Monday, August 31, 2009

25 Pesanan Luqmanul Hakim kepada anak-anaknya


 
Dipetik dari blog surau : http://surauat- tarbiyyah. blogspot. com/2008/ 11/25-pesanan- luqman-el- hakim-kepada- anak.html

1. Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

3. Hai anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

4. Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

7. Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal- hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

9. Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11. Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13. Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14. Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15. Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16. Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18. Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20. Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22. Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

23. Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24. Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Renung2kan dan Selamat Beramal.. Anda Mampu Mengubahnya. .

Friday, August 21, 2009

Puasa Sebagai Ujian Keikhlasan

Puasa mirip suatu rahsia (sirr) yang sukar untuk dibongkar kerana, berbeza dengan ibadat-ibadat yang lain, ia tidak mempunyai bentuk-bentuk perlakuan yang boleh diperhatikan. Sebagai contoh, ketika bersembahyang, seseorang itu memang melakukan beberapa gerakan atau perbuatan yang mudah dilihat, seperti ruku’ dan sujud. Tetapi dalam kes puasa, selain daripada ketulusan niat yang sememangnya hanya Tuhan sahaja yang boleh menilik dan menilainya, yang diperlukan hanyalah kekangan diri dari keseronokan-keseronokan jasmaniah semata-mata (al-imsãk al-mujarrad). Sememangnya tidak jelas kelihatan unsur-unsur yang secara positif membentuk puasa (muqawwim). Dengan kata lain, ‘puasa tidak memiliki apa-apa rupa-bentuk dalam kewujudan’ (anna al-sawm Ia sürah lahufi al-wujüd). Jika tidak dikhabarkan kepada orang lain, tiadalah diketahui sama ada seseorang itu sedang berpuasa atau tidak. Oleh yang demikian, puasa benar-benar menyempitkan peluang untuk riyã’ sedangkan pintu gerbang untuk seseorang mengabdikan diri sepenuh dan setulennya kepada Tuhan terbuka seluas-luasnya. Justeru, dalam satu hadis Nabi disebut bahawa ‘Tiada riya dalam puasa.

Amal Jariah

Daripada Ibn Abbas رضي الله عنه daripada Rasulullah صلى الله عليه و سلم meriwayatkan hadith ini daripada Tuhannya Tabaraka Wa Ta’ala, katanya:

“Sesungguhnya Allah telah menetapkan yang baik dan yang jahat, dan telah menerangkan keduanya itu. Maka barangsiapa yang bercita-cita kepada kebaikan, kemudian ia tidak mengerjakannya - Allah akan mencatat di sisinya satu hasanah (kebaikan) yang sempurna. Dan jika ia melaksanakan, nescaya Allah akan mencatatkan di sisiNya sepuluh hasanah hingga tujuh ratus kali lipat ganda dan hingga sampai beberapa kali ganda banyaknya. Dan jika ia bercita-cita mengerjakan sesuatu kejahatan kemudian tidak dilakukannya, Allah akan mencatatkan di sisiNya satu hasanah yang sempurna. Jika ia meneruskan cita-cita jahat itu dan melakukannya, Allah akan mencatatkan baginya satu kejahatan sahaja.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.)

Rasulullah صلى الله عليه و سلم juga dikatakan pernah bersabda:

“Orang yang bermurah hati dekat kepada Allah, dekat kepada manusia dan dekat kepada Syurga. Dan orang yang bermurah hati jauh dari Neraka. Sedangkan orang yang kikir, jauh dari Allah, jauh dari manusia, pun jauh dari Syurga, dan dekat kepada Neraka. Orang jahil yang bersifat pemurah lebih disukai Allah daripada ahli ibadat tetapi kikir.” (Diriwayatkan oleh Tirmidzi.)

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, sabda Rasulullah صلى الله عليه و سلم:

“Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedeqah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” (Diriwayatkan oleh Muslim.)

Adab-adab Berpuasa

1. Bahawasanya wajib bagi seorang muslim untuk berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharap pahala kepada Allah semata, bukan kerana riya`, sum’ah, taqlid kepada manusia, mengikuti keluarganya atau penduduk negerinya bahkan wajib baginya bahwa yang membawanya berpuasa adalah keimanannya bahwasanya Allah telah mewajibkan puasa tersebut kepadanya dan mengharap pahala di sisi-Nya dalam melaksanakan puasa tersebut. Demikian juga solat malam di bulan Ramadhan (solat tarawih -pent), hendaklah bagi seorang muslim untuk mengerjakannya karena penuh keimanan dan mengharap pahala kepada-Nya, kerana inilah Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan karena iman dan mengharap pahala kepada Allah maka diampuni dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa yang solat di malam harinya (solat tarawih) kerana iman dan mengharap pahala kepada-Nya maka diampuni dosanya yang telah lalu dan barangsiapa yang solat malam bertepatan dengan datangnya lailatul qadar karena iman dan mengharap pahala kepada-Nya maka diampuni dosanya yang telah lalu.”

2. Termasuk adab terpenting dalam berpuasa adalah membiasakan diri kita bertakwa kepada Allah dengan mengerjakan perintah-perintah-Nya dan menjauhi larangan- larangan-Nya, sesuai dengan firman Allah:

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa.” (Al-Baqarah:183)

Sesuai pula dengan sabda Nabi:

“Barangsiapa yang tidak bisa meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta maka Allah tidak butuh terhadap amalan dia meninggalkan makanan dan minumannya.” (HR. Al-Bukhariy no.1903)

3. Menjauhi apa yang diharamkan Allah berupa kebohongan, mencela, mencaci, menipu, khianat, melihat sesuatu yang haram seperti melihat lawan jenisnya yang bukan mahramnya, mendengarkan hal yang haram seperti lagu, nyanyian, mendengarkan ghibah, ucapan dusta dan sejenisnya, serta perbuatan haram lainnya yang harus dijauhi oleh orang yang sedang berpuasa dan selainnya, akan tetapi terhadap orang yang puasa lebih dikuatkan perintahnya.

4. Memperbanyak sedekah, amal kebaikan, berbuat baik kepada orang lain, terutama di bulan Ramadhan. Sungguh Rasulullah adalah orang yang paling dermawan, beliau menjadi lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan tatkala Jibril menjumpainya untuk bertadarrus Al-Qur`an. (Lihat HR. Al-Bukhariy no.1902)

5. Makan sahur dan mengakhirkannya, sesuai sabda Nabi: “Makan sahurlah kalian kerana di dalam sahur ada barakah.” (HR. Al-Bukhariy no.1923 dan Muslim no.1095)

6. Berbuka puasa dengan ruthab (kurma yang sudah matang), jika tidak didapatkan boleh dengan tamar (kurma yang belum sampai ruthab), jika itupun tidak diperoleh maka dengan air, menyegerakan berbuka tatkala telah jelas benar tenggelamnya matahari, berdasarkan sabda Nabi: “Senantiasa manusia berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.” (Muttafaqun ‘alaih dari Sahl bin Sa’ad As-Sa’idiy)

Wallaahu A’lam.

{Dipetik dari kitab Fataawash Shiyaam karya Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin, Fataawash Shiyaam karya Asy-Syaikh Ibnu Baz dan lain-lain serta kitab Fataawal ‘Aqiidah wa Arkaanil Islaam karya Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin dengan beberapa perubahan}

Adab-adab Berpuasa

1. Bahawasanya wajib bagi seorang muslim untuk berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharap pahala kepada Allah semata, bukan kerana riya`, sum’ah, taqlid kepada manusia, mengikuti keluarganya atau penduduk negerinya bahkan wajib baginya bahwa yang membawanya berpuasa adalah keimanannya bahwasanya Allah telah mewajibkan puasa tersebut kepadanya dan mengharap pahala di sisi-Nya dalam melaksanakan puasa tersebut. Demikian juga solat malam di bulan Ramadhan (solat tarawih -pent), hendaklah bagi seorang muslim untuk mengerjakannya karena penuh keimanan dan mengharap pahala kepada-Nya, kerana inilah Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan karena iman dan mengharap pahala kepada Allah maka diampuni dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa yang solat di malam harinya (solat tarawih) kerana iman dan mengharap pahala kepada-Nya maka diampuni dosanya yang telah lalu dan barangsiapa yang solat malam bertepatan dengan datangnya lailatul qadar karena iman dan mengharap pahala kepada-Nya maka diampuni dosanya yang telah lalu.”

2. Termasuk adab terpenting dalam berpuasa adalah membiasakan diri kita bertakwa kepada Allah dengan mengerjakan perintah-perintah-Nya dan menjauhi larangan- larangan-Nya, sesuai dengan firman Allah:

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa.” (Al-Baqarah:183)

Sesuai pula dengan sabda Nabi:

“Barangsiapa yang tidak bisa meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta maka Allah tidak butuh terhadap amalan dia meninggalkan makanan dan minumannya.” (HR. Al-Bukhariy no.1903)

3. Menjauhi apa yang diharamkan Allah berupa kebohongan, mencela, mencaci, menipu, khianat, melihat sesuatu yang haram seperti melihat lawan jenisnya yang bukan mahramnya, mendengarkan hal yang haram seperti lagu, nyanyian, mendengarkan ghibah, ucapan dusta dan sejenisnya, serta perbuatan haram lainnya yang harus dijauhi oleh orang yang sedang berpuasa dan selainnya, akan tetapi terhadap orang yang puasa lebih dikuatkan perintahnya.

4. Memperbanyak sedekah, amal kebaikan, berbuat baik kepada orang lain, terutama di bulan Ramadhan. Sungguh Rasulullah adalah orang yang paling dermawan, beliau menjadi lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan tatkala Jibril menjumpainya untuk bertadarrus Al-Qur`an. (Lihat HR. Al-Bukhariy no.1902)

5. Makan sahur dan mengakhirkannya, sesuai sabda Nabi: “Makan sahurlah kalian kerana di dalam sahur ada barakah.” (HR. Al-Bukhariy no.1923 dan Muslim no.1095)

6. Berbuka puasa dengan ruthab (kurma yang sudah matang), jika tidak didapatkan boleh dengan tamar (kurma yang belum sampai ruthab), jika itupun tidak diperoleh maka dengan air, menyegerakan berbuka tatkala telah jelas benar tenggelamnya matahari, berdasarkan sabda Nabi: “Senantiasa manusia berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.” (Muttafaqun ‘alaih dari Sahl bin Sa’ad As-Sa’idiy)

Wallaahu A’lam.

{Dipetik dari kitab Fataawash Shiyaam karya Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin, Fataawash Shiyaam karya Asy-Syaikh Ibnu Baz dan lain-lain serta kitab Fataawal ‘Aqiidah wa Arkaanil Islaam karya Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin dengan beberapa perubahan}

Fadhilat Ramadhan

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa". 

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu." 

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."



Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Saturday, August 15, 2009

Merawat anak demam


Merawat anak demam
Sentiasa awasi suhu badan anak ketika demam. 



APABILA anak demam, ibu bapa disaran segera membawa anak berjumpa doktor terutama jika mereka tidak mempunyai pengetahuan untuk merawatnya. 

Demam adalah keadaan di mana suhu berada di atas tahap normal iaitu 38 darjah Celsius. Namun demam yang sesungguhnya ialah apabila suhu melebihi 38.5 darjah Celsius.

Tip penting semasa merawat anak demam: 

lMencari penyebab demam dan perhatikan perilaku anak. Jika perilaku anak hampir sama seperti biasa, maka anda tidak perlu risau kerana demam biasa adalah tidak berbahaya.

lCegah dehidrasi kekeringan cecair dalam badan. Bayi dan kanak-kanak berisiko mengalami dehidrasi. Berikan anak lebih banyak cecair seperti air, kuah sup, jus buah segar yang dicampur air dan sebagainya.

lJika anak muntah atau cirit-birit, berikan minuman garam oral bagi menggantikan cecair yang telah keluar daripada badan.

lPastikan bilik anak tidak panas. Pasang kipas atau pendingin hawa dan pakaikan anak baju nipis.

lBeri anak makan apa yang diingininya. Jangan dipaksa. Elakkan makanan berlemak kerana makanan ini sukar dihadamkan oleh tubuh.

lWalaupun sebaiknya anak tidak ke sekolah kerana bimbang berjangkit dengan kanak-kanak lain, namun ini bukan bermakna anak harus berada di tempat tidur seharian.

lIbu bapa harus berjumpa doktor apabila bayi mereka yang berusia tiga bulan mempunyai suhu melebihi 38 darjah Celsius, tiga hingga enam bulan dengan suhu lebih 38.3 darjah Celsius, lebih enam bulan dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius.

lBerbincang dengan doktor jika terdapat tanda-tanda tidak mahu minum atau terdapat tanda dehidrasi, gelisah, muntah atau cirit-birit.

lAnak nampak tidak selesa, gelisah atau asyik menangis.

lAsyik tidur dan sukar dikejutkan.

lSering kejang, kaku atau sakit kepala yang teruk.

APA ITU H1N1?


 apa itu H1N1? 


viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia. 

Jangka hayat virus 

oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati. maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut. 

Apa yg perlu tahu 

asal virus in

sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico . 

virologi virus H1N1 

incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari 
ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit 
pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4 
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk. 

cara serangan 

virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan 
virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) 
peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' 
ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi 

siapa yang berisiko 

1 orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemuk 

2 perempuan yg mengandung 

3 orang yg ada astmatic 

4 orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.) 

* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas 



simptom2 

day 1 rasa kurang sihat, tak bermaya 
day 2 selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam) 
day 3 rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas 
day 4 sakit dada yg teruk.........jumpa doktor dngan segera....... 

day 5 and above lung collapse @ koma 

langkah2 kawalan 

1 golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai) 

2 menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran 

3 elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat' 

4 jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan) 

5 jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask) 

6 utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat. 

7 jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan 

8 jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus. 

9 tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal. 

10 vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010. 

11 utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia . mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan. 

12 tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbrake ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. 

Amin. 

ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m'sia di pan pasific klia pada 01.08.2009. 

 JUST A SMALL BUT MEANINGFUL INFO FM ME TO YOU AND YR FRIENDS...MY PERSONAL EXPERIENCE OF H1N1 SINCE IT PRACTICALLY HIT US LIKE A TIME BOMB..... 
  
My staff was crying herself sick on Tuesday morning...was told that her son was confirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis...worse was that when he was bedridden 2 days the warden didnt even bother to sent to hospital till his dad came fm KL and with his friends assistance brought him to GH Kangar.... 
  
No one bothered in the hospital and he was put in the normal ward for another 2 days!!! (imagine the amount of people he has infected!!) .....after 2 days and his eyes were turning yellow and saliva greenish...he was put in quarantined room... 
  
Called his mom to say...minta maaf and ampun la dosa dia, etc...she practically fainted just telling me the story.. cant do much cos she x have enough money to go to the north with the father... 
  
First thing we did was made her call the hospital and insist that they sent him to Sg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert and more equipt...they refused of course...so I sent her off to Kangar the same day to solve the problem. 
  
Whilst this was happening, SUBHANALLAH, I had a call from one Ustaz who was in town to "help cure" another H1N1 child in Shah Alam....and was told this simple prescription by him.....of course kena redha pada ALLAH and niat dengan sesungguh nya...selawat 3x... 
  
EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE 
for those with sore throat please blend the apples and keep on taking till your fever disappear and yr symtoms are gone....I cannot explain it but the child in Shah Alam was ok too after taking this tip.... 
  
ALHAMDULILLAH...my staff's son was given the apple juice for the whole day on Monday/Tuesday and dengan kuasa ALLAH he was out of the fever yesterday Wednesday....she called me and was crying on the phone to say that her son was out of ICU and was able to eat normally...all these happened within just 4 days today (thursday 6 august)... 
  
This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope this small info could assist others as well, INSYA'ALLAH!!!!!!!!!! No harm in trying and kuasa ALLAH anything can happen!!!!


Salam..... sy baru balik dari thailand . sy ke pulau temelang dan ban tun. apa yang sy nak kongsi ialah cara mereka mengubati penyakit selsema babi. 
bahan2nya adalah 

1. air kelapa 
2. kurma 
3. mangkuk 

cara2nya 

1. masukkan kurma ke dalam mangkuk 
2. tuang air kelapa 
3. biar sejam dua 
4. minum air kelapa bersama makan kurma 

 
Penyakit merupakan salah satu bentuk ujian dari ALLAH Subhanahu wa Ta’ala kepada setiap manusia yang beriman dengan-Nya,dan pandemik H1N1 merupakan sebahagian dari ujian tersebut.Kejayaan kita menghadapai ujian ALLAH ini akan membuahkan keimana yang lebih mantap,dan penyakit ini merupakan sebahagian dari takdir Allah yang boleh ditolak dengan do’a,sepertimana dalam hadith baginda:
Menurut Tsauban r.a sabda Rasulullah s.a.w:

"Tiada suatu pun yang dapat menolak takdir selain doa.” - Hadis sahih riwayat Ibn hibban dalam sahihnya. Disepakati kesahihannya oleh al-Zahabi.

Inilah petunjuk yang diwariskan oleh Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alayhi wa Sallam dalam menghadapi penyakit menular seperti pandemik H1N1.
بسم الله الذي لايضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun filArdhi wa la Fissama'i wa huwassami'ul 'alim

[Dengan nama Allah yang tidaklah memudharatkan bersama NamaNya segala sesuatu yang ada di bumi dan langit , Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.( 3 kali)]

Kata Rasulullah saw: Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya.”

HR. Abu Dawud 4/323, At-Tirmidzi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat Shahih Ibnu Majah 2/332,- rujuk Hisnul Muslim.

Berberapa peringatan :

1)Doa ini merupakan sebahagian dari usaha kita ,dan kita hendaklah bersangka baik kepada ALLAH ‘Azza wa Jalla.

2)Hadapilah penyakit ini dengan penuh keimanan dan yakin kepada janji-janji ALLAH.

3)Segera dapatkan rawatan jika merasakan anda sudah terkena penyakit ini.

Disertakan di sini doa untuk diamalkan dalam usaha untuk mengelak dari wabak / wabak penyakit seperti H1N1 yang melanda sekarang.

 

Monday, August 3, 2009

6 perkara Allah sembunyikan


 
  

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak". Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. 

Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu. "Kemudian Jibrail a.s berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

 

Sumber dipetik dari : Jabatan Agama Islam Perak (JAIP)