Saturday, April 23, 2011

Kenapa Kanak-Kanak Sekarang Sukar Dikawal Kelakuannya?

Kenapa Kanak-Kanak Sekarang Sukar Dikawal Kelakuannya?
Friday, June 11th, 2010
22 Comments

Bertugas sebagai Guru Pemulihan Khas memberikan saya banyak peluang untuk mendekati kanak-kanak yang disifatkan bermasalah. Daripada masalah pembelajaran seperti tidak boleh/ sukar membaca, menulis dan mengira sehinggalah kepada masalah kelakuan seperti degil, tidak dengar cakap dan kasar.

Saban hari berhadapan dengan kanak-kanak sebegitu membuatkan saya banyak berfikir. Kenapa kanak-kanak sekarang ni sangat sukar untuk dikawal? Mereka sangat degil, enggan mematuhi arahan dan seringkali mempunyai konsep betul-salah yang pelik.. Mungkin tidak semua kanak-kanak bersikap demikian, tapi kebanyakannya?

Beberapa minggu yang lepas, saya terdengar seorang pakar kanak-kanak membincangkan hal ini di dalam rancangan Oprah Show. Penemuan yang dinyatakan oleh pakar kanak-kanak ini memang memeranjatkan saya kerana saya yakin ramai juga ibu bapa lain yang tidak sedar bahawa selama ini kita (ibu bapa) yang telah menjadi punca penyebab kepada kehancuran generasi muda hari ini.

Pakar kanak-kanak ini telah membincangkan tentang sumbangan televisyen terhadap kehancuran sikap mulia generasi muda. Rata-rata kebanyakan keluarga sekarang mempunyai 2 sumber pendapatan – kedua ibu bapa bekerja di luar rumah. Ini menyebabkan ibu bapa beralih bergantung kepada gajet-gajet untuk membantu mereka menguruskan anak.

Cuba fikirkan situasi berikut..

Anak yang masih bayi diletakkan dibaringkan di hadapan televisyen dan rancangan kartun biasanya dibuka untuk tontonan si bayi. Bagi anak yang lebih tua pula, 4-12 tahun, biasanya dihidangkan diberikan permainan PS2, PSP ataupun permainan komputer lainnya. Bagi anak yang remaja pula biasanya berkepit dengan HP.

Sementara itu, bolehlah si ibu memasak, mencuci pakaian dan melaksanakan kerja rumah lainnya.. Si Ayah pula samada menonton berita, sukan di televisyen ataupun membaca surat khabar.

Situasi biasa kan?

Menurut pakar kanak-kanak tersebut, kanak-kanak yang diberikan televisyen sejak kecil akan sukar untuk menurut arahan orang dewasa lainnya. Ini kerana secara psikologi, kanak-kanak itu mempunyai kebebasan untuk melakukan apa saja yang diingininya sewaktu menonton televisyen. Nak bergolek? Nak terlentang? Duduk? Tukar siaran? Apa saja, boleh dilakukan asalkan tak menangis dan mengganggu ibu buat kerje dapur dan ayah baca surat khabar.

Secara psikologi, kanak-kanak tersebut merasakan dia mempunyai kuasa veto untuk menentukan apa yang dia ingin lakukan, bila dan bagaimana. Oleh itu, kanak-kanak ini enggan mendengar arahan yang diberikan oleh orang yang lebih dewasa.

Mengejutkan kan?

Lebih mengejutkan lagi bila hari ini sewaktu berlegar-legar di FB, saya terjumpa catatan seorang rakan tentang pelancaran buku baru Wardina Saffiyah. Sewaktu majlis pelancaran tersebut, Wardina telah berkongsi tentang kesan TV kepada kanak-kanak.

Kanak-kanak yang menonton terlalu banyak TV akan mengalami masalah kesukaran untuk belajar membaca, menulis dan mengira. Ini kerana menonton TV melibatkan tingkah laku pasif, duduk dan lihat.. Kanak-kanak tidak diajar untuk berfikir atau menggunakan otak mereka sewaktu menonton TV.

Kanak-kanak sebegini juga mengalami masalah kesukaran berkomunikasi kerana menonton TV melibatkan komunikasi sehala saja dan kanak-kanak tidak diajar tentang teknik dan kaedah yang betul untuk berkomunikasi. Sebab itu pada hari ini diperhatikan ramai kanak-kanak yang tidak tahu untuk berbual dengan sopan dengan orang dewasa mahupun dengan rakan-rakan mereka sendiri.

Kanak-kanak yang kerap menonton siri animasi @ kartun juga biasanya mengalami tekanan perasaan kerana pergerakan dalam kartun adalah terlalu pantas – kurang 2 saat. Ini menyebabkan kanak-kanak tidak sempat berfikir atau mengecam objek yang dilihatnya. Cuba bayangkan setiap 2 saat melihat satu objek. Maka dalam masa setengah jam satu siri kartun yang ditonton? Berapa banyak bula objek yang telah dilihat?

Semua bahan yang dilihat ini menyesakkan kepala kanak-kanak dan akhirnya terjadilah tekanan perasaan, stress – sebab tuh budak-budak sekrang pandai mengadu sakit kepala, dan jadilah kanak-kanak zombie.

Arghhh.. Rasanya dah terlalu panjang perkara ini dan kalau nak dikupas lagi boleh membawa kepada 5-6 post lagi..

InsyaAllah, ada kelapangan saya akan bincangkan lagi tentang perkara ini.

No comments: