Saturday, November 12, 2011

JERITAN PENGHUNI NERAKA:

FIRMAN ALLAH
Semua akan bermohon agar malaikat Malik (penjaga neraka) membunuh sahaja mereka lantaran tidak sanggup menanggung azab pedih dibakar api neraka yang bernyala-nyala dan amat panas itu. Ini adalah tempat kembali yang paling buruk buat manusia. (77) Mereka berseru: "Hai Malik, biarlah Tuhanmu membunuh saja kami ini. Malik menjawab: "Kamu akan tetap tinggal (dibakar) di neraka ini". - SURAH AZ ZUKHRUF:AYAT 77 Allah berjanji akan mencampakkan kita ke dalam neraka jahannam seandainya kita terus lalai dan enggan mematuhi segala perintah-Nya, dan tidak pula kita menjauhi segala larangan-Nya. Itu janji yang pasti bagi manusia yang berbuat JAHAT semasa hidupnya dan gagal pula bertaubat sehingga maut mendatangi mereka. Mungkin ada yang berkata: "Nanti dah tua aku taubatllah". Tidakkah kamu melihat begitu ramai orang muda juga mati?. Usia bukan penghalang bagi maut untuk mendatangi kamu. Justeru itu persiapan awal amat diperlukan agar kita terselamat dari tipu daya syaitan yang memang beriltizam untuk menyesatkan kita semua. Jika kamu ke Masjid solat Subuh berjemaah, rata-rata jemaahnya berusia 40 tahun ke atas. Mujur mereka ini ada untuk mengimarahkan masjid, jika tidak, sudah pastilah Allah akan menurunkan bala-Nya di tempat kita ini. Jadi, janganlah mempersendakan ahli Masjid, hormatilah mereka.

No comments: