Wednesday, October 6, 2010

25 PESANAN LUQMAN AL HAKIM PADA ANAKNYA

Tidak mudah untuk menjadi ibu bapa di zaman serba moden ini. Terlalu
banyak cabaran dan pesaing bagi ibu bapa; televisyen, rakan-rakan dan
pengaruh persekitaran. Anak-anak seolah-olah menjadi lebih bijak, bahkan
menjadi lebih berani bertindak berbanding ibu bapa mereka sendiri.
Menghadapi situasi seperti ini ibu bapa perlu lebih bijak dan arif.
Tentunya ibu bapa perlu berubah seiring dengan peredaran zaman. Kejayaan
Luqman al-Hakim dalam menjadi seorang ayah yang cemerlang seperti yang
diceritakan dalam Al-Quran boleh menjadi model terbaik untuk diikuti
oleh setiap ibu bapa.

25 PESANAN LUQMAN AL HAKIM PADA ANAKNYA
1)
Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg
dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat,
agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA,
ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH. 2)
Orang-orang yg sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat,maka
dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar
setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian
dari ALLAH juga.
3) Hai anakku; orang yg merasa dirinya
hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia
tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu
berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH. 4) Hai
anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang
dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi
tanam-tanaman.
5) Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana
sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang
dan gelisah di waktu malam. 6) Dan selalulah berharap kpd
ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH.
Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar-benar takut (takwa), tentulah engkau
akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH. 7)
Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak
dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa
banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu
besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd
orang yg tidak mahu mengerti.
8) Hai anakku; engkau telah
merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yg amat berat,
tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai
tetangga (jiran) yg jahat.
9) Hai anakku; janganlah
engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada
orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan. 10)
Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan
memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah
memberikan akibat yg berbahaya.
11) Hai anakku; bila engkau
mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan,
pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu
kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya
mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12)
Janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya
makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu
diberikan kpd anjing sahaja.
13) Hai anakku; janganlah engkau
langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung
memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu
menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan
kesengsaraan.
14) Makanlah makananmu bersama sama dengan
orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak
dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15) Hai anakku;
bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu
tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan
orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu
memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16) Hai
anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih
dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan
itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil
dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
17)
Selalulah baik tutur kata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu,
dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang
terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.
18)
Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai
orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg
mengharapkan sesuatu darimu.
19) Jadikanlah dirimu dalam
segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau
mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yg akan
mendatangkan cela pd dirimu.
20) Hai anakku; janganlah engkau
condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja
kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya
tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan
dunianya.
21) Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan
mengeluarkan kata-kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau
akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar
bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22) Hai
anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg
menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah
engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah
mensia-siakan hartamu.
23) Barang sesiapa yg penyayang tentu
akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg
mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr
berkata kotor tentu akan menyesal.
24) Hai anakku; bergaullah
rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya
kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah
hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah
yg subur lalu disirami air hujan.
25) Hai anakku; ambillah
harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya
untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang
atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat
beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini
serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai
itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg
bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Sumber:Keluarga-HOC

No comments: