Saturday, October 24, 2009

Lama dah tak Up date

Emmmm.. aku pun tak tau nak tulis apa.

                  Semalam aku baru balik dari Konvensyen Kajian Tindakan Negeri Perak. Letih dan memenatkan sebab aku jadi urusetia dan bukannya peserta. KAlau jadi peserta syok sebab tak perlu pening kepala dan terkejar-kejar kesana dan kemari. Tapi sebenarnya aku suka dan enjoy buat kerja ni sebab selain dapat jumpa atau re union dengan Ju( Jurulatih Utama ) kajian tindakan aku dapat gak mengelakkan diri dari gi sekolah sebab aku pun tak tau nak ajar apa lagi sebab silabus dah habis dan hari-hari buat ulangkaji je untuk Peperiksaan Akhir Tahun dan SPM.

               Semalam lepas sambahyang jumaat aku terus tidur sebab letih sangat mengendalikan Konvensyen Kajian Tindakan di Hotel Grand Kampar. BAngun pukul 4 aku lepak depan Tv jap untuk lihat Nudjet 2010. Tak ada yang menarik cuma dapat RM 500 sebagai bonus agaknya. Jadilah daripada tak ada lepas gak makan Pizza Hut hehehhe...

              Malam waktu maghrib cam biasa aku gi surau dan lepas isyak ada kelas Iqra untuk murid tua yang nak betulkan Tajwid atau nak lebih pandai mengaji. Aku baru je join kelas ni. Syok juga..kalau aku tau best daripada tahun lepas lagi aku join. Kebanyakkan mereka semua dah masuk tahun kedua belajar dan lebih detail pengajaran tahun ni. Kira yang selalu kena gelak masa baca sorang-sorang bila ustaz suruh aku le sebab aku budak baru belajar hehehehe..TApi buat apa nak malukan tunggule sikit lagi aku gelakkan diaorang..tapi tak baik sebab yang lain tu semua pangkat bapa aku.....otai-otai. 

            Hari ini sabtu 12.30 pm ada jamuan pepisahan anjuran Tingkatan 5 tapi aku tak gi sebab letih dan aku sebenarnya tak suka benda-benda yang melibatkan pepisahan ni. So aku masak nasi dan sambal tumis telur je kat rumah hari sebab bini aku moody ( bulan mengambang semalam ). Aku jadi chef ari ni dan anak dara aku jadi pembantu chef. Ingat nak gi Tesco sebab stok dapur dan susut. Hujan la pula. ...ha..dah azan asar jadi apa lagi sembahyanglah sebelum anda disembahyangkan. Bagi yang baca blog ni, kalau anda tak sembahyang....siapa sebenarnya anda di sisi ALLAH . Manusia yang beriman, atau manusia yang kufur....fikir-fikirkanlah..

1 comment:

kur8cobain said...

dah lame tak badminton ye