Sunday, November 16, 2008

Tazkirah untuk saudara Islam

PEtikan dibawah merupakan antara email yang saya perolehi. Semoga dapat memberikan manfaat dan ingatan untuk kita semua.

Renungan untuk diri saya sendiri dan muslimin muslimat sekalian. 

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG 
============ ========= ========= ========= ========= ======== 

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja 
menggabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir 
waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya). 
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan 
tersebut. 

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang 
melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda "Iaitu mengakhirkan waktu 
sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. 
Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka 
mereka diancam dengan neraka wail". 

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas 
"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai 
kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak 
bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya". 

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda "Sesiapa yang mengumpulkan dua 
sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki 
pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim) 

Wallahua'lam. 

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG 
------------ --------- --------- --------- --------- --- 

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di 
alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di 
dalam kubur ialah:- 

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih 
tulang-tulang dada. 

2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan 
membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti. 

3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu 
berkata: 

"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan 
sembahyang Subuh." 

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan 
dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang 
Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, 
begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak 
dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan 
seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat. 

CUAI SOLAT LIMA WAKTU 
------------ --------- --------- --------- -- 

Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang di dalamnya adalah 
ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan 
perjalanan. 
Kerjanya tiada lain selain mengigit orang- orang yang tidak menunaikan 
sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam 
badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. 
Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah 
seterusnya. 

PEMINUM ARAK 
------------ --------- ---- 

Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu di tengkuk dan di 
tangan mereka. Kemudian mereka disula dengan api neraka. Terdengarlah 
suara yang menyeru,"Inilah si polan anak si polan!" Tatkala semua 
manusia dibangkitkan dari kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau 
mulut yang teramat busuk (bau arak), hingga terganggu manusia yang 
berhimpun di Padang Mahsyar. Peluh yang keluar dari tubuh turut berbau 
busuk. Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta dicampakkan terus 
ke Neraka Jahanam. Di dalam neraka, dituangkan air yang sangat panas ke 
dalam mulut mereka sehingga putus tali perut, kemudian perut itu jatuh 
pula ke atas kaki. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar 
dari api selama seribu tahun lamanya. Kemudian dikeluarkan dan 
dimasukkan ke dalam penjara di neraka di mana ular-ular dan kala yang 
bisa sentiasa menggigit badan mereka. Di kepala mereka diletakkan 
mahkota dari api neraka manakala rantai-rantai di tengkuk mereka. 

MENGKIANATI HARTA 
------------ --------- --------- ----- 

Mereka yang mengkianati harta orang lain, harta itu akan dijadikan benda 
yang berat, yang dicampakkan di laut dalam neraka. Mereka dipaksa terjun 
ke dalamnya untuk mengambil benda tersebut. Apabila mereka timbul, 
malaikat akan menekan kepala mereka supaya men-yelam semula serta 
dipukul kepala mereka itu dengan besi hingga hancur berkecai. Begitulah 
diulang-ulang selama mereka di laut itu. 

AZAB BAGI YANG KEDEKUT 
------------ --------- --------- --------- ---- 

Mereka yang tamak dan bersifat kedekut hartanya daripada disedekahkan 
atau dikorbankan untuk kebaikan, harta itu akan dijadikan ular besar 
yang berbisa, yang bakal menggigit dan mematuknya setiap masa. 

SAKSI BOHONG 
------------ --------- --- 

Orang-orang yang suka membuat saksi bohong, lidah mereka akan digantung 
pada alang-alang besi yang panas dan badan mereka pula dipukul dengan 
kuatnya oleh 70 ribu malaikat dengan besi merah menyala hingga hancur 
luluh daging dan tulang mereka. Kemudian pulih semula dan dipukul lagi. 
Begitulah seterusnya selama-lamanya seksaan bagi mereka. 

MENGUMPAT 
------------ --------- 

Mereka yang suka mengumpat, bibir dan lidah mereka akan digunting hingga 
putus hingga menyembur darah keluar dengan rasa kesakitan yang amat 
sangat. 
Kemudian bibir dan lidah itu akan pulih semula. Bila pulih digunting 
lagi, kemudian pulih dan digunting lagi. Di dalam setiap tingkat neraka 
ada banyak sungai, bukit dan pokok kayu. Setiap pokok mempunyai 70 ribu 
cabang, setiap cabang ada 70 ribu ular dan kala berbisa. Di dalam buah 
yang terdapat pada pokok itu ada 70 ribu ulat yang panjangnya seperti 
anak panah yang tajam-tajam. Mangsa-mangsa Neraka dipaksa memakan 
buah-buah kayu tersebut. 

Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya kira-kira 70 tahun 
perjalanan, setiap sungai mempunyai 70 ribu cabang dan 70 ribu lubang. 
Setiap lubang dipenuhi 70 ribu ekor ular dan kala, yang mana setiap ekor 
kala itu mengandungi 70 ribu jenis racun berbisa. 

------------ --------- --------- --------- --------- ---- 
Begitulah gambaran seksaan di dalam api neraka bagi mereka yang ingkar. 
Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, 
pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil 
iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita 
manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya. 

Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan 
dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya 
adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba 
masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang 
kita lakukan, memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak 
mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang 
Allah swt, dan diampunkan dosa kita. 

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt. Walau sebanyak mana dosa 
yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh insyaallah 
akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa 
itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat, 
menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang 
berkenaan di samping memohon keampunanAllah swt. 

Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan 
mendorong kita bersungguh-sungguh membuat kebaikan dan menjauhi 
kemungkaran, malah berusaha mencegahnya. 

Wallahua'lam. 

 

No comments: