Monday, June 22, 2009

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri 
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri 
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.  
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. 
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,  
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...  
Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak….  
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,  
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,  
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,  
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!  
Kata nak pahala lebih…  

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ...
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. 
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?  

Marilah kita pegang kepada tali Allah. 
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi  
Allah beri kelonggaran seksa kubur.  
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami 
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.  

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan  
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia 
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, 
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga. 
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.  
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.  

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan 
di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik 
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..  
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya. 

Ses u ngguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. 
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan 
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi. 

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him, 
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him, 
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him. 

"Wahai Tuhan... 
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu .... 

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, 
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah 
meninggal dunia"...... 


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.. 
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini 
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. 
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!" 

Marilah kita ucapkan kalimah ini: 
"Laa ilaaha illallah!" x 10 

Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardka n email ini kepada sekurang- kurangnya 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini  

Monday, June 15, 2009

Keluarga Besar Ibu Mertuaku...

Ini  gambar kami sekeluarga. Keluarga Cikgu Azmi. Tak miskin dan tak kaya.... bolehlah hidup dengan rezeki yang ALLAH kurniakan kepada kami. Dengar cerita paling hensem dan bergaya ... itu kata orang la... saya pun tak tahu sapa yang cakap dan lupa lak dengar dari mana... tapi saya percaya kata-kata itu walaupun tak pasti sumbernya.....

 

Di bawah ini pula merupakan keluarga  disebelah isteri atau ibu mertuaku yang meriah dan ramai.  Pada Hari Raya yang lepas ( 2008 ) kami telah berjaya berkumpul  seluruh adik beradik lengkap dengan anak-anak dan berjaya bergambar berramai-ramai. Di bawah ini merupakan hasil koloborasi yang telah ditunjukkan oleh semua ahli keluarga Hajjah Ramlah @ Hashimah dari Kampung Cheh ..... , Bukit Gantang  Taiping Perak... ate kome orang perak belaka ye..aje bebenor yoep.
Orang Kuat IAB Genting Highland ni..ada masalah jumpa je  Abg Zul ..confirm boleh tolong punya....
Tuan Haji Shahidin, Atau Tuan Jurutera MPKK ( Majlis Perbandaran Kuala Kangsar ). Orangnya sentiasa cool memanjang. Tak pernah tengok abg idin naik angin lagi sepanjang jadi ahli keluarga ni. Paling tidak pun hanya nampak abg idin berkerut dahi je atau kena migrain je sebab fikir masalah hehehheee....TApi abg idin ni pemurah orangnye dan memang murah rezeki.


Ni gambar Abg Yem. Nama sebenar Ibrahim ( tak pasti ejaan ). Dok kat  Johor dan orang kuat Perbadanan Kemajuan Negeri Johor kata adik-adiknyelah. Hebat, mancho sentiasa dan bergaya sentiasa.

Ini sponsor utama acara bergambar kali ni. Mizi atau Tarmizi. Loaded ni..bisnes tengah kencang ni..salah seorang bakal jutawan melayu di Malaysia sikit ari lagi...Semoga murah rezeki.

Sunday, June 7, 2009

Pemandangan Sekitar Terengganu















Pasar Payang Kuala Terengganu

Acara wajib, sembahyang setelah masuk waktu. Nasib baik ada abah kalau  tak mau terbabas sembahyang  anggota rombongan yang lain sebab asyik membeli belah je. Hehehehe....anak abah.
Aksi-aksi keletihan yang ditunjukkan oleh anggota rombongan. Kebosanan, kepenatan dan kelaparan... tapi yang kecik tu masih banyak tenaga lagi dan masih boleh menghuru harakan keadaan. Siap nak jam tangan BEN  10 macam alongnya.


Sampai tak boleh buka mata ..penat sebab baru tolong jaga Ammar selama 15 minit. Serik dah  sebab kena kejar Ammar yang suka main lift dan susah nak kawal tu. PAk uda dia kata memang tererlah sapa yang boleh jaga Ammar sebab lasak dan  tak boleh duduk diam...sabar je lah...
Merenung masa depan.. agak-agaknya berapa jam lagi kita ni dalam kereta untuk balik ke Pahang ni.. datang hari tu 7 jam lebih, nak balik ni berapa jam pulak ni...nasib-nasib. Ikut hati ni dah serik nak ikut mak bapak aku jalan round the world ni.

Pasar Payang merupakan salah satu lokasi wajib yang mesti dikunjungi kalau melawat ke Kuala Terengganu kerana terdapat berbagai-bagai pilihan barangan untuk dibeli. Pendek kata sebut apa saja pasti ada dijual disini.

Anggota rombongan yang paling banyak habis duit. Inilah penaja rasmi kami untuk melancong ke terengganu. Dengar kata hujumg tahun nak gi Langkawi atau Indonesia. Semoga penaja kami murah rezeki. Dapat kami menumpang rahmat. Amin. Hidup Afifah... 


Dibawah ini  gambar aksi keletihan dan kebosanan yang ditunjukkan oleh budak-budak  dan bapak budak  kerana menunggu kaum ibu yang  tak balik-balik  dari membeli belah.


Pemandangan dari atas bangunan menghala ke Kuala Terengganu. Restoran terapung di sebelah Pasar Payang.Shopping sakan sampai terduduk keletihan menunggu kaum ibu yang tak  habis membeli belah lagi. Perut dah lapar ni sebab belum makan tengah hari lagi ni.











Makan di Seri Kelah Tasik Kenyir

Dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu ke Sungai Koyan Pahang, kami singgah di sebuah warung Purba yang terletak berhampiran Tasik Kenyir. Apa yang menarik di warung ini ialah hiasan dan suasana yang tradisional tetapi layanan dan cara hidangan seperti Hotel 4 - 5 bintang. Makanannya juga sedap dan menyelerakan. Mungkin sebab lapar kut...almaklumlah pukul 3.30 petang baru makan tengahari..


Ni budak baru bangun tidur berposing di hadapan warung Seri Kelah. Nasib baik Amar tidur masa kami makan tadi..jadi dapatlah makan dengan tenang dan aman sikit..kalau tak mau terbalik meja dan warung agaknya.


Antara menu hidangan yang sempat di snap gambarnya iaitu ayam masak Bombay dan Kangkung masak belacan.  Carq nasi dihidangkan ada klass tersendiri...Cubalah jalan-jalan cari makan kat terengganu.