Tuesday, December 16, 2008

Suasana Hari Raya Korban di Taman Jati

Salah seorang tukang sibuk semasa ibadah korban dijalankan. Tukang pegang tali, tukang siat kulit, tukang ambil gambar, tukang potong daging, tukang makan jamuan dan tukang bawa balik daging korban he..he...


Daging kerbau yang telah disiat kulitnya digantung bagi memudahkan proses pemotongan dagingnya. Bukan kerja mudah sebab ada 6 ekor yang dikorbankan dan kira-kira kami bermandikan darahlah hari tu ....


Kerbau yang baru sahaja disembelih. Kelihatan darah yang banyak membasahi kawasan padang tempat ibadah itu dijalankan.


Sebahagian orang kuat di Taman Jati yang sentiasa memikul tugas dan tanggungjawab secara gotong royong. 



Sebagaimana yang kita maklum, kita baru saja menyambut Hari Raya Aidiladha dan menjalankan ibadah korban sebagai tanda kita mentaati perintah Allah yang Maha Besar.
Berikut adalah sebahagian daripada suasana ibadah korban yang telah dijalankan di Taman JAti dimana sebanyak 6 ekor kerbau telah dikorbankan. Alhamdullilah semuanya berjalan seperti yang telah dirancangkan.

No comments: