Sunday, March 15, 2009

AL-QURAN DAN KITA

 

Al-Quran adalah kitab suci terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai kitab pelengkap dari kitab2 samawi yang lain, Al-Quran juga adalah mu’jizat teragung diantara mu’jizat2 yang dianugerahkan kepada Nabi nabi sebelum, yang terpenting Al-Quran adalah kitab pertunjuk yang tiada terdapat sebarang keraguan di dalamnya. 

ذلك الكتاب لا ريب فيه هدى للمتقين 

Inilah Kitab (Al-Quran ) yang tiada keraguan padanya menjadi pertunjuk bagi mereka yang bertakwa ( Al-Baqarah 2 ) 

Tidak dinafikan rakyat Malaysia muslim boleh membaca Al-Quran dan ada diantaranya bergelar Al-Hafiz, guru mengajar Al-Quran. Pendek kata penekanan ibubapa terhadap anak-anak tentang pengajian Al-Quran di kampung dan di Bandar tidak boleh diperlekehkan, rata-rata di masjid, musolla dan rumah-rumah kediaman persendirian ada menganjurkan pengajian Al-Quran, tidak ketinggalan juga remaja dan dewasa yang semasa kecilnya tidak berpeluang berbuat demikian.. 

Tapi malang seribu kali malang, natijah dari pengajian Al-Quran itu hanya sekadar boleh membaca, kemudian apabila tamat membaca 30 juzuk 114 surah, dikira selesailah sudah pengajian Al-Quran dan diikuti dengan majlis kenduri “khatam Al-Quran”. Kebanyakan (bukan semua) diantara yang bergelar guru Al-Quran atau Al-Hafiz tidak mampu memahami nas Al-Quran jika tidak dengan bantuan Al-Quran terjemahan. 

  Hakikatnya, belajar Al-Quran bukan hanya ilmu kaedah membaca ( tajwid dan tartil) sahaja, malah banyak lagi bidang yang kena diberi perhatian, khususnya “ jalan memahami Al-Quran” iaitu dengan mempelajari bahasanya (bahasa Arab). Kerana Al-Quran itu di turunkan dengan bahasa Arab yang terang dan jelas. 

  
وكذلك أنزلناه قرءانا عربيا وصرفنا فيه من الوعيد لعلهم يتقون أو يحدث لهم ذكرا 

Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran dalam bahasa Arab, dan Kami telah menerangkan dengan berulang kali di dalamnya sebahagian dari ancaman, agar mereka bertaqwa atau (agar) Al-Quran itu menimbulkan pengajaran bagi mereka. 

( Toha: 113). 

  
Sudah semestinya maksud yang paling utama Al-Quran itu diturunkan adahlah untuk difahami dan menghayati pengajaran yang terkandung di dalamnya untuk diperaktikan di dalam kehidupan diniawi untuk mencapai keredaan Allah samaada 

Masih hidup dan setelah mati. Mentadabbur bagi orang yang membaca Al-Quran itu adalah dituntut. 

  

أفلا يتدبرون القرءان 

Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran (An-Nisa 82) 

Jelas pembaca Al-Quran tidak mampu bertadabbur jika ia tidak memahami maksud setiap kalimah yang dibacanya itu. ( bacaan Al-Quran sebeginilah yang sebenarnya dikehendaki ( bertadabbur) iaitu lidahnya bergerak membaca hatinya turut memperhatikan dan (akalnya :tambahan penulis) turut memikirkan maksud yang terkandung dalam ayat-ayat yang dibacanya, iaitu membaca Al-Quran disamping mendalami isi yang terkandung di dalamnya, hal itu akan mendorong untuk mengamalkan isi Al-Quran. ( rujukkan: Al-Quran dan terjermahan muka surat 106 مجمع الملك فهد لطباعة المصحف الشريف ) 

  

Sama sekali tidak dinafikan, bahawa boleh membaca Al-Quran itu telah memenuhi sebahagian dari tuntuan Islam, apatah lagi bagi yang telah menjadi Al-Hafiz, tetapi masih lagi terdapat ruang yang masih kosong di dalam kotak akalnya dan di dataran hati yang perlu diisi dengan “kefahaman”. Bukanlah pula dinafikan semua sekali diantara mereka yang boleh membaca Al-Quran yang yang bergelar Qaari dan Hafiz tidak memahami isi Al-Quran, tapi sebahagian diantaranya yang belum sampai kepada tahap boleh menguasai bahasa Al-Quran, dan bagi pembaca biasa boleh dianggapkan peratusnya tinggi yang tidak memahami apa yang dibacanya, misalnya yang sering bertadarus di bulan Ramadan, juga yang tidak pernah ketinggalan dalam majlis membaca surah Yaasin malam jumaat, tidak dinafikan juga bahawa pembaca Al-Quran tetap memdapat ganjaran pahala dari Allah yang Maha Luas Rahmatnya. 

  

Oleh yang demikian teruskanlah membaca Al-Quran, seiringkanlah dengan mengorak langkah kapada satu lagi bidang ilmu belajar bahasa Arab, mudah mudahan bacaan kita selepas kita dapat menguasai bahasa Arab akan menjadi lebih mantap dan berkesan. Saya yakin pada masa itu kita sendiri akan dapat merasa perbezaan yang ketara sekali jika dibandingkan dengan bacaan kita sebelumnya. 

  

Akhir sekali dengan penulisan saya yang serba kekurangan ini dapat dimanfaatkan, dan sama kita berdoa kehadrat Allah agar dengan rahmatNya mohon agar Dia membuka hati kita yang sekian lama terlupa atau terabai atau tersalah anggap bahawa mempelajari bahasa Arab itu bukan sebagai ibadah, dan memberi kekuatan dan istiqaamah untuk mempelajari bahasa wahyu yang agung itu – Ameen.

No comments: