Friday, October 24, 2008

Hari anugerah





Hari ini merupakan Hari Anugerah Kecemerlangan di sekolah Luqman. Yang menarikinya hari ini sebagai ibubapa, kami seronok sebab Luqman turut tersenarai dalam pelajar yang menerima hadiah kerana mendapat tempat kedua dalam Satu Bakau ( kelasnya ). Semoga hadiah yang didapatinya semalam akan menjadi perangsang dalam mengejar cita-citanya. Kata luqman dia nak jadi macam Pak Andak nak jadi Arkitek....camna tu... 

Dua tiga hari yang lepas luqman ada bagi teka teki. NAk tahu apa teka teki dia ????.. 

Apakah binatang yang pakai tudung ?.... Singa

Apakah binatang yang pakai pampers ?....Tenuk.. Layan saja.

Tuesday, October 21, 2008

Perkhemahan di Cameron Highland









Baru-baru ini dibawah anjuran Unit Beruniform kami telah melaksanakan program perkhemahan unit beruniform di Cameron Highland. Sejuknya jangan cakaplah... lebih sejuk masa kat kota london dulu. Sebab itu agaknya malas nak belajar pandai-pandai dulu sebab takut kena belajar kat oversea..sejuk beb....

Saturday, October 18, 2008

Semasa di Sarawak


Rumahku Syurgaku








Bersantai sat...

Renungan seketika..

Kadang-kadang kita sering membaca dan mendengar tentang kisah bayi dibuang atau anak-anak terbiar ditinggalkan oleh ibu bapa mereka. Apa perasaan mereka-mereka yang mengabaikan amanah Allah kepada mereka.  Kalaulah mereka tahu macam mana seronok dan nikmatnya ada anak dan melihat telatah mereka setiap hari mesti malaun-malaun tu tak akan abaikan pemberian Allah tu pada mereka. Anak itu adalah rezeki yang bernilai dari Allah. Jadi kalau ada peluang hargailah mereka.... Perpatah orang tua ada mengatakan JANGAN PANDAI BUAT ANAK JE TAPI TAK TAHU JAGA ANAK..... siapa nak jawab tu.. 

Comel macam siapa ye....

HAri pertama persekolahan

Buah Hati Ayah

Aksi peragaan

Harta yang paling berharga

Bakal Chef terkenal....

Assalamualaikum

Hai, selamat memasuki blog saya dan harapan saya anda semua mendapat manfaat yang berguna dan bergembira dengan kehadiran saya di alam cyber ini.