Monday, September 12, 2011

Tips menuju cinta Allah SWT ...

~Jangan terus-menerus melakukan kemaksiatan. Jangan sayang kepada dosa dan maksiat yang kita sayang. Pujuklah hati dan tawanlah ia dengan keazaman, kesungguhan dan keseriusan. Dosa, aku benci kamu!

~Segeralah meningglkan teman-teman yang “buruk”. Ia hanya merosakan kita, dan mendekatkan kita kepada kebusukan bau neraka.

~Kerjakan solat fardu lima waktu tepat pada waktunya. Dan terus menerus istiqamah. InsyaAllah, anda akan merasai suatu kelainan dalam kehidupan.

~Berjinak-jinaklah melakukan solat fardu secara berjemaah di surau atau masjid. Tidak perlu sekali gus serentak. Tetapi beransur-ansur dan berperingkat-peringkat.

~Saudara saudari – banyakanlah mengingati Allah SWT dalam setiap detik kehidupan anda. Cara termudah, perbanyakanlah berdoa. Berdoa selepas solat, berdoa di saat musibah dan berdoa di saat senang.

~Latihkanlah diri, bangun awal 30 minit sebelum subuh. Mencari peluang di waktu tercedera untuk mendirikan solat sunat Tahajud untuk mencari kemuliaan dan ketinggian.

~Bergaullah, bertemankanlah teman-teman yang soleh. Carilah sahabat yang soleh dengan berdoa bersungguh-sungguh dan bergantung penuh pengharapan kepada-Nya.

~Hadirilah majlis-majlis ilmu dan tazkirah untuk memberi peringatan kepada jiwa dan hati. Kosistenlah dengannya agar, penawar kepada kekeruhan hati sentiasa disuntik kepada jiwa kalian.

No comments: