Saturday, April 23, 2011

Anak Tidak Suka Ke Sekolah, Apa Nak Buat Ya?

Salam ceria,

Isu ini bukanlah sesuatu yang baru.. Saya yakin di setiap sekolah pasti ada berlaku kisah ini.. Sekolah saya pun ada juga.. Hehehe..

Biasanya perkara ini berlaku kepada murid Tahun 1 yang baru saja nak memulakan persekolahan..

Yalah, tempat baru, kawan-kawan baru, rutin baru, ada sesetengah kanak-kanak yang mengambil masa yang lebih lama untuk menyesuaikan diri..

Bila berlaku perkara macam ni, menjadi satu tanggungjawab kepada mereka yang lebih dewasa, terutamanya ibu bapa dan juga guru-guru untuk membantu kanak-kanak ini menyesuaikan diri..

Saya juga telah menerima komen dari Pn Chienta tentang anaknya yang suka lari dari sekolah untuk pulang ke rumah neneknya yang berdekatan dengan sekolah.. Anda boleh baca komen Pn Chienta di link berikut.

Susah juga ya kalau anak asyik lari dari sekolah untuk pulang ke rumah nenek atau rumah sendiri..

Di sekolah saya ada juga seorang murid Tahun 1 yang kerap lari dari sekolah dan pernah sekali tuh dia lari ke sekolah menengah yang bersebelahan dengan sekolah kami..

Siap tidur lagi, hampir 2-3 jam juga guru-guru mencari murid ini di sekitar kawasan taman perumahan.. Mujur Pengawal Keselamatan sekolah menengah tersebut perasan kehadiran murid ini di kawasan yang memang jarang dilalui oleh pelajar-pelajar sekolah tersebut..

Berbalik kepada cerita Pn Chienta, saya juga bersetuju dengan cadangan guru supaya anaknya dirujukkan kepada guru bimbingan dan kaunseling..

Tetapi yang lebih penting lagi adalah Pn Chienta sendiri juga boleh melaksanakan kaunseling untuk anaknya sendiri..

Yalah, anaknya tentu lebih selesa dan percaya dengan Pn Chienta.. Ibu sendiri kan.. Dan anak akan lebih mudah meluahkan perasaannya kepada Pn Chienta..

Semak dengan anak mengapa beliau tidak suka berada di sekolah..

* Mungkinkah ada rakan-rakan yang membuli beliau di sekolah atau mungkin beliau rasa beliau tiada rakan yang disenangi dalam kelasnya..
* Mungkin juga beliau tidak suka dengan guru-guru dalam kelasnya.. Ada seorang murid di sekolah saya yang tidak mahu masuk ke kelas kerana menurutnya cikgu tersebut tidak cantik, walhal cikgu tuh sudah cukup cantik.. Cuma perlu difahami bahawa kanak-kanak tidak melihat cantik itu seperti kita orang dewasa melihat cantik..
* Mungkinkah anak Pn Chienta tidak sukakan keadaan sekolah atau ada sesuatu gangguan di kawasan sekolah.. Walaupun perkara ini jarang berlaku, tetapi ianya wujud.. Kanak-kanak lebih mudah merasakan kehadiran sesuatu yang asing berbanding orang dewasa, dan mereka juga lebih mudah melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar..

Cuba selidiki mungkin ada sebab-sebab lain beliau tidak suka berada di sekolah.. Tempat duduknya ke, atau kedudukan kelasnya, mata pelajarannya atau pakaian sekolahnya..

Selepas anda dapat mengenalpasti apa yang menyebabkan anak tidak suka berada di sekolah, cuba atasi masalah itu.. Cuba berbincang dengan guru kelas dan juga pihak sekolah untuk membantu anak anda berada di sekolah lebih lama..

Selain daripada itu, jika anak lari pulang ke rumah, pastikan anda hantar semula anak ke sekolah.. Jangan biarkan dia terus berada di rumah.. Tidak kiralah walau ketika itu sudah pukul berapa pun.. Pastikan dia dihantar semula ke sekolah..

Lama-kelamaan dia akan sedar bahawa dia tetap perlu berada di sekolah sepanjang waktu persekolahan..

Seperkara lagi yang boleh anda lakukan adalah menggunakan kaedah ganjaran dan hukuman.. Buat perjanjian dengan anak supaya dia kekal berada di sekolah untuk beberapa hari dan dia boleh dapat melakukan sesuatu perkara yang dia sukai..

Sebaliknya, jika dia melanggar perjanjian tersebut, sesuatu perkara yang disukainya akan ditarik..

Ganjaran tidak semestinya bersifat mahal, mungkin tambahan masa menonton televisyen, atau masa bermain.. Dan bagi hukuman pula, mungkin sesuatu yang disukainya adalah bermain permainan elektronik, maka ianya boleh ditarik..

Dalam perkara ini, yang paling penting adalah ketegasan ibu bapa serta kerjasama daripada adik beradik mahupun ahli keluarga lain seperti neneknya.. Jika beliau melanggar perjanjian, tidak boleh tidak hukuman mesti dilaksanakan..

Walaupun saya yakin anak mungkin akan memberontak atau cuba melakukan sesuatu yang membuatkan anda rasa cair hati.. Tapi tabahlah demi masa depan anak dan anak perlu tahu bahawa anda serius dengan apa yang anda ucapkan..

Akhir kata, selamat mencuba dan chiow!

No comments: