Sunday, September 27, 2009

Anda Orang Minang/Padang Sejati Kalau

Anda Orang Minang/Padang Sejati Kalau:
1. Tidak bisa melihat dan membiarkan trotoar kosong atau nganggur. (Trotoar = Bahu jalan  / tepi jalan )
2. Berjalan/mengendarai mobil lebih pelan di perempatan/pertigaan untuk melihat peluang membuka rumah makan.
3. Mengeluh bila belum makan masakan Padang minimal sekali sehari.
4. Tidak bisa makan tanpa cabe atau sambal pedas serta selingan kerupuk jengkol.
5. Kalo makan berkeringat, tapi kalo kerja maunya tidak berkeringat.
6. Hal pertama yang ditanya begitu sampai di suatu kota adalah dimana ada rumah makan Padang terdekat.
7. Membawa nasi rames Padang ke dalam pesawat sejak Airlines di Indonesia tidak lagi menyediakan makanan.
8. Lebih memilih rendang jengkol dan sambel pete daripada menu daging, ayam atau sambel ABC.
9. Pada saat makan pagi, anda sudah mengetahui kemana dan makanan apa yang akan dimakan untuk siang dan malam harinya.
10. Makanan kesukaan anda di daftar menu adalah yang paling murah dan paling banyak porsinya.
11. Terhimpit maunya di atas, terkurung maunya diluar.
12. Masih menawar harga barang di swalayan atau department store yang sudah ada Price Tag-nya dengan harapan bisa dapat lebih murah.
13. Hal pertama yang muncul di pikiran saat membeli barang adalah apakah bisa dijual kembali dengan sedikit keuntungan.
14. Berhasil dengan sukses menjual serta meyakinkan seseorang untuk membeli barang kelas kaki lima dengan harga swalayan.
15. Tahu perkembangan naik turun harga barang di pasar, harga emas, harga kain, upah jahit baju, ongkos cetak dan sewa tempat di pasar.
16. Berkunjung ke department store, swalayan atau toko hanya untuk mengetahui perbandingan harga barang untuk kemudian mencarinya di kaki lima.
17. Simbol matematika yang paling dikenal adalah tanda + (tambah) dan tanda X (kali), tidak mengenal tanda - (kurang) dan tanda : (bagi).
18. Lancar mengucapkan kalimat satu 5 ribu, dua 7 setengah, tiga 10 ribu.
19. Hasil perhitungan 2+2=7 karena 4 pulang modal, 2 keuntungan dagang, 1 untuk sewa tempat/ongkos.
20. Tangan menerima uang lebih cepat dan tangkas daripada tangan membayar.
21. Pelajaran yang paling diminati di sekolah adalah aritmatika, hitung dagang, harga pokok dan marketing.
22. Tempat duduk favorite anda waktu berkunjung ke cafe atau restorant adalah di dekat kasir atau pintu masuk, untuk melihat penerimaan uang masuk dan jumlah pengunjung yang datang.
23. Perintah tambahan anda saat menyuruh seseorang membeli barang di toko atau warung adalah cari harga yang paling murah dan usahakan untuk menawar.
24. Selalu naik angkutan umum atau angkot yang ada musicnya.
25. Menyetop taxi, membuka pintu depan, kemudian bertanya ke sopir taxi-nya "Jurusan mana Bang??".
26. Lebih memilih tarif taxi sistem tawar menawar daripada sistem argometer demi alasan kepastian harga dan kepuasan menawar.
27. Selalu memilih duduk paling depan kalo naik angkutan umum, bus atau pesawat dengan tujuan supaya bisa sampai lebih cepat dan lebih dulu.
28. Pesta pernikahan anda belum terasa lengkap tanpa ada panggung orgen tunggal yang menampilkan penyanyi terkenal se-kecamatan atau kabupaten.
29. Begitu keluar dari kampung halaman, langsung bisa berbahasa Indonesia Raya yang baik dengan logat Minang yang kental serta gimana gitu.
30. Selalu berprinsip "Dimana Bumi Dipijak, Disitu Langit Dijunjung, tapi kampung halaman dan pulang kampung tetap nomor satu".


PS. Sorry bagi yang tersinggung, hanya sekedar bercanda dan self critics. GO Padang, Hidup Minang.....tambuah ciek....

* Teringat semasa kuliah di PAdang dan tinggal disana selama lebih kurang 5 tahun. BAnyak kenangan yang menarik dan sering rindu untuk kembali ke Padang Sumatera. Buat masa ini tidak berkesempatan memandangkan kos dan kerja. Mungkin Insyallah ada rezeki saya akan membawa keluarga mengunjungi tempat yang pernah menjadi kampung kedua saya.

Haramkan makanan GM

RAMAI pengguna di seluruh dunia memakan makanan yang dihasilkan daripada tanaman yang diubah suai secara genetik atau GM (genetically modified) secara tidak sengaja. Tidak ketinggalan di Malaysia, ramai di antara kita yang tidak tahu yang kita memakan makanan GM sebab makanan yang mengandungi ramuan GM juga dijual di sini.

Pengguna membelinya tanpa mengetahui hal sebenar kerana makanan dengan ramuan GM adalah tidak ketara, kecuali jika ia dijelaskan dalam label.

Makanan yang diimport oleh Malaysia merupakan pintu masuk makanan GM. Makanan untuk ternakan juga adalah pasaran besar bagi tanaman GM. Di kebanyakan negara, daging, hasil tenusu dan telur yang dihasilkan daripada haiwan ternakan yang diberi makanan GM tidak perlu dilabelkan kerana wujudnya kelemahan dalam undang-undang penglabelan makanan.

Ramuan GM juga banyak digunakan dalam makanan diproses, contohnya di Amerika Syarikat, di mana kebanyakan tanaman GM adalah ditanam. Ini adalah alasan kenapa kerajaan Malaysia mengalami tekanan untuk membatalkan penglabelan wajib bagi makanan dan produk GM semasa perundingan Perjanjian Perdagangan Bebas di antara Amerika Syarikat dan Malaysia kerana ia didakwa akan menghalang peluang pasaran bagi syarikat bioteknologi Amerika Syarikat.

Melalui makanan ternakan, GM juga memasuki rantaian makanan manusia. Di United Kingdom (UK), menurut kajian Soil Association, hampir semua susu, hasil tenusu dan khinzir di pasar raya UK adalah dihasilkan daripada haiwan yang diberi makanan tanaman GM dan semuanya tidak berlabel. Laporan 2007 ini mendapati 60 peratus daripada jagung dan 30 peratus daripada soya yang diberikan sebagai makanan lembu dan khinzir adalah yang diubah suai genetik.

Kenapakah kita sebagai pengguna harus was-was dengan makanan GM? Kejuruteraan genetik melibatkan pemindahan asid nukleik daripada satu konteks genetik ke yang lain, kerapnya dengan spesies lain atau secara kombinasi, dan ini adalah tidak wujud secara semula jadi. Perubahan genetik ini adalah amat berbeza daripada kaedah pembiakan tradisional.

Oleh kerana organisma hidup adalah amat kompleks, jurutera genetik tidak boleh meramalkan semua kesan daripada pengenalan perubahan genetik ini. Makanan yang diubah suai genetik diperkenalkan tanpa mengira risiko kepada kesihatan dan yang amat dibimbangkan adalah kesan buruknya tidak boleh dipulihkan semula.

Tanaman yang diubah suai genetik adalah ditanam dan dimakan oleh pengguna, walaupun kurang kajian saintifik mengenai risiko kepada kesihatan, kaedah mengkaji keselamatan adalah tidak memadai untuk menilai bahaya yang mungkin berlaku, ia mungkin membawa toksin yang tidak diketahui dan juga mampu meningkatkan risiko reaksi alahan.

Pada bulan Mei 2009, Akademi Perubatan Persekitaran Amerika (American Academy of Environmental Medicine - AAEM), sebuah persatuan antarabangsa berpusat di Amerika Syarikat menggesa satu moratorium ke atas makanan ubah suai genetik, menyatakan yang ia membawa kepada 'risiko kesihatan yang serius'.

AAEM merumuskan bahawa 'wujud lebih daripada perkaitan kasual di antara makanan GM dan kesan buruk kesihatan' dan 'makanan GM membawa risiko kesihatan serius dari segi toksikologi, alahan dan fungsi imun, kesihatan reproduktif, metabolik, fisiologi dan kesihatan genetik'.

Oleh kerana makanan GM membawa kepada risiko kesihatan serius, AAEM percaya bahawa kita perlu mengambil prinsip mencegah dan berhati-hati.

Di Malaysia, terdapat lima jenis transgenik yang telah diluluskan iaitu 'kacang soya Roundup Ready, jagung MON 810, jagung MON 863 dan jagung NK 603 untuk kegunaan sebagai makanan, untuk ternakan dan pemprosesan, serta juga protein membentuk ais yang dihasilkan daripada yis GM, yang digunakan dalam aiskrim. Kelima-lima ini telah diluluskan sebelum undang-undang bio-keselamatan wujud di Malaysia.

Kini kita mempunyai perlindungan undang-undang dengan adanya Akta Biokeselamatan 2007 (Akta 678), tetapi Akta ini masih belum dilaksanakan sepenuhnya kerana peraturan untuk perlaksanaan masih dalam bentuk draf.

Di samping kesan kepada kesihatan yang mungkin berlaku apabila kita memakan makanan GM, pengenalan tanaman GM yang toleran racun rumpai adalah dikaitkan dengan peningkatan penggunaan racun perosak. Ini membawa kepada kesan kesihatan berkaitan dengan residue racun perosak dalam makanan kita.

Bagaimanakah pengguna boleh membuat keputusan mengenai makanan GM memandangkan kita kurang mempunyai maklumat mengenai keselamatannya atau kewujudannya dalam makanan kita?

Daripada perspektif pengguna, penglabelan penuh yang wajib untuk makanan dan barangan GM adalah perlu agar pengguna boleh memilih sama ada hendak memakan makanan GM. Dengan penglabelan, pengguna boleh tahu ramuan, kandungan GM dalam makanan dan memberi amaran kepada yang mempunyai alahan atau bimbang tentang kesihatan mereka. Label juga akan membantu mengesan punca masalah kesihatan yang berbangkit daripada makanan GM ini.

Penglabelan mestilah diwajibkan untuk sebarang makanan, walaupun dengan satu ramuan GM; tidak kira peratusan kandungan GM; serta yang dihasilkan dengan organisma atau enzim yang diubah suai genetik. Penglabelan akan membantu pengguna memilih, khasnya dari segi pandangan agama, etika dan moral.

Makanan dan tanaman GM telah menunjukkan ada risiko kepada kesihatan manusia dan binatang, serta menyebabkan masalah sosio-ekonomi dan alam sekitar. Dengan adanya kaedah yang selamat untuk memenuhi keperluan makanan dunia pada masa kini dan akan datang, contohnya dengan pertanian organik yang mapan, tanaman GM adalah suatu risiko yang tidak diperlukan.

Sehubungan ini, kami menyeru kepada kerajaan Malaysia untuk mengharamkan semua makanan yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik, mengharamkan pengimportan makanan mengandungi ramuan GM dan membatalkan kelulusan yang diberikan kepada lima bahan transgenik di Malaysia. Selain daripada ini, semua kajian kejuruteraan genetik yang dijalankan perlu dibatalkan dan bahan kajian adalah dilupuskan dengan selamat untuk mencegah sebarang kontaminasi.

S.M. MOHAMED IDRIS

Presiden Persatuan

Pengguna Pulau Pinang

Saturday, September 26, 2009

Kelebihan Surah Al-Ikhlas

Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim" 

Tafsirannya: 
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali. (Panduan ayat, sila rujuk Al-Quran untuk rujukan asal)

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu. 
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: 

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara 
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. 
Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat 
Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. 
Nota: 
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu 
ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah 
pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak 
Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : 
1) Sedekah/amal jariahnya 
2) Doa anak-anaknya yang soleh 
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Pengertian Berhari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir & Batin...

Ketibaan Syawal sudah semestinya menjadi saat yang paling gembira bagi umat Islam lebih -lebih lagi bagi mereka yang benar-benar menghayati ibadat pada bulan Ujian iaitu Ramadhan. Namun begitu, keindahan Aidilfitri tidak akan hadir sekiranya kita hanya bergembira tanpa menemui "nilai" pergorbanan itu sendiri. Kesempurnaan dalam ibadat puasa sudah semestinya menjanjikan seribu kemanisan iman (Halawatul Iman) kepada insan yang beragamakan Islam. Hari Raya bukanlah medan kegembiraan semata-mata, namun ia turut berteraskan kesatuan, kedamaian dan keharmonian. 

Tanpa kesatuan dalam masyarat Islam, sudah tentu, sambutan Aidilfitri tidak akan disambut dengan gembira, apatah lagi di negara-negara Islam yang dibayangi isu peperangan, kemiskinan, penindasan dan hak asasi manusia. Kita perlu bersyukur kerana berada di dalam sebuah negara yang memiliki kesempurnaan yang tidak pernah wujud di negara-negara lain didunia. Justeru itu, sempena bulan Syawal yang bakal menjelang tiba, sebelum Ramadhan melabuhkan sinarnya, renungilah kata pujangga dari Arab, "Ikan itu tidak pernah lupa akan asal-usulnya"...Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir & Batin... Ingatan tulus ikhlas 

Monday, August 31, 2009

25 Pesanan Luqmanul Hakim kepada anak-anaknya


 
Dipetik dari blog surau : http://surauat- tarbiyyah. blogspot. com/2008/ 11/25-pesanan- luqman-el- hakim-kepada- anak.html

1. Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

3. Hai anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

4. Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

7. Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal- hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

9. Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11. Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13. Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14. Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15. Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16. Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18. Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20. Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22. Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

23. Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24. Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Renung2kan dan Selamat Beramal.. Anda Mampu Mengubahnya. .

Friday, August 21, 2009

Puasa Sebagai Ujian Keikhlasan

Puasa mirip suatu rahsia (sirr) yang sukar untuk dibongkar kerana, berbeza dengan ibadat-ibadat yang lain, ia tidak mempunyai bentuk-bentuk perlakuan yang boleh diperhatikan. Sebagai contoh, ketika bersembahyang, seseorang itu memang melakukan beberapa gerakan atau perbuatan yang mudah dilihat, seperti ruku’ dan sujud. Tetapi dalam kes puasa, selain daripada ketulusan niat yang sememangnya hanya Tuhan sahaja yang boleh menilik dan menilainya, yang diperlukan hanyalah kekangan diri dari keseronokan-keseronokan jasmaniah semata-mata (al-imsãk al-mujarrad). Sememangnya tidak jelas kelihatan unsur-unsur yang secara positif membentuk puasa (muqawwim). Dengan kata lain, ‘puasa tidak memiliki apa-apa rupa-bentuk dalam kewujudan’ (anna al-sawm Ia sürah lahufi al-wujüd). Jika tidak dikhabarkan kepada orang lain, tiadalah diketahui sama ada seseorang itu sedang berpuasa atau tidak. Oleh yang demikian, puasa benar-benar menyempitkan peluang untuk riyã’ sedangkan pintu gerbang untuk seseorang mengabdikan diri sepenuh dan setulennya kepada Tuhan terbuka seluas-luasnya. Justeru, dalam satu hadis Nabi disebut bahawa ‘Tiada riya dalam puasa.

Amal Jariah

Daripada Ibn Abbas رضي الله عنه daripada Rasulullah صلى الله عليه و سلم meriwayatkan hadith ini daripada Tuhannya Tabaraka Wa Ta’ala, katanya:

“Sesungguhnya Allah telah menetapkan yang baik dan yang jahat, dan telah menerangkan keduanya itu. Maka barangsiapa yang bercita-cita kepada kebaikan, kemudian ia tidak mengerjakannya - Allah akan mencatat di sisinya satu hasanah (kebaikan) yang sempurna. Dan jika ia melaksanakan, nescaya Allah akan mencatatkan di sisiNya sepuluh hasanah hingga tujuh ratus kali lipat ganda dan hingga sampai beberapa kali ganda banyaknya. Dan jika ia bercita-cita mengerjakan sesuatu kejahatan kemudian tidak dilakukannya, Allah akan mencatatkan di sisiNya satu hasanah yang sempurna. Jika ia meneruskan cita-cita jahat itu dan melakukannya, Allah akan mencatatkan baginya satu kejahatan sahaja.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.)

Rasulullah صلى الله عليه و سلم juga dikatakan pernah bersabda:

“Orang yang bermurah hati dekat kepada Allah, dekat kepada manusia dan dekat kepada Syurga. Dan orang yang bermurah hati jauh dari Neraka. Sedangkan orang yang kikir, jauh dari Allah, jauh dari manusia, pun jauh dari Syurga, dan dekat kepada Neraka. Orang jahil yang bersifat pemurah lebih disukai Allah daripada ahli ibadat tetapi kikir.” (Diriwayatkan oleh Tirmidzi.)

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, sabda Rasulullah صلى الله عليه و سلم:

“Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedeqah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” (Diriwayatkan oleh Muslim.)