Sunday, October 11, 2009

Gegar Sang GEMPA di PADANG











     Baru-baru ini 30 September lebih kurang pukul 6.00 petang, dengan kekuatan gegaran 7.6 sr, Kota Padang dan daerah berhampiran boleh dikatakan menjadi Padang Jarak Padang Terkukur musnah dalam sekelip mata dalam ujian Allah Subhanahuwataala terhadap hambanya yang beriman. Namun begitu sebagai orang yang pernah tinggal dan belajar di Padang, aku juga turut merasa sedih atas bencana ini. Banyak kenangan dan cerita-cerita yang menarik pernah berlaku dalam masa lebih kurang 5 tahun aku belajar di sana. Apa yang dapat aku lakukan hanya berdoa atas kesejahteraan mangsa-mangsa gempa bumi di Padang dan semoga mereka bangkit semula membangunkan Kota Padang yang tercinta itu.

Sebenarnya memang ada rancangan untuk membawa keluargaku ke Padang dalam masa terdekat ini tetapi nampak gayanya terpaksalah rancanhan ini di batalkan. Al Fatihah untuk mangsa gempa bumi di Padang.

Sila lawati :http://www.boston.com/bigpicture/2009/10/2009_sumatra_earthquakes.html

  

 

No comments: