



Hari ini merupakan Hari Anugerah Kecemerlangan di sekolah Luqman. Yang menarikinya hari ini sebagai ibubapa, kami seronok sebab Luqman turut tersenarai dalam pelajar yang menerima hadiah kerana mendapat tempat kedua dalam Satu Bakau ( kelasnya ). Semoga hadiah yang didapatinya semalam akan menjadi perangsang dalam mengejar cita-citanya. Kata luqman dia nak jadi macam Pak Andak nak jadi Arkitek....camna tu...
Dua tiga hari yang lepas luqman ada bagi teka teki. NAk tahu apa teka teki dia ????..
Apakah binatang yang pakai tudung ?.... Singa
Apakah binatang yang pakai pampers ?....Tenuk.. Layan saja.












Suasana kemeriahan berkeluarga dan kenangan bersama mereka. Hidup ini hanya sementara dan perjalanannya adalah singkat. Maka kenapa tidak kita semua menikmati keindahan dan kemeriahan dalam kehidupan ini. Jangan fikir terlalu banyak masalah dalam hidup ini. Apa yang penting tetap ingat bahawa selagi kita beriman dan tunduk serta patuh pada suruhan dan larangan ALLAH, kita akan menikmati kebahagiaan dalam hidup ini. Amin ya rabal allamin
















