Sunday, March 15, 2009

15 Perkara Penyebab BALA

" Untuk renungan bersama. Semoga kita mendapat menafaat.

Ali bin Abi Thalib r.a, meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda; “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:


1.Apabila (Maghnam) harta milik umum atau negara hanya berkisar di kalangan elit tertentu

2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah)

3. Zakat dianggap sebagai beban hutang (diperniagakan)

4. (Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri (Queen Control)

5. Anak menderhakai ibunya

6. Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya

7. Ayahnya (pula) disingkir jauh

8. Rioh rendah dan kecoh di dalam masjid (atas sebab dunia)

9. Yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah)

10. Seseorang dimuliakan kerana (hendak menghindari) kejahatannya

11. Arak menjadi minuman lumrah

12. Sutera menjadi pakaian (golongan lelaki)

13. Golongan artis (biduan) disanjung-sanjung

14. Manakala muzik menjadi budaya pujaan

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat dan Ulama)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah (radioaktif dan gas beracun?) atau gempa bumi, tanah jerlus, manusia bertukar sifat (menjadi binatang) ..Dalam hadith riwayat Abu Hurairah mengenai hal ini terdapat tambahan seperti berikut..."dan (Qazafan) tembakan, lontaran (bom?)serta tanda-tanda lain yang datang secara berturut-turut bagaikan butir manik yang terputus benangnya dan jatuh bertubi-tubi satu lepas satu”.

(Hadith riwayat Tirmizi) "

AL-QURAN DAN KITA

 

Al-Quran adalah kitab suci terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai kitab pelengkap dari kitab2 samawi yang lain, Al-Quran juga adalah mu’jizat teragung diantara mu’jizat2 yang dianugerahkan kepada Nabi nabi sebelum, yang terpenting Al-Quran adalah kitab pertunjuk yang tiada terdapat sebarang keraguan di dalamnya. 

ذلك الكتاب لا ريب فيه هدى للمتقين 

Inilah Kitab (Al-Quran ) yang tiada keraguan padanya menjadi pertunjuk bagi mereka yang bertakwa ( Al-Baqarah 2 ) 

Tidak dinafikan rakyat Malaysia muslim boleh membaca Al-Quran dan ada diantaranya bergelar Al-Hafiz, guru mengajar Al-Quran. Pendek kata penekanan ibubapa terhadap anak-anak tentang pengajian Al-Quran di kampung dan di Bandar tidak boleh diperlekehkan, rata-rata di masjid, musolla dan rumah-rumah kediaman persendirian ada menganjurkan pengajian Al-Quran, tidak ketinggalan juga remaja dan dewasa yang semasa kecilnya tidak berpeluang berbuat demikian.. 

Tapi malang seribu kali malang, natijah dari pengajian Al-Quran itu hanya sekadar boleh membaca, kemudian apabila tamat membaca 30 juzuk 114 surah, dikira selesailah sudah pengajian Al-Quran dan diikuti dengan majlis kenduri “khatam Al-Quran”. Kebanyakan (bukan semua) diantara yang bergelar guru Al-Quran atau Al-Hafiz tidak mampu memahami nas Al-Quran jika tidak dengan bantuan Al-Quran terjemahan. 

  Hakikatnya, belajar Al-Quran bukan hanya ilmu kaedah membaca ( tajwid dan tartil) sahaja, malah banyak lagi bidang yang kena diberi perhatian, khususnya “ jalan memahami Al-Quran” iaitu dengan mempelajari bahasanya (bahasa Arab). Kerana Al-Quran itu di turunkan dengan bahasa Arab yang terang dan jelas. 

  
وكذلك أنزلناه قرءانا عربيا وصرفنا فيه من الوعيد لعلهم يتقون أو يحدث لهم ذكرا 

Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran dalam bahasa Arab, dan Kami telah menerangkan dengan berulang kali di dalamnya sebahagian dari ancaman, agar mereka bertaqwa atau (agar) Al-Quran itu menimbulkan pengajaran bagi mereka. 

( Toha: 113). 

  
Sudah semestinya maksud yang paling utama Al-Quran itu diturunkan adahlah untuk difahami dan menghayati pengajaran yang terkandung di dalamnya untuk diperaktikan di dalam kehidupan diniawi untuk mencapai keredaan Allah samaada 

Masih hidup dan setelah mati. Mentadabbur bagi orang yang membaca Al-Quran itu adalah dituntut. 

  

أفلا يتدبرون القرءان 

Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran (An-Nisa 82) 

Jelas pembaca Al-Quran tidak mampu bertadabbur jika ia tidak memahami maksud setiap kalimah yang dibacanya itu. ( bacaan Al-Quran sebeginilah yang sebenarnya dikehendaki ( bertadabbur) iaitu lidahnya bergerak membaca hatinya turut memperhatikan dan (akalnya :tambahan penulis) turut memikirkan maksud yang terkandung dalam ayat-ayat yang dibacanya, iaitu membaca Al-Quran disamping mendalami isi yang terkandung di dalamnya, hal itu akan mendorong untuk mengamalkan isi Al-Quran. ( rujukkan: Al-Quran dan terjermahan muka surat 106 مجمع الملك فهد لطباعة المصحف الشريف ) 

  

Sama sekali tidak dinafikan, bahawa boleh membaca Al-Quran itu telah memenuhi sebahagian dari tuntuan Islam, apatah lagi bagi yang telah menjadi Al-Hafiz, tetapi masih lagi terdapat ruang yang masih kosong di dalam kotak akalnya dan di dataran hati yang perlu diisi dengan “kefahaman”. Bukanlah pula dinafikan semua sekali diantara mereka yang boleh membaca Al-Quran yang yang bergelar Qaari dan Hafiz tidak memahami isi Al-Quran, tapi sebahagian diantaranya yang belum sampai kepada tahap boleh menguasai bahasa Al-Quran, dan bagi pembaca biasa boleh dianggapkan peratusnya tinggi yang tidak memahami apa yang dibacanya, misalnya yang sering bertadarus di bulan Ramadan, juga yang tidak pernah ketinggalan dalam majlis membaca surah Yaasin malam jumaat, tidak dinafikan juga bahawa pembaca Al-Quran tetap memdapat ganjaran pahala dari Allah yang Maha Luas Rahmatnya. 

  

Oleh yang demikian teruskanlah membaca Al-Quran, seiringkanlah dengan mengorak langkah kapada satu lagi bidang ilmu belajar bahasa Arab, mudah mudahan bacaan kita selepas kita dapat menguasai bahasa Arab akan menjadi lebih mantap dan berkesan. Saya yakin pada masa itu kita sendiri akan dapat merasa perbezaan yang ketara sekali jika dibandingkan dengan bacaan kita sebelumnya. 

  

Akhir sekali dengan penulisan saya yang serba kekurangan ini dapat dimanfaatkan, dan sama kita berdoa kehadrat Allah agar dengan rahmatNya mohon agar Dia membuka hati kita yang sekian lama terlupa atau terabai atau tersalah anggap bahawa mempelajari bahasa Arab itu bukan sebagai ibadah, dan memberi kekuatan dan istiqaamah untuk mempelajari bahasa wahyu yang agung itu – Ameen.

Cara membezakan restoran mamak atau hindu

   
 Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat 
 masakan berlaukkan daging lembu.     
 Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak  
 Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.     
 Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu  
 tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan "tuhan"
mereka! Di  dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.  
 Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh  
 restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.     
 Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster  
 al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab  
 salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan  
 "aqidah" mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan
mereka  itu.  
   
 Saya pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur ,  
 dengan cara begini;     
 Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk. Selalunya 
 akan tercatat pada lauk daging â€" "daging lembu" atau"daging  
 kambing". Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan  
 restoran tersebut adalah mamak Muslim.  
 Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan,  
 saya akan bertanyakan kepada pelayan restoran tersebut; "ada lauk daging  
 tak?"     
 Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, "kambing ada, daging lembu   
 tiada".     
 Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, "kenapa   
 tiada lauk lembu?".   Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan  
 tergagap-gagap untuk menjawab..     
 Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut.     
 Antara restoran yang saya dapati memang sebenar-benar mamak Muslim dengan  
 cara ini adalah Restoran Thaqwa di Sri Gombak, dan Restoran Mamak (saya  
 tak ingat namanya) di hadapan Bank Muamalat di Kuala Lumpur..     
 Sementara restoran yang saya kira sebagai bukan restoran bukan mamak yang  
 menyamar Muslim adalah restoran Mamak (pun saya tidak ingat namanya) di  
 kawasan jalan pudu/jalan pasar, dan sebuah restoran mamak (pun saya tidak  
 ingat namanya) di deretan Bangunan Plaza UMNO di Batu Caves.  
 Restoran-restoran ini menggunakan nama Restoran Muslim, dan restoran  
 tersebut terdapat ayat-ayat Quran dan poster-poster keislaman, tetapi  
 apabila ditanya tentang lauk daging lembu, mereka tergagap dan  
 terpinga-pinga.  
   

Kawal nafsu jadi manusia mulia

NAFSU adalah sebahagian daripada manusia dan manusia tidak boleh berpisah daripadanya selagi bernafas. Malah, dengan nafsu dunia menjadi indah dan begitu menarik. Dengan nafsu juga manusia mempunyai keturunan dan manusia boleh membangunkan diri dan tamadun, sehinggakan dengan nafsu manusia boleh menjadi pincang.

Barangkali ada juga orang beranggapan, jika tiada nafsu di dalam dirinya, tidaklah dia terikut-ikut dengan nafsu. Tetapi nafsu adalah anugerah Allah. Di dalamnya ada ilham baik dan buruk, seperti maksud firman-Nya: "Kami ilhamkan kebaikan dan keburukan di dalam hati manusia."

Berjayalah sesiapa yang dapat mendidik hati sebagaimana kalangan nabi dan rasul. Ini kerana mereka yang boleh menguasai hati mampu menguasai nafsu. Sebaliknya, mereka yang rosak hati menjadi tunggangan nafsu. Mulia atau hinanya manusia bergantung kepada sejauh mana manusia boleh atau tidak mengawal nafsu tetapi nafsu pula bukan untuk dibunuh atau dinyah daripada diri, cuma ia perlu dididik, diasuh dan dikawal sebaik yang mungkin.

Al-Quran membahagikan nafsu kepada tiga iaitu nafsu 'amarah' (nafsu jahat), 'lawwamah' (menyesal apabila buat kejahatan) dan 'mutmainnah' (tenang). Apabila buta martabat nafsu, manusia akan teraba-raba dalam kegelapan, malah tidak tahu kedudukan di sisi Tuhannya. Ada orang menyangka diri mereka mulia tetapi sebenarnya hina di sisi Allah. Ada orang dihina tetapi mulia di sisi Allah sebab berjaya mengawal nafsu. Ada juga orang berasa dia sepatutnya dimuliakan dengan kedudukan tetapi patut dihina di sisi Allah.

Bagi mengendalikan nafsu sama ada remaja atau orang dewasa, mereka kena mengetahui terlebih dulu pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu, iaitu:
 Terlalu cinta kepada dunia, sehingga tewas cinta Allah.
 Tamak haloba, hingga lupa kemahuan dan kemampuan diri. Maknanya, walaupun tidak mampu, mereka tetap mahukannya.
 Hasad dengki, iaitu berasa senang apabila orang lain mendapat musibah tetapi susah hati apabila orang lain mendapat kesenangan. Tidakkah dengki namanya itu?
 Wanita. Nafsu boleh rosak kerana wanita. Bagi lelaki, nafsu boleh jadi tidak terkawal apabila berdepan wanita.
 Gopoh gapah, maksudnya tidak berfikir panjang dalam melakukan sesuatu.
 Taksub, iaitu sifat atau pegangan yang keterlaluan dalam menghadapi sesuatu. Disebut juga fanatik. 

Selepas mengetahui pintu atau punca nafsu menjadi jahat, remaja perlu juga mengetahui cara untuk mengawal dan mengelakkan daripada bahaya nafsu jahat terbabit, antaranya:

 Tutup pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu tadi rapat-rapat.
 Hapuskan segala sikap kotor, jangan dengki lagi, jangan bersikap tamak dan jangan terlalu mencintai dunia.
 Hancurkan gangguan syaitan, iaitu dengan selalu berzikir terutama dengan zikir yang diajarkan Rasul seperti 'ma'thurat' dan baca al-Quran.
 Perbanyakkan solat sunat dan rajin-rajinlah bangun solat malam (qiyamullail) .
 Banyak bersedekah.
 Berkawan dengan orang miskin.

Remaja sekalian! Sebagai Muslim, kita juga kena membiasakan diri mempunyai al-Quran kecil di tangan. Ini kerana apabila tiba gangguan syaitan tadi, terus buka Quran kecil, mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi Allah, sebab keinginan kita untuk berzikir (mengingati Allah).

Kemudian, biasakan diri selalu menziarahi orang sakit atau orang yang hendak meninggal dunia, ziarah kubur dan tulis wasiat kerana perkara ini boleh mengingatkan kepada kematian, menginsafkan kita dan paling penting mendidik dan menguatkan hati supaya dapat menewaskan nafsu.

JGN MALAS MANDI WALAUPUN BALIK MALAM

  Jangan Malas Mandi

 KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia
 bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri
 daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta
 berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan
 tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New
 England Journal of Medicine menunjukkan penderita
 diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam
 berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat
 gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula
 menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat
 memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk
 lelaki.

 Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang
 mengamalkannya.

 Mengeluarkan racun:
 Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius
 membuka ruang yang dapat memba ntu mengeluarkan
 toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat
 gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu
 menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu
 yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

 Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan
 ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan
 meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang
 dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah
 Celsius.

 Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti
 ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan
 menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke
 dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik.
 Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda
 penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk
 berendam selama 10 hingga 20 minit.

 Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air
 panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala
 dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan
 air panas secukupnya dalam bekas sehingga
 menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan
 beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint
 atau lemon. Selepas basuh dengan air
 sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

 Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat
 baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia
 atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga
 ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki
 lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Friday, March 6, 2009

SUKAN SK JATI




Petang tadi aku pergi melihat anak-anak kesayanganku mengambil bahagian dalam acara sukan atau lebih tepat sukaneka untuk tahun 2, 1 dan prasekolah. Tapi yang agak cemerlang ialah anak gadis aku yang berjaya memenangi pingat emas dalam acara lari 50 meter perempuan tahun satu. Kira hebat jugalah. Dulu masa sukan PASTI daerah Tambun, dai dapat nombor satu juga dalam acara larian. Semua anak aku dapat mengilap bakat sebagai pelari pecut. Jangan besar nanti lari dari rumah sudah heheh... Anak jantan aku pulak hanya dapat tempat kedua dalam acara berkumpulan. Jadilah.....banyak main dari serius mengambil bahagian.

Monday, March 2, 2009

Tengok Wayang GENG






 Semalam hari minggu setelah menunggu dan menabur bermacam-macam janji kepada anak-anak aku, baru dapat peluang untuk bawa mereka pergi menonton cerita GENG ( UPIN DAN IPIN ). Punyalah seronok hero dan heroin aku. Tapi berbaloi juga sebab ceritanya menghiburkan sampaikan ank aku yang kecil tu boleh duduk diam dan menonton sampai habis tanpa buat perangai atau aksi-aksi ganasnya. Syabas kepada penerbit dan semua yang terlibat dengan penghasilan filem tersebut . Melayu boleh dan Malaysia boleh. Aku juga nak nasihat pembaca semua pergilah panggung dan sokonglah filem animasi tempatan ni tak rugi punya. JAngan beli cetak rompak untuk filem ni. KAlau filem yahudi dan sebagainya belilah yang cetak rompak sebab pembuat filem tu memang perompak dan patut kena rompak. TApi filem GENG ni belilah yang original punya.