Thursday, November 26, 2009

Jika anda tahu ‘lambaian di luar sana’ lebih membuat lelaki teruja. Elakkan perkara yang diperkatakan ini untuk menjadi pengajaran berguna. · Me

Elakkan perkara yang diperkatakan ini untuk menjadi pengajaran berguna. 
· Memperkecil suami di hadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ia benar. Contohnya, “Suami saya kan, siang ikan pun tak tahu!” 
· Mengganggu suami dengan kerap menelefon dirinya dan panggilan dibuat pada waktu yang salah sekadar memberitahu hal remeh-temeh. 
· Terlalu suka mengemas rumah atau mengalihkan barang hinggakan suami tidak jumpa barang yang disimpan si isteri. 
· Mengambil muka surat atau bahagian tertentu daripada akhbar dan menyusun akhbar dengan cara amat salah, hingga menyukarkan bahagian yang hendak dibaca. 
· Memotong mana-mana bahagian majalah dan akhbar sehingga berlubang di sana sini manakala suami tidak sempat membacanya. 
· Menyuruh suami supaya membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari pejabat sedangkan perancangan ke pasar atau pasar raya cuma esok atau baru ke pasar semalam. 
· Tidak memberi arahan jelas kepada suami bila menyuruhnya membeli sesuatu dan kemudian menyalahkan suami. 
· Membuat janji temu dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami sehingga kadangkala ia mengganggu perencanaan yang sudah dibuat. 
· Bercakap atau bersembang di telefon dengan rakan pada waktu malam selepas jam 10 dan ketika itu, ia sepatutnya menjadi waktu istirahat anda sekeluarga. 
· Menjemput tetamu ke rumah tanpa izin suami sedangkan ia waktu rehat seisi keluarga. 
· Berpakaian kusut-masai dengan baju-T terkoyak dan batik lusuh selain rambut tidak terurus serta tanpa sebarang calitan mekap, membuatkan si suami muak untuk pulang ke rumah kerana tiada langsung tarikan. 
· Mengambil masa cukup lama apabila bersiap seolah-olah pengantin yang begitu lambat menyiapkan diri, membuatkan suami tertunggu-tunggu dan terus tertidur. 
· Sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh orang gaji atau diri sendiri membasuh atau menggosok pakaian untuk hari berkenaan. 
· Sengaja atau tidak menyebelahi anak-anak apabila suami ‘naik angin’ apabila mereka ke rumah rakan seharian atau berminggu-minggu tanpa mengambil tahu atau meminta pandangan suami terlebih dulu. 
· Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti. Hanya bersiap apabila diberitahu ada kenduri yang harus dikunjungi. Sebagai isteri, seharusnya sering bersiap rapi supaya sentiasa disenangi suami. 
· Suka melengahkan masa apabila hendak solat berjemaah atau beribadah dengan melencong ke dapur, bilik anak-anak atau melakukan perkara lain seolah-olah meremehkan perkara berkaitan ibadah. 
· Mengganggu suami yang menonton rancangan televisyen kegemarannya misalnya bola sepak. Ketika itu, ada saja kerja yang minta suami lakukan sehingga menjadi bibit percanggahan pendapat atau punca berlakunya perselisihan faham. 
· Asyik bercerita mengenai diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita. Ada kalanya, suami anda juga mahukan perhatian atau berkongsi masalah dan cerita di pejabat. 
· Membebel dan berleter tanpa henti mengenai hal yang amat kecil dan diulang tayang setiap hari sehingga menjadikan topik yang memang dibenci suami. 
· Suka memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa dengan gosip atau prejudis sehingga menimbulkan rasa bosan dan kebencian suami. 
· Menceritakan hal rumah tangga kepada orang lain dan memburuk-burukkan suami, keturunan atau asal-usul suami dengan tujuan merendahkan martabat suami pada mata orang lain sama ada keluarga, jiran mahupun rakan terdekat. 
· Sengaja atau tidak, gagal memasak masakan digemari suami. Bertahun-tahun hidup dengannya, sudah pasti si isteri tahu kesukaan suami atau perkara tidak digemarinya. Sebaliknya, isteri banyak menyakitkan hati suami sehingga sedikit demi sedikit, timbul kebencian di hati suami. 
· Meminjamkan harta benda suami kepada orang lain tanpa kebenaran terutama barangan yang amat disayanginya.

Jin dan Asal Usul nya...

Untuk Pengetahuan Kite Bersama.... 

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya 

Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal 
puluh ribu tahun lamanya .. 

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk 
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. 
melaknat dan perintah turun ke bumi. 

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. 

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin 
Islam( Soleh ) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh ). 
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam). 

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang 
Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling 
suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu 
ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau 
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, 
adik-beradik jin lah tuu. 

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan, 
lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan 
kubur. 

6) Beliau menasihat apabila in gin buang air di 
perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala 
Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin." 

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi 
Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca 
ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa 
bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila 
pula, kita jadi cucu cicit jin !!!! 

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab 
jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik 
nasib, pembohong... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, 
memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga 
Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. 
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan 
tongkat k ayu . Dan jin tekun membuat kerja di 
hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan 
tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman 
pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi 
Sulaiman telah mangkat. 

8) Manusia juga dilarang membuang air di 
lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu 
tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di 
larang juga buang air di lubang-lubang (tanah). 

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah 
yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di 
situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca 
surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 
hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu 
suka sangat menepung tawar !!! 

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 
~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 
kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang 
yang di rasuk. 

* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada 
saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang 
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan 
bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati... 



Barangsiapa yang menghilangkan satu kesusahan dunia dari seorang 
mukmin, maka Allah akan menghilangkan darinya satu kesusahan di hari 
Kiamat. Barangsiapa meringankan orang yang sedang kesulitan, maka 
Allah akan meringankannya dari (kesulitan) dunia dan akhirat. 
Barangsiapa yang menutupi (kejelekan) seorang muslim, niscaya Allah 
akan menutupi (kejelekannya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan 
menolong hamba selama dia mau menolong saudaranya." (HR. Muslim.)

Perkara remeh boleh jadi punca penceraian

 
TIDAK sukar untuk menyelamatkan sebuah perhubungan yang sudah lama terjalin jika tahu mencari puncanya. Bayangkan bertahun-tahun hidup dengannya, anda kerap melakukan kesilapan, daripada perkara remeh-temeh sehingga menjadi bibit yang membosankan. 

Membaca atau meneliti kes perceraian yang berlaku, ia tidak hanya berpunca daripada isu besar sebaliknya perkara kecil boleh menjadi titik akhir sekali gus mengundang episod duka dalam rumah tangga. 

Seperti mana kata pakar perkahwinan, masalah rumah tangga harus dilihat dalam sudut paling dalam biarpun ia hanya bermula dengan hal paling kecil tetapi boleh memberi kesan besar dalam hidup. 

Ada kalanya si suami mengomel isteri selekeh, sering berkain batik dan kemeja-T lusuh apabila berada di rumah sedangkan di luar dia berdepan dengan wanita yang berpenampilan menawan sehingga ada ketikanya menjentik naluri kelelakiannya.

Saturday, November 21, 2009

Kakitangan atau kerani sekolah aku


Ini nama manjanya Le"mah atau nama penuhnya Halimah. Hobi suka menyanyi . Almaklumlah katanya bintang Asli. Pasal menyanyi tekan je loceng kat counter pejabat mesti tukar lagu baru punya....


 Ini kerani kami...orang lekir alias batu 9. Orang satu kampung ni. Kecik-kecik ganas ni suka panjat pokok koko kuang,kuang.... Kalau bab brutal-brutal bagi kat dia...

Santai-santai di rumah





Inilah wajah-wajah ceria anak-anak yang sedang bermain dan bergurau dirumah. KAlau ada sakit telinga dan macam-macam sakit lagi. Tapi kalau tak ada diaorang sunyi sepi pulak...inilah asam garamnya kalau ada anak dan keluarga. Macam mana pun aku tetap bahgia dengan Keluarga Cikgu Azmi yang riuh rendah ni... 

Lama dah tak Up date gambar






Dah lama rasanya saya tak masukkan gambar keluarga. Entahlah kadang-kadang malas pula nak tangkap gambar walaupun kemudahan ada. Lama juga tak ambil gambar anak-anak yang sedang membesar ni. Rasa rugi pula kalau tak simpan sebagai kenangan dan untuk tatapan hari tua nanti.

So..mahu tak mahu saya masukkan ajelah gambar masa hari raya ari tu. Itupun sikit dan yang sempat saya ambil dalam masa kelam kabut hari raya. 

Monday, November 16, 2009

Minum Air Dingin Setelah Olahraga...

 meminum air dingin/air es sehabis berolah raga atau saat kita kepanasan justru lebih baik untuk mempercepat proses penyerapan cairan oleh tubuh.

Maksudnya saat suhu badan kita panas, meminum air dingin akan membuat suhu badan lebih cepat turun.

Air dingin yang paling baik adalah bersuhu 5°C (air dari lemari pendingin yang belum membentuk es) dan batas dingin yang dapat ditoleransi adalah 4°C. Dan jumlah air yang mesti anda minum juga perlu dibatasi kira-kira 500 cc.

Yang perlu diperhatikan adalah saat minum, jika anda menenggak satu botol air dingin sekaligus setelah berolahraga, ada kemungkinan kepala anda menjadi pusing, sebab sistem saraf pusat tidak siap merespon perpindahan dari panas ke dingin yang terlalu cepat.

Disarankan untuk minum air dingin satu-dua teguk dan biarkan tubuh anda beradaptasi terlebih dahulu, baru anda dapat meminumnya kembali.

Setelah berolahraga anda juga membutuhkan minuman yang mengandung isotonik dan elektrolit, komposisi minuman isotonic biasanya berupa karbohidrat dan kandungan elektrolit terutama Na+, K+, dan Cl-, sebab saat anda berolahraga, keringat yang keluar dari tubuh membawa pula elektrolit-ion dan kation yang dibutuhkan dalam kerja sel tubuh.

Elektrolit adalah uraian dari garam mineral yang secara alami sudah ada dalam tubuh kita. Elektolit juga merupakan gabungan dari ion positif (kation) & ion negatif (anion), berguna untuk membantu kelancaran fungsi cairan tubuh.

Air kelapa adalah salah satu minuman isotonik alami yang memiliki komposisi hampir sama dengan minuman isotonik lainnya. Kandungan yang terdapat di dalamnya: karbohidrat, protein, mineral (K, Na, Ca, Mg, Fe, Cu, P, S) dan vitamin (vitamin C & vitamin B kompleks), lebih terjamin karena tidak mengandung bahan pengawet, pemanis dan bahan kimia berbahaya lainnya.

Selain air dingin (es) atau minuman isotonik untuk mempercepat proses penyerapan cairan, anda juga membutuhkan jus buah untuk mencegah pagal-pegal setelah melakukan olah raga, salah satunya adalah jus jeruk dan jus jambu merah.

Vitamin C yang banyak terkandung dalam jus tersebut terbukti membuat anda yang mengkonsumsinya sebelum dan sesudah berolahraga lebih sedikit merasakan pegal pada otot.

Pada prinsipnya: kekurangan air dalam tubuh dapat menyebabkan dehidrasi, kehilangan elektrolit tubuh membuat kerja sel menjadi berat dan bisa menimbulkan kejang otot.

Soo, sehabis olahraga kita boleh meminum air dingin, tapi jangan sekaligus. Pelan - pelan aja!!^^...