati meninggal dunia
> 11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
> 12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
> 13. Alang-alang mandi biar guna sabun
> 14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
> 15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
> 16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... . bisu
> 17. Hidup segan mati di tanam
> 18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
> 19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
> 20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
> 21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau
> nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
> 22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
> 23. Membujur lalu melintang pukang
> 24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
> lebih baik hari tak hujan
> 25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
> 26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
> 27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!

Monday, April 4, 2011

Cara dapat A Bahasa Melayu

Bahasa Melayu mudah dapat A sebab kita jumpa cikgu Bahasa Melayu hari-hari atau sehari sahaja tak ada. Oleh itu, jangan buang masa di sekolah sebab anda kena mahir tatabahasa dan KOMSAS di sekolah kerana apabila di rumah boleh baca buku untuk subjek lain yang susah.

Kita selalu dengar kalau nak pandai Bahasa Inggeris kena buka kamus. Sama juga dengan Bahasa Melayu, bukalah kamus. Anda kena mahir ABC kalau nak buka kamus sebab anda perlu tahu sebelum huruf S adalah huruf R, selepas huruf J adalah huruf K. Hal ini disebabkan supaya kita mudah nak buka kamus.

Tak perlu tulis ayat-ayat “mahal”, “bombastik” atau ayat-ayat yang tinggi sebab nanti banyak salah pula dari segi penggunaan kosa kata. Kalau memang tak pernah guna ayat itu, jangan pandai-pandai guna. Apa yang penting adalah pandai cari isi dan menghurai. Banyak karangan tanya sebab, cara atasi, kesan, peranan siapa, langkah mencegah, faedah, kelebihan dan keburukan. Oleh itu, anda mesti kait dengan diri, keluarga, masyarakat dan negara pada 4 peranggan isi.

Contohnya kalau baca buku diri sendiri jadi pandai. Keluarga pun turut baca buku dan tidak mudah ditipu sebab pandai. Masyarakat pun berilmu dan berakhlak mulia. Negara dapat manfaatkan ilmu untuk kemajuan dan dipandang tinggi negara lain sebab pandai. Banyak isi yang keluar sejak kita belajar dari sekolah rendah lagi. Cukuplah tahu 4 isi dan pandai-pandai hurai dan bagilah contoh.

Pendahuluan pun boleh tengok dari buku rujukan dan lain-lain. Memang akan jumpalah dewasa ini, pada era globalisasi yang menerjah dunia dan sebagainya. Penutup pula akan jumpa peribahasa, konklusinya, sebagai intiha, pihak kerajaan hendaklah berganding bahu dan lain-lain. Manakala penyambung ayat pula akan jumpa oleh itu, sementelahan pula, tambahan pula, sungguhpun begitu dan sebagainya.

Kalau tulis karangan jangan harap nak buat panjang-panjang. Semakin panjang karangan, semakin banyak salah tatabahasa dan semakin banyak markah ditolak. Apa yang penting adalah tatabahasa, kalau dah tahu tatabahasa, sudah tentu boleh tulis karangan dengan baik. Jangan risau format karangan sebab markah yang ditolak adalah sikit dan bukannnya ada banyak soalan berformat yang keluar. Kalau keluar pun, belum tentu anda buat sebab tak cukup isi nak tulis.

Kalau novel itu tak perlu baca soalan ramalan dan biasanya ramalan tak tepat. Baca tajuk soalan yang tak pernah keluar sebelum ini saja. Kalau cikgu cerita tentang novel atau KOMSAS tu dengarlah baik-baik sebab akan keluar macam itu saja soalannya. Kalau malas baca buku tebal-tebal, bacalah buku rujukan yang ada sinopsis, plot, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran dan sebagainya. Memang kalau tak baca langsung, memang tak boleh nak jawab.

Cikgu pun dah pesan apabila buat soalan pengajaran mesti ada ayat “kita hendaklah”, atau “kita mestilah”. Tambahan pula dalam ringkasan cikgu pesan supaya tajuk seperti “kesan” ubah jadi “punca”, kalau “faedah” ubah jadi “manfaat” dan sebagainya. Pendahuluan pertama mestilah mula dengan “Petikan membincangkan …” dan sebagainya.

Oleh itu, dengar saja apa yang cikgu cakap di dalam kelas sudah cukup. Kalau cikgu suruh buat kerja sekolah, buatlah cepat-cepat dan tak perlu nak ulangkaji penat-penat di rumah. Cukup ikut cikgu sahaja.