Sunday, June 7, 2009

Pasar Payang Kuala Terengganu

Acara wajib, sembahyang setelah masuk waktu. Nasib baik ada abah kalau  tak mau terbabas sembahyang  anggota rombongan yang lain sebab asyik membeli belah je. Hehehehe....anak abah.
Aksi-aksi keletihan yang ditunjukkan oleh anggota rombongan. Kebosanan, kepenatan dan kelaparan... tapi yang kecik tu masih banyak tenaga lagi dan masih boleh menghuru harakan keadaan. Siap nak jam tangan BEN  10 macam alongnya.


Sampai tak boleh buka mata ..penat sebab baru tolong jaga Ammar selama 15 minit. Serik dah  sebab kena kejar Ammar yang suka main lift dan susah nak kawal tu. PAk uda dia kata memang tererlah sapa yang boleh jaga Ammar sebab lasak dan  tak boleh duduk diam...sabar je lah...
Merenung masa depan.. agak-agaknya berapa jam lagi kita ni dalam kereta untuk balik ke Pahang ni.. datang hari tu 7 jam lebih, nak balik ni berapa jam pulak ni...nasib-nasib. Ikut hati ni dah serik nak ikut mak bapak aku jalan round the world ni.

Pasar Payang merupakan salah satu lokasi wajib yang mesti dikunjungi kalau melawat ke Kuala Terengganu kerana terdapat berbagai-bagai pilihan barangan untuk dibeli. Pendek kata sebut apa saja pasti ada dijual disini.

Anggota rombongan yang paling banyak habis duit. Inilah penaja rasmi kami untuk melancong ke terengganu. Dengar kata hujumg tahun nak gi Langkawi atau Indonesia. Semoga penaja kami murah rezeki. Dapat kami menumpang rahmat. Amin. Hidup Afifah... 


Dibawah ini  gambar aksi keletihan dan kebosanan yang ditunjukkan oleh budak-budak  dan bapak budak  kerana menunggu kaum ibu yang  tak balik-balik  dari membeli belah.


Pemandangan dari atas bangunan menghala ke Kuala Terengganu. Restoran terapung di sebelah Pasar Payang.Shopping sakan sampai terduduk keletihan menunggu kaum ibu yang tak  habis membeli belah lagi. Perut dah lapar ni sebab belum makan tengah hari lagi ni.











Makan di Seri Kelah Tasik Kenyir

Dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu ke Sungai Koyan Pahang, kami singgah di sebuah warung Purba yang terletak berhampiran Tasik Kenyir. Apa yang menarik di warung ini ialah hiasan dan suasana yang tradisional tetapi layanan dan cara hidangan seperti Hotel 4 - 5 bintang. Makanannya juga sedap dan menyelerakan. Mungkin sebab lapar kut...almaklumlah pukul 3.30 petang baru makan tengahari..


Ni budak baru bangun tidur berposing di hadapan warung Seri Kelah. Nasib baik Amar tidur masa kami makan tadi..jadi dapatlah makan dengan tenang dan aman sikit..kalau tak mau terbalik meja dan warung agaknya.


Antara menu hidangan yang sempat di snap gambarnya iaitu ayam masak Bombay dan Kangkung masak belacan.  Carq nasi dihidangkan ada klass tersendiri...Cubalah jalan-jalan cari makan kat terengganu.







Tasik Kenyir, Terengganu

Kami sempat singgah di Tasik Kenyir dan menyaksikan panorama yang sungguh indah dan  menenangkan minda sesiapa yang berada disini. Memang menarik dan menyeronokkan. Sempat jugalah kami menaiki bot mengelilingi Tasik sambil melayang perasaan masing-masing . Maklumlah duit dah banyak habis ni...bujet bulan ni pun dah habis kat Pasar Payang Kuala Terengganu...tu yang melayan perasaan tu dok memikirkan  bila gaji nak masuk ni heheheh...kira-kira 2 k gak duit habis ni...tapi tak pelah sekali setahun.





Azah dan Sharif di papan tanda Tasik Kenyir. Menyambut Ulang Tahun perkahwinan ke 13 atau 14 tak pasti. Tapi yang pastinya mereka merayakannya dengan melancong ke Kuala Terengganu bersama kami... Semoga bahgia dan berkekalan hingga akhir hayat. Amin.


Angkat je tau jangan humban abang..nanti sapa nak drive balik ke Ipoh nanti..Mentang-mentang baru makan kat warung tadi tu yang jadi kuat tu..tak padan dengan badan boleh angkat laki tu...


Penginapan di Batu Buruk, Kuala Terengganu

Aksi keletihan yang di tunjukkan Sharif kerana penat memandu 6 - 8 jam ke Kuala Terengganu dan melepak samapai pukul 4 pagi dengan Ah Kong and Tehe Geng ( Samseng dan Ah Long di Kuala Terengganu ) Tapi yang bestnya mereka layan kami dengan baik siap belanja makan ikan kerapu lagi. Yang syoknya semua orang pandang kami semacam je malam tu sebab semua orang tau kami dok ngan Ah Long sambil gelak-gelak besar...layan je
Ruang tamu rumah penginapan kami. RM 600 untuk 3 hari 2 malam. Kira okaylah dan selesa tanpa ganggu orang lain. Tapi yang tak bestnya ialah berlaku satu peristiwa dimana kunci  bilik abah tertinggal di dalam bilik dan pintu lak terkunci. Puas gak satu pagi kami cuba nak  buka pintu tu dan akhirnya kunci berjaya di kait dengan galah dari tingkap bilik...Letih nak mampus rasanya.





Posted by Picasa

Tuesday, May 5, 2009